Twitter Ada?

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.12.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Kehadapan tuan puan saudari sudara gedebu gedebab.

Nak tanya twitter ada?
Nak follow.

Facebook Page ada?
Nak Like.


Simple ja kali ni. Nak nampak sket komitmen katanya. hehehe...


yang nak ikot semua
@zulhilmitempoyak


Live like a Famili

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.12.13 | 19 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Malam tadi aku ada whatsapp dengan someone. Tapi bila mula melangkah ayat nak berkenalan a.k.a mengayat, dia suruh aku teruskan usaha aku dengan awek-awek yang tengah aku cuba tackle secontohnya atin yana dengan anis zuleka.

Jadi aku tau la blog yang tak seberapa aku ni selalu di stalk. Auchhhh.. Hehehe...

Bab tu nanti aku akan sambung kan. Mana la tau, doa-doakan lah happy ending. Kehkehkeh...
_________________________________________________________________________

Mungkin ramai yang tak tahu kat mana aku tengah belajaq sekarang. Yela, budak muda dengan muka comel dan badan sasa ni dan mulanya macam gelap ja masa depan kan. Pap.. pap... pap... macam ada sinar ja dihujung karier.

Alhamdulillah... rezeki aku belajar sambil bekerja dekat sini. Muka sentiasa happy sangat. Live like a family n work like a pro. Susah sangat nak cari tempat gini. 

Sebenarnya segan nak share moment aku tapi aku happy sangat bila kenal mereka. Awesome-awesome tapi bapak superb bila comes to works.


MasyaAllah.. hanya Allah yang tahu betapa gumbira nya aku bila dapat belajar sambil bekerja kat sini. Aku cuba nak terjemahkan dengan kata. Tapi sukar dia lebih sukar dari ngorat orang. Opssss.. hehe... tiba-tiba macam bajet sayu lak ayat.

Gambar memang sekadar gambar. Tapi bila kita tahu ramai yang support bukan dibelakang tapi ditepi kita. Nak jatuh pun masih kuat cari benda nak pegang.

Btw... InsyaAllah aku akan kembali ke arena passion aku dalam fotog. Jadi sapa yang nak kawen tu gitau la. Kalau aku free, free jugak lah aku g amek gambaq ampa. Heheheh...

yang kadang-kadang terharu
@zulhilmitempoyak


Shah Alam Berselawat - Malam Gema Cinta Rasul

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.12.13 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Langit makin mendung. Hati makin dingin. Ewaahhhh... bermadah gitu.




Assalamualaikum. Saudara-saudara blogger dan saudara-saudaraku Umat Muhammad S.A.W. Sihat semua kan. Haaa.. bunyik macam surius sket kali ni.

Saya dengan sukacita nak ajak kita berkumpul dan berselawat dalam majlis Selawat atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Shah Alam Berselawat
Pada 22 Disember 2013
Di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
Jam 7 hingga 11 malam.

SHARE jika anda nak share. Bukan paksaan. Perkara baik apa salahnya dikongsikan. 

InsyaAllah.. ganjarannya, hanya Dia yang layak menilai. 

Jumpa di sana.

yang akan bersama
@zulhilmitempoyak


Betul Kah Kita Sayang

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.12.13 | 14 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Dalam tengah minum minuman kurus aku ni. Tiba-tiba aku terpandang gambar-gambar yang boleh menitiskan air mata. Gambar mak ayah gembira, gambar mak ayah bekerja. Gambar mak ayah berpeluh tak terhingga. Gambar mak ayah menitiskan air mata masa kelahiran kita. Gambar anak rosak di paper.

Berapa ramai diantara kita yang betul-betul sayang mak ayah kita..??

Berapa ramai yang berani hilangkan rasa malu dan rasa ego dia. Peluk mak ayah. Ucapkan 

"mak....ana sayang mak sangat..!!!! sangat-sangat...!!!!", 
"ayah....ama sayang ayah sangat...!!! sangat-sangat...!!!."

Tanya diri kita. jangan tanya jiran sebelah. Tanya diri kita, jangan tanya kucing di riba. Sayang ka..??

Ingat...!!! Kejayaan kita dunia akhirat Allah yang bagi. Tapi atas doa dan redha siapa..?Mungkin aku hanya membuang masa menaip. Maafkan aku... aku cuma tak nak waktu kita susah baru kita cari mak ayah kita.

Sebab kita ni manusia. Mudah lupa. Tambah bila rezeki tak sepatutnya depan mata. Buanglah ego sesama.

Jika anda dirumah, peluk mak dan ayah anda sekarang. Lafazkan...
Jika anda berjauhan, hubungi mereka sekarang.

Bayangkan esok mereka dah tiada. Adakah kita baru kita nak luahkan apa itu sayang..??

Sayang..

Sayang sangat kan...

Sayang kalau kita lepaskan begitu saja.


yang sayang anda
@zulhilmitempoyak


Amboih Mengayat.

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.12.13 | 13 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Aku nak try ayat ni atas blog lak.

Hi awak... Boleh tunjukkan jalan?
Mohon reply kat bawah. Hehehe..


yang bertweet
@zulhilmitempoyak


Kontes Untuk Mereka Yang Berani

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.12.13 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Ala... lama tak hapdate blog. Dah tak tahu dah nak menaip macam mana sebenarnya. Alangkah indahnya kalau jiran-jiran ringan tangan nak tolong aku hapdate ke kan. 

Alangkah indahnya kalau anda yang baik hati tolong pujuk hati ini nak menghapdate. Bukan tak nak, bak kata tangan. Mana nak dapat manis kalau tak dengan indahnya. Haaa... faham tak walau tak kena ngena. Kehkehkeh....

Kawan-kawan yang membaca, sementara ada peluang ni. Gerai aku MyWife Closet ada menaja untuk satu kontes yang awesome jugak lah. Kalau ampa tengok gambar kat atas ni pon dah tau awesome. Tambah dengan muka aku pulak penyeri.




MyWife Closet a.k.a gerai scaft aku ada la menaja satu tudung nur kasih. Tak tau la kalau orang nak ke tak kan. Tapi memang menarik la. Dari adik sampai kakak sampai la mak, sampailah nenek pon boleh pakai lagi.

Mesti ramai yang terkezutkan. Zulhilmi Tempoyak muka macho a.k.a jambu, badan tegap ditambah dengan boroi pon menjual tudung-tudung ni ke. Juallah songkok ke. Kemeja ke. Seluar kecik beso ke. Nampaklah maskulin sket.

Sebenarnya, gerai ni diwujudkan dengan misi membantu ramai awek jelita luar sana untuk mendapatkan tudung labuh dengan mudah. Jadi scaft yang terjual, tergadai dekat sini. Semuanya labuh. Masih terkawal sehingga menutup dada la.

Buat masa ni itu ja kot. Nak bawa hati yang lara kecewa ke Melaka esok. Tata Awak... ;p

Jangan lupa Kontes U-Blogger.
Bukan semua berani berkontes. Hanya yang masuk ada peluang menang...!!
Ofcos la kan. Tak masuk mana nak tau nya. 



Layari www.mawardiyunus.com untuk info dan hadiah yang bapak awesome.

yang turut menaja
@zulhilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger