Gilo Candy Crush

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.5.13 | 22 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku tengah gila candy crush. Ok. Bye. ;p


Pastikan yang friend aku di facebook tidak lupa berkongsi nyawa yang tak seberapa tu. Sebab aku bukan tak terer tapi jenis rendah diri nak menunjuk tak terer.


Mohon sapa yang terer share tips kat sini. Sebab dah masuk 89 hari main baru level 30. Sampaikan bini ajak tido pun aku tak mau. Betapa ajaibnya.

p/s : update bagi cukup syarat. Kehkehkeh...

yang tiba-tiba rajin nak hapdate
@hilmitempoyak

Macam Mana Nak Update Blog Tak Henti

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.5.13 | 24 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Ada orang tanya.
Macam mana nak update blog tak henti...??!!
Jawapannya mudah. Luangkan masa 5 minit. Cari drama bersiri dan buat jadual bila masa sesuai idea untuk dikongsi. Bukan malas atau sibuk sebagai alasan untuk kita berhenti.

Tapi 10 hari aku tak update memang sebab aku bz. Haaa... alasan la lagi. Kehkehkeh...

Sebenarnya aku rindu kawan-kawan blogger aku yang ramai dah hilang. Blog ada. Tapi mereka hilang. Yang paling sayang... Tak sempat aku nak luah kan perasaan nak ngorat. Dah hilang. Gatai dalam sedeh aku ni.

Bagi yang mencari idea. Mana, apa, bagaimana, di mana, ke mana, sampai bila, apabila, apakah idea baru untuk update blog. Sebab ramai yang bising. 
Agghhhh....!!!! aku takdak idea nak update...!!!!
Aku cadangkan ampa banyakkan baca buku, join program, masuk forum, cari masalah, sembang dengan pokok, skype dengan jiran, ngendap jiran, basuh baju, travel, tengok movie, tengok vlog, sembang di blog main game di fb, kemas bilik, cuci toilet, makan kat kedai, tapau air ikat tepi dan jenguk blog sambil tengok muka zulhilmi tempoyak untuk refresh kan idea dan terus dapat ilham. 

| OK. FINE. Gambar takdak motif | Kredit Blogger \ Google |
Btw... Sesiapa ada perniagaan tudung ka, makanan ka, kuih ka, atau perfume ka atau yang best ka. Mohon PM kat zulhilmitempoyak@gmail.com. Saya nak hantar resume nak mohon juai barang awak bosssss. Hehehe... Ayat kena macam mintak kerja sket. Yela. sampai bila nak hidup biasa-biasa kan.

p/s : Jangan Lupa share dan luangkan masa anda 1 Jun ini untuk bersama rakan-rakan lain. Ramai-ramai kita jadi. Nanti ada jugaklah tajuk nak update kannn...
Layari http://tempoyakpunya.blogspot.com/2013/05/gegarkan-1-jun-anda.html

p/s : p/s : aku pun takdak idea nak hapdate sebenarnya. ;p

yang mahu hidup luar biasa.
@hilmitempoyak

Ucaplah

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.5.13 | 27 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh.. dah hampir 2 minggu aku tidak dikejutkan untuk hapdate blog. Nasib baik muka aku kat banner atas ni not bad. Jadi orang still berpusu-pusu tengok blog kosong ni kan. Terima kasih kepada blogger comel melissa yang buat header ni agar secomel aku.

Bangun pagi-pagi ni aku teringat satu perkataan yang aku rasa amat dihargai. Aku kerja dalam company yang mendidik, memberi inspirasi dan menambah nilai hidup orang lain. Alhamdulillah aku diberi peluang ini. Dan aku rasa sangat happy walaupun hidup masih lonely. Kehkehkeh.. tiba-tiba kan.

credit : blogger | google
Bila selesai program semalam, ramai yang cuba mencari, call aku, nak ucap sesuatu walau aku dalam company hanyalah seorang pekerja masih meniti idea baru. Ada yang bagi hadiah, ada yang bagi makanan tapi cuma kecik hati sebab takdak yang nak bagi signal ja. Hehehe...

Antara ayat yang aku paling ingat semalam, ialah satu perkataan  yang paling simple tapi penuh makna. Bila baca ayat sebelum ni macam rasa tersangat skema la pulak. Tapi aku memang tersentuh bila ramai orang cari dan ucapkan kat aku.
Terima kasih zul.... Terima kasih. 
Jadi aku mula terfikir kalau ucap se simple ni boleh memainkan emosi sampai rasa sangat dihargai walau aku ni sekadar kuli-kuli. Sambil aku mula terfikir dalam sehari berapa ramai yang bantu kita tapi kita terlupa untuk ucap terima kasih. 

Perkataan mungkin pendek. tapi semua orang percaya ia penuh makna. Lepas ni jom kita ucap terima kasih kat mak bapak kita, kawan yang membantu kita dan kawan yang menjatuh kan kita. Yang sentiasa menghargai kita dan yang sentiasa mendoakan kita. Terima kasih bukan sekadar ucapan tapi hadiah emosi yang terucap kat hati.

Perghhh.. ayat aku. hehehe....

Terima kasih jugak kepada anda. Sebab sudi baca, sudi komen, sudi follow, sudi like, sudi menjadi kawan, sudi menjadi lawan. Terima kasih rakan blogger...!!

yang menghargai anda.
@hilmitempoyak

Balik Ngundi

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.5.13 | 21 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari ni aku bisa pulang ke bandar metropolitan Parit Buntaq. Bandar yang penuh dengan pancaroba. Bandar yang penuh dengan kesesakan air parit. 
Ahhh...!!!! rindunya nak peluk mak bapak...!!
Kepada yang keliru nak undi mana. Jangan risau, mintak pandangan jiran-jiran dan rukun tetangga serta anak beranak. Sebab undi anda menentukan jalan orang bakal maju kehadapan. Awat ayat aku macam serabut tah.

Aku ngundi kat Penang, Parlimen Bayan Lepas. Jadi jumpak kat sana la na. Ingat aku. Ingat calon anda. Kehkehke...



yang nak gitau ini kalilah
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger