Rukun Islam Ada 5

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.7.14 | 2 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Sambil sambil tengah ngunyah Yusof Taiyoob masa sahur ni. Rasa seronok lak nak refresh ilmu yang tak seberapa yang dah dibelajar dari kecik dulu la.

Ingat dan Amal Rukun Islam.

Rukun Islam ada 5 perkara, sejauh mana betul-betul kita mendalaminya. Itu kewajipan kita, supaya kita tidak menjadikan agama ini agama ikut-ikutan dari nenek moyang kita.

1) Mengucap dua kalimah syahadah.
2) Menunaikan solat fardhu lima waktu.
3) Berpuasa di bulan Ramadan.
4) Membayar zakat - Zakat Fitrah, Zakat Harta.
5) Menunaikan Haji di Mekah bagi yang berkemampuan.

Setiap bahagian ada isinya sendiri yang lebih dalam. Lebih perlu diperlajari dan diamalkan. Macam mana pun caranya. Kenalah berguru dan beradab.
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)
Ustazah ajar, tidak sah solat jika tidak sempurna rukun solat. Bagaimana pulak kalau tidak sempurna rukun Islam?

Mungkin ada rakan yang sudi berkongsi lebih lanjut. 

p/s : dah nak dekat hari hari special ni. Heheheh....

yang hepi pepagi sahur
@zulhilmitempoyak



2 comments:

  1. apelah hari special tu agaknye erk wakaka. Jom berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD

    ReplyDelete
  2. dikaitkan pula dgn rukun iman, erm erm

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger