Belom ada masa

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.13 | 29 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Maafkan aku. Belom ada masa nak hapdate apa. Walaupun takdak orang menanti post aku ni. Aku just maklumkan. Yela... kot ada awek-awek yang aku tengah ngorat tu kehairanan kenapa seh gue senyap aja.

Pemenang aku akan umum kat blog satu lagi tau. Biasalah. nak bagi jugak blog www.tempoyakpunya.blogspot.com tu naik jugak rating dia.  Mengharapakan ada tokei Celcom nak menaja ke. Kehkehkeh..

Kalau aku komen 'komen' tu maknanya aku dah singgah baca blog ampa la na. Aku pun rindu ampa. Sob.. sob.. sob..


ada orang rindu aku tak.... krikkkk2....krikkk2... ;p


yang bapak buzy gila.
@hilmitempoyak

Adakah Kita Hanya Diam

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.8.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sedang kita menggerakkan jari. Menyusun kata. Membuka Bicara. MengLike di fesbuk. MengShare di dindingnya. Apakah jiwa kita betul-betul mendalaminya. Ataupun kita sekadar suka. Nak tinggikan Like yang tidak terhingga? Aku percaya semua prihatin tentang isu ni kannnn...

Sambil menghirup kesedapan air tropicana twister ni. Apa kata kita luangkan masa. Tangan ditadah. Doa dipohon. Untuk Saudara seIslam kita. Semoga mereka gugur dan dikurniakan Jannah. Ameen.

Hari tu aku menjanjikan nak update aku naik Malindo Air tu kan. Kemungkinan hari selasa nanti aku akan update kot. Sebab aku rasa kita semua perlu sensitif tentang isu hari ni. Isu rakan ataupun saudara kita yang berhempas pulas menegakkan agama Allah. Tapi kita macam diam. Ataupun mungkin aku yang tak perasan.

Hayati gambar-gambar ni dulu.

Organ dalaman meletup - Ditembak Peluru bertaraf antarabangsa.
Apa salah anak kecil ni?
Juara tinju Mesir, Abdel Rahman al-Tarabeely ditembak di kepalanya di hadapan Qism Al-Arab
Apakah mata kita hanya menjeling melihat? Terbaca aku komen-komen yang sentiasa mempersoalkan di fesbuk. Orang ajak berkumpul buat munajat. Dipersoalkan. Orang ajak buat solat hajat. Dipersoalkan. 

Teringin ja aku nak jerit depan muka dia. Kurang bijaknya... orang dah ajak ke arah kebaikan. Kita sokong. Kalau kita tak suka cuba kita buat pulak cara kita. Pemikiran dibataskan atas keadaan beza fahaman politik. Bapak tak berkembang gila otak. 

Kawan-kawan, ingatlah... kita tak kena lagi. Mungkin hari ni kita tajam nak berbicara. Tapi bila kena ja nanti. Adakah kita nak menuding jari kenapa negara-negara Islam lain yang tiba-tiba diam masa kemuncaknya? OIC sekadar Ohhhhh I see?

Tahukah anda. Ramai presiden hari ni naik atas kesan marketing di laman fesbuk. Betapa besarnya internet hari ni boleh pengaruhi pemikiran manusia. Jadi... jom kita tunjukkan yang kita sememangnya prihatin. Biar dunia luar aware tentang isu di syria, mesir dan mengutuk sekerasnya konspirasi penindasan hak untuk hidup hari ni.

Air mata adalah bicara ikhlas dari mata kita. Tika mulut tak mampu membulat bicara. Jadi jangan malu untuk titiskan nya.

Ya Allah.. Selamatkanlah mereka yang berjuang keranaMu ya Allah. 

yang rasa kerdilnya di dunia.
@hilmitempoyak

Apa Nak Kata Ye

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.8.13 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Petang ni aku bakal pulang ke Parit buntaq. Jadi sapa yang dok dekat jemput la datang rumah. Tapi call la dulu na. Kalau sudi jemputlah aku jugak p rumah. Yela... kot teringin tengok seri wajah aku ni kan. Tambah lah seri wajah nak kutip duit raya kat rumah ampa.

Guna gambaq recycle na. Takdak gambaq.
Sebelum aku hentikan karangan yang serba ringkas ni. Aku nak mohon maaf kalau ada buat salah. Terkasar masa mengorat ka, terkenyit masa dating ka, terkentut masa bejalan kat blog ka. Aku hanya manusia yang comel dan ada khilaf. Perghhh.. ayat...

Kepada jiran-jiran maaf kalau eden bukak radio melampau kuat, kepada housemate maaf sebab kucing aku ni kadang-kadang berak busuk. Kepada bini maaf abang nak beraya kat rumah abang, kepada member, maaf sebab lama tak lepak, kepada Mak n ayah love both of u, kepada atok n opah tunggu orang balik. Kepada anda... nak no.. hahaha...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.
Raikan dengan penuh rasa syukur. Makan jangan melampau sangat. Ingat.. kolestrol ingat penyakit. Kehkehkeh.. aku mungkin tak hapdate seminggu. Tapi anda tetap dalam hatiku. 

Btw.. untuk yang dah request duit raya. Semoga andalah pemiliknya. Hati-hati balik kampung na and beware of mercun. Duit raya jangan minta, just hulur tangan ja. 

yang pulang parit buntaq
@hilmitempoyak

Belon Ohhh Belon.

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.8.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah sebulan aku tempah kereta. Ingat dapat menikmati sebelum raya. Tapi situasinya 50-50. Baru nak bawak awek-awek jalan-jalan tengok bandar metropolitan parit buntaq. Disebabkan aku ingat sempat dapat kereta tu la aku tak beli tiket bas ke tiket moto ke tiket kereta api ke.

Semalam baru aku terpikir, ada lagi ke tiket bas r kereta api hujung-hujung bulan nak dekat raya ni. Nak p pudu tu jauh jugak. Tapi tak nak aku beraya seminggu kat sini. Kang kecewa tak pasal aku kena main biola sambil kunyah lemang sorang-sorang kat sini.

Disebabkan aku ni jenis tak nak pikiaq banyak. Aku pun tengok la website airasia. Tengok mahal lain macam ja. Yela, 4 hari lagi nak naik sekarang baru tempah. Mau harganya tak ikut perasaan tauke pulak kannn. Pastu awek ofis aku suruh tengok malindo. Aku pun layankan jela. Niat di hati baru nak naik airbus. 


Tapi Alhamdulillah la.. murah ja. ad promo pergi balik penang baru seratus lebih. Book terus la tanpa pikir panjang. Takut melepas pulak. Beraya sambil tengok youtube ja la nanti kan. Klik-klik... settle. Aku pun sembang kencang la ngan member kat ofis. Hehehe...

Tapi...!!! Sebenarnya aku tak pernah naik flight pon. Pertama kali dengan pertama kali ni jugak aku tempah sendiri dan sorang-sorang. Jangan habaq kat orang pulak. Heee... 

Jadi sekarang aku agak konfius. Aku ada e-tiket ni tapi tak tau perjalanan sebenar bila nak check in apa. Kalau google pun tak ramai blogger yang kongsi pengalaman macam mana nak lalu apa.

Kesimpulan aku dah buat, 1st aku datang awal 3 jam. Flight pukul 5 ptg jadi jam 2 aku mesti tepacak kat airport subang. 2nd aku akan tanya macam bajet tau kat kaunter pertanyaan. 3rd kenyit mata sambil ucap terima kasih kalau yang jaga kaunter pertanyaan tu wanita. kehkehkeh...

Jadi sapa yang pernah naik malindo share la sket kat sini na. Pendek kata yang pernah naik flight la. Hehehe..

p/s : jangan lupa aku nak bagi duit raya. tengok link ni http://zulhilmitempoyak.blogspot.com/2013/07/nak-bagi-duit-raya.html. baru 4 orang join. Jom sertai untuk peluang duit raya sehingga 100 henget...!!!

yang macam bunyik perak.
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger