Mana Perginya

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.9.13 | 44 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hahahaha... nak gelak. Ramai PM tanya "poyak hang kenapa tak hapdate-hapdate blog". Nak jugak aku snipping tool nak menunjukkan caring dan sweet nya member-member dan secret admirer gua. Thank untuk anda yang teringat. Aku memang rindu ampa jugak. Fatin Lena ja yang tak PM aku. Fine.. heee..

Ramai tau agaknya aku takdak kereta lagi. Bukan tak nak beli tapi rasa macam tak perlu lagi. Tunggu la sebelum raya. Mungkin dapat Jazz nak beraksi. Dah awek takdak lagi. Jadi apa lah kisahnya di hati. Kumpul duit penuhkan aktiviti.
Aku ada cerita ni nak kongsi. Bacalah... Plishhhh... plishhhh... 
Satu hari tu, aku balik keja. Dengan kelajuan yang boleh memotong kancil, moto kriss biru aku yang super duper awesome dan cool gah di jalanan. Dari sek.13 shah alam ke puchong sebelah cyberjaya tu. Lalu highway PLUS. Sapa dok sini mungkin tau la jauhnya. Kalau ada bisul kat pungkoq memang menetas dah.

Nak di jadikan cerita satu malam tu aku balik keja. Not bad pecutan Kriss biru aku, sampailah aku terbau busuk-busuk. Risau jugak aku, malam jumaat masa tu. Nak tengok side mirror pun tak berani. Moto pun terasa berat pulak tetiba.

Pusing habes minyak moto aku, meraung kuat moto kriss biru aku. Then... ternampak lori sampah depan beberapa meter depan aku. Baru aku sedar bau tu dari lori tu dan berat tadi sebab jalan ni macam naik bukit. Nasib baik orang tak tau aku ni penakut kadang-kadang.


Sebab aku dok belakang lori sampah ni bau busuk memang dok hidu ja la. Busuknya not bad la. Terima kasih anda yang bertugas untuk ni selingan ikhlas dari hati. Lori yang dibawa tu berkelajuan biasa. Moto aku yang berkelajuan biasa ni menerima tempias baunya.

Masa ni aku terpikir aku ada dua pilihan. Pertama sama ada aku kurangkan lagi laju, biar lori ni jauh dari aku. Sebab susah nak potong memalam ni. Tapi aku mungkin terkena tempias bau busuk tu lagi. Atau pilihan kedua, aku pecut untuk potong lori, minyak mesti makan laju sket punya terkena tempias kenaikan 20sen pulak. Tapi aku cepat sket sampai rumah.

Pastu aku terperasan situasi ni hampir sama dengan kehidupan kita. Kita selalu terikut orang yang busuk perangai dalam kehidupan kita. Kita ada pilihan kalau kita ikot rapat memang kita pon dapat busuknya. Pilihan Pertama sama ada kita kurangkan lagi laju kita, elakkan sama macam kalau kita slowkan diri kita. Tapi kita akan lambat ke matlamat kita dan orang yang busuk masih di depan kita.

Atau pilihan kedua, aku pecut untuk pintas orang yang busuk tu. Kos yang terkesan mungkin tinggi. Tapi kita akan cepat kejar matlamat kita sambil tak terasa busuk tu lagi. Itulah kehidupan atau memang inilah kehidupan. 

Jadi ampa tau aku pilih yang mana kan...


Ok. atas ni hadiah buat mereka yang rindu aku. Kahkahkahkah...

yang bajet terpikir
@hilmitempoyak

My Next episode : Malindo Air, Tunggu Aku First Time.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger