Malas Pun Ber-Hadiah

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.10.13 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Malindo gua entry bawah tu gua tak habes update lagi. Niat dihati memang malas gila dah ni. Niat di kaki memang tersenyum sendiri. Aku pun tak paham la apa yang aku taip ni. Tengah malam mengelamun lagi. Amboih layan perasaan bila nak jadi. Sebab tu la single sampai hari ni. Dok tunggu Fatin Yana idaman hati. Kahkahkah...

Sebenarnya aku malas nak taip ni. Malas jugak nak cerita kat ampa yang aku nak sharing pasal tudung. Malas sebab tau ampa malas baca pun kan. Tudung ka, single ka, tudung balik ka. Malas ampa dengan aku sama malas kan ka aku lagi malas. Malas jugak aku nak buat ujian malas ni. Kena buktikan sapa paling malas.

Jangan baca kalau malas baca. Sebab memang orang malas macam aku pun malas nak tulis lepas tu baca. Ampa paham tak maksud malas tu macam mana? Ala... malas... Aku yang nak taip ni pun malas nak pikir. Malas aku la aku nak share lebih-lebih.

Tapi malas pun kan....!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau ampa betul tak malas macam aku yang malas ni kan. Aku ada satu soalan sket la. Ala... kalau dah malas sket pon kata banyak gila. Padahal memang aku yang malas ni dah makin malas. Paham kan pemalas. Jawab sat soalan senang aku ni.
Berapa huruf A ada dalam entry ni?
Orang malas tak payah kira. Sebab aku pun malas nak kira. Pandai-pandai la aku teka ikut naluri hati yang suci murni ni. Malas pulak baca lebih bila puji diri ni.

Tulis dekat bawah ni, dengan nama cadangan untuk bisnes tudung aku ni. Nama terbaik untuk aku. Sesuai dengan imej comel aku. Nama comel aku. Pipi comel aku. Alaaaa... tak payah la puji banyak sangat. Jumlah A tertepat dengan nama bisnes ni beserta maksud terbaik ke terunik ke akan dapat la sket ole-ole-ole dari aku ni. Haaa.. ni ngada demand dah aku ni. Hahaha...

Credit : Bos Aina Karamel
Haaa.. hadiah dia takde lah hebat mana. Just nak bagi tudung ala-ala shawl yang berharga RM100 ja. Ala.. RM100 bukan la mahal mana kan. Tudung macam dalam gambar tu ja. Ala.. malas aku nak jeling lama-lama. Kalau malas kira tak payah. Ala... Malas. 

Boleh gitau jawapan kat ruangan bawah, PM fesbuk, emel, whatsapp dan apa kaedah yang ada lah. Janji aku tau macam mana nak contact ampa balik dah la. Kalau artis gitau terus kat sini anda artis jugak. Bos aku nak sponsor ni. Jangan malas sangat nak ngaku diri artis. ;p

Negatif beno post aku kali ni. Arghhhh... malas ar nak komen. Love U.... ehhh... tetiba.. hahahahahahahahahahahaha... saja bagi banyak A. Haaa.. malas la tu.



yang malas nak mengira A
@zulhilmitempoyak

Malindo AKu First Time

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.10.13 | 19 Comments
Bismillahirahmanirahim…

Baru tetiba rasa bernafsu nak hapdate blog kan. Selalu bernafsu tengok awek-awek ja. Hehehe.. itu maksudnya aku normal la, minat awek-awek. Dah nama zulhilmi si lelaki sejati. Ehhh.. dah lari tajuk ni kan. Terus terghairah ampa nak baca. Ghairah membaca ya.

Sebelum aku cerita pengalaman yang bapak  awesome ni. Aku nak ucaplah Selamat Hari Raya AidilAdha. Ingati peristiwa dan belajar sesuatu darinya. Agar kita jadi hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada dan bakal ada. Bagi yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Hamboiihhh… dah macam Ustaz lak aku.

Raya hari tu, Raya Aidilfitri ritu, bukti lama punya tak hapdate blog kan. Aku ada naik flight. Itulah pertama kali aku naik. Waktu tempah tiket tu, bukan main bajet macam hari hari naik. Dah tempah depan member, mestilah kena bajet sket tambah lak member tu awek-awek comei kan. Aku tempah Malindo Air. Dalam website dia harga ok, pramugari pon ok. Hahahaha…

First aku tempah, ok la. Harga pun pergi balik ke Subang ke Penang ke Subang dalam RM120 macam tu. Print tiket la apa kan yang di hantar ke email kita. THEN…!!! Hari nya bermula, masa aku pegi tu flight jam 3ptg. Aku keluar rumah jam 1ptg lebih lepas Zohor dari Puchong. Dengan sekali lagi bajet tau jalan dari Puchong ke Airport Subang aku yakin sejam tu cukup untuk aku sampai dengan jayanya. TAPI…!!

Tapi aku silap, Google pun tak dapat tunjuk jalan dengan betul. Aku terpegi Airport TUDM da. Seb baik tuan askar yang berketul tu tunjukkan jalan sebetulnya. Bayangkanlah aku bepeluh-peluh bawak moto bai. Moto Kriss super duper cool aku tu. Aku sampai dalam jam 2 macam tu. Tepat depan pintu airport. Pastu mengelabah dah. Tak tau kena nak pegi mana. Sebab aku google ritu takdak orang ajar. Pastu aku ke kaunter Malindo Air.

ok.. akan bersambung taip ini malam. hehehehe...

yang sudah lepas first time
@hilmitempoyak



Sakit Baru Nak Sedar

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.10.13 | 23 Comments

Bismillahirahmanirahim...

Malas taip. Tulis kat fesbuk. Copy kat semua. Baca ye... cerita kita. kehkehkeh


Baru ni aku diuji olehNya. Mungkin sebab hati aku makin lama makin alpa. Makin lupakanNya. Bak kata orang, luka lama berdarah kembali. Syukur Dia masih sayang. Bagi peringatan.


Masa menunggu hari pertama kat hospital, bapak lamanya. Hati aku dok mecarut-carut jugaklah. Tapi dalam menunggu tu aku belajar sesuatu. Belajar.. betapa beruntungnya aku.

Bayangkan.. menunggu di hospital. Macam-macam penyakit. Ada yang selesema, ada yang demam, ada yang tiada tangan, tiada kaki, ada yang belubang dada, ada yang darah masih mengalir kat kepala, ada juga yang mulut tak mampu berkata dan ada yang masih mampu bernyanyi.


Tika orang lemparkan senyuman aku masih mampu nak tersengeh kegirangan. Ya Allah.. beruntungnya aku. Sakit yang mula rasa macam risau bertukar insaf.

Kadang-kadangaku rasa hidup aku macam berliku sangat. Tapi aku tak sedar yang aku masih boleh tersengeh.

Kadang-kadang aku rasa sakit aku ni kritikal sangat. Tapi aku tak sedar aku belum kat wad kritikal.

Kadang-kadang aku rasa hidup aku payah sangat. Tapi aku sampai tak sedar yang aku ada ramai kat sekeliling yang senangkan aku.


Kadang-kadang aku rasa hidup aku bahagia sangat. Tapi sampai kadang aku lupa nak ungkap Alhamdulillah.
Jalan.. kadang-kadang ada bumper. Nak langgar terus atau nak slowkan. Pilihan kita.
Alhamdulillah... terima kasih semua. 


p/s : Doktor yang rawat aku memang bapak lawa. opsss... tapi serius. heheheh...


yang tiba-tiba nak pikir
@hilmitempoyak

My Next Next episode : Malindo Air, Tunggu Aku First Time.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger