Baju Melayu Cekak Musang Murah

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.6.14 | 3 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Ramadhan makin menjelma, baju sesuai tak kunjung tiba. Mengharapkan jubah dan Baju Melayu yang terperam lama. Ohhh... kalau dapat baju baru. Indahnya dunia. Sejak dua menjak ni. Pantun aku menjadi ja. Untung laa... fatin yana. Kahkahkah...

Kisah Orang Luar Biasa Dengan Baju Melayu Cekak Musang Murah nya.

Ampa tau tak kat Malaysia ni banyak jenis pakaian tradisional? Sememang kita ni boleh miliki sebab Malaysia ni kaya dengan budaya masyarakat yang berbilang kaum yang dari kaum Melayu, Cina, India dan bermacam-macam lagi. Amboihhh.. skemanya ayat aku. 



Bak kata orang orang kita, selama berpuluh-puluh tahun lamanya kita hidup dalam harmoni, aman, sentosa, makmur dengan berkongsi macam-macam jenis cara hidup yang membuatkan komuniti kita kelihatan cukup unik. Secara sedar, kita jugak dok kongsi budaya pemakanan, pakaian dan perayaan yang gila bapak berbeza dan membuatkan kita boleh masuk dengan keunikan ni. Dalam bahasa gangster aku. Unik gilaaaa..!!  

Berbalik kat pakaian tradisional, bagi wanita banyak jenis baju Muslimah yang boleh mereka pilih. Tetapi..!!! Lelaki lak, yang paling popular sudah tentunya baju Melayu. Ada dua jenis baju Melayu yang selalulah mendapat tempat dalam kalangan jejaka tampan seperti jiran aku, iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Teluk Belanga. Tak kira mana satupun pilihan ampa, objektifnya tetap sama iaitu nak nampak segak bila awek memandang.



Baju Melayu Cekak Musang not bad popular sebab designnya agak versatile. Sekarang orang bukan ja pakai masa pi majlis formal ngan kenduri perkahwinan ja. Tapi jugak pakai untuk ke ofis. Nak nunjuk jejaka melayu terakhir kat bos. Dengan harapan kembang kempis hidung di puji bos. Sori.. bukan aku na. Kengkadang ja. Hehehe...

Haaa.. selain tu, Baju Melayu Cekak Musang yang hit ni ampa boleh dapat lihat banyak pilihan dekat pasaran masa persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang biasanya memang belambak-lambak masa bulan Ramadan. Yela... kat Malaysia ni kan memang bapak meriah dengan adanya bazaar-bazaar pakaian yang tawarkan jualan hebat untuk ampa.


Penat Dah Aku Acah Acah Taip Panjang

Mesti ampa tertanya mana nak dapat Koleksi Baju Raya Terkini 2014 sempena Syawal nanti kannn... Layari Zalora Malaysia yang menawarkan seleksi Baju Melayu Cekak Musang terkini dengan variasi pilihan yang boleh dibeli dan dipakai. Jenama yang ada memang terkenal sampai lengkaplah dengan ada songkok, capal apa. Yela... nak sambut Aidilfitri tahun ni dengan lebih bermakna katanya. Ingat...!! Layari dan beli. Memang rambang mata.
Perghhh.. awesome jugak sebab boleh beli untuk satu famili sekali. 
p/s : tak sabo lak nak Ramadhan ni. Nak rasa fatin yana betulkan koler baju aku sebelum gi jemaah kat masjid. Fuhhh... soooo... sweet... Heeee...

yang rambang mata nak pilih Baju Melayu kat ZALORA.
@zulhilmitempoyak






3 comments:

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger