Bismillahiramanirahim...
![]() |
Cita-cita member. |
Tuhan menjadikan mata sebagai alat untuk melihat sesuatu menerusi penglihatan, lihat saja tanpa menggunakan minda dan ilmu, termenung dan berfikir, belum tentu apa yang kita lihat itu benar. Yang menetukan sama ada apa yang kita lihat itu satu ilusi atau kenyataan ia memerlukan akal.
Mukadimah kata atas ni bagi nampak boom sket. Hehehe...
Apa habaq kawan-kawan yang lama beno kita tak menyembang. Biasalah aku ni memang acah-acah busy sket.
Berapa ramai yang masuk saja sekolah dulu ada tertanya-tanya tentang cita-cita..?? Cikgu mesti tanya apa cita awak ye mira, leman, zulhilmi, fatin, yana, tipah, jira, bob, man, abu, ali, mamat..?? Amboih... saja nak bagi panjang entry. Hehehe...
Masa time tadika dulu, bila ditanya soalan ni. Jawapan aku mudah. Tak payah pikir pun. Saya nak jadi cikgu la cikgu. Darjah satu pulak bila sampai ja time birthday aku, aku akan tukar nak jadi pilot pulak. Tu pun sebab tertengok cerita power ranger boleh bawak jet.
Masa darjah dua, sekolah buat rombongan pegi balai bomba. Naik kereta bomba pusing bandar. Alahai... macam biasa, cukup ja birthday aku. Tukar la pulak cita-cita nak jadi bomba. Mak pun mesti angguk ja. Setuju, janji nampak jalan lurus.
Antara sedar atau tidak, budak-budak melayu sekeliling aku mesti jawapan yang lebih kurang sama. Samaada polis, tentera, pilot, bomba atau cikgu. Aku tak pasti sama ada, cita-cita ni hanya dalam ruang pemikiran aku saja atau sememangnya terjadi kat satu Malaya.
Pemikiran kita dibina atas faktor sekeliling. Cita-cita mungkin sama, tapi visi dan misi adalah sebaliknya. Bukan tak bagus ada cita-cita begini tapi dalam skop kepompong masyarakat tu kita tak lari dari kehidupan yang dikenali sebagai nak selamat.
Pemikiran cita-cita aku mula berubah masa satu hari ni...
Bertukarlah cita-cita masa darjah tiga.
Untuk nak bajet dramatik sket. Nantikan sambungannya nanti...
yang punya cita-cita.
@zulhilmitempoyak