8 Minggu Mencari Taf

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.4.14 | 15 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Fuhh... susah nak mula. Sebab tangan sudah mula rasa sengal-sengal bercinta. Bercinta dengan semangat gym xclusive fitnesz  kat stadium Shah Alam yang bapak luar biasa. Arghhh.. kalau ada bini picit-picit. Perghhh.. maunya selesa.

Kisah yang beberapa orang ja baca.

Umum dah ketahui ketembaman aku. Jadi aku tak la rasa malu-malu nak cerita azam dan motivasi baru. Hari ni, langkah pertama aku untuk memulakan perjalanan hidup baru. Untuk kehidupan yang lebih bapak awesome kata jiran aku. 8 minggu misi takkan berlalu. Misi mesti taf akan diliku. Kenapa asyik-asyik macam pantun ni. Hahaha...

Murad Zaidi
Isnin, semalam kalau ampa baca hari selasa la kan. Training pertama aku dengan Malaysia No.1 High performance coach, Murad Zaidi. Perghhh.. nombor satu tu. Jadi ampa bayang sendiri la training dia macam mana. Hari first aku semalam, dia kata dalam 10% ja akan buat. Kira bak kata omputeh, geli-geli dulu untuk training pertama.

Dalam 10% tu pun tangan aku dah tak terasa. Macam tangan dah bebas kat angkasa. Lepas ni kalau jalan kat shopping mall nak pegang tangan awek pon terasa sasa la kan. Ehhh.. maksud aku bini, masih cari yang halal. Heee.. nak jugak promote diri. 

Lama jugak tak cerita pasal misi mencari awek lak kan. Kahkahkah.. menyampah lak orang nak baca kan.

Excited..!! untuk sesi seterusnya.

Sekarang, waktu tengah menaip ni. Sengal-sengal jugak otot aku. Tak banyak yang dapat ditaip. Bukan sebab sakit, tapi ampa paham la sifat malas aku ni. Nanti aku akan upload perjalanan training aku. Bukan nak menunjuk bajet, tapi nak tunjuk aku bebetul nak lain kali ni.
Kalau ampa. Idam nak sihat ke kurus? ke nak tengok gambar taf aku? ;p
Nanti aku tunjuk perjalan a.k.a journey aku 8 minggu menjadi taf. Esok-esok boleh tayang kat jiran, yang badan dah macam nampak ketul-ketul ni. Hehehe...

p/s : Agak-agak aten yana minat aku tak bila dah makin taf nanti. Kahkahkah.. Pesong dah niat tu.

unsung hero.
@zulhilmitempoyak





15 comments:

  1. fuhhh semangat kental lah zul..
    keep it up.. ai nak tengok badan u taf mcm abang jebat tau.. hehehee

    ReplyDelete
  2. haha..jom.aku pun dah lama tak lepak kat gym ne..just workout kat rumah je..

    ReplyDelete
  3. GREAT JOB BRO! jangan kata nak taff jer. pentingkan kesihatan. niat nak kene betul. jgn kate nak sasa, kata nak sihat.. okey?? keep it up bro!

    ReplyDelete
  4. teruskan usaha anda mnjadi taf, lihat hasil 8 minggu nanti.

    ReplyDelete
  5. tafff.?
    hahaha
    df nak sihattt :D tapi takmo taff hahaha

    ReplyDelete
  6. salam jumaat..

    CN follow sini 1127 dari http://www.cekgunorazimah.com/2014/04/april-may-ga-by-amirah.html

    ReplyDelete
  7. Zumal masa first time pergi gym pun dah rasa macam tak nak pergi dah. Hehe :)

    ReplyDelete
  8. abag ketaqq siot haha...
    berhenti makan tempoyak jap ea!

    ReplyDelete
  9. haha,, taf jangan taf sangat... gerun makwe nengoknya

    ReplyDelete
  10. haha.. all the best :) tapi kalau ada lean muscles pon dh ckup kot. jangan besar sgt. haha

    ReplyDelete
  11. tue diaaaa... bagus2. hehehe...

    ReplyDelete
  12. aku workout kat fitness ni sumpah terbaik bro , peralatan lengkap and sempurna , udara nyaman tak bahu kepam , memang best , lelagi bootcamp and zumba , semua terbaik , tenaga pengajar sporting , pokoknya thorbaikk... korang wajib ke gym ni and rasai perbezaannyaa , comfirm terujaaaa

    ReplyDelete
  13. aku workout kat fitness ni sumpah terbaik bro , peralatan lengkap and sempurna , udara nyaman tak bahu kepam , memang best , lelagi bootcamp and zumba , semua terbaik , tenaga pengajar sporting , pokoknya thorbaikk... korang wajib ke gym ni and rasai perbezaannyaa , comfirm terujaaaa

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger