Menjiwang Sket

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.4.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Setiap hari aku terpikir. Siapalah gerangan isteri aku nanti. Benar jodoh itu ketentuan tuhan. Sekarang adakah kita dah tau jodoh kita dengan siapa...? Jadi... kita still kena berusaha dan mencari.

Tapi aku tak reti macam mana nak mulakan. Aku selalu stalk someone ni. Alah.... malu la nak habaq kat sini pun. Kehkeh..


Mohon tunjuk ajar ku sifu.

Ada petua ka. Hehehe...

yang tengah ready nak kawen
@hilmitempoyak

Aku dan cewedit cad.

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.4.13 | 30 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Tengok sago ada sales...!! fuyooo..!!!

Tengok klee ada sales...!! fuyoo...!!!

Tengok midin ada sales...!! fuyoo...!!!

Tengok mid beeli ada sales..!! fuyoo..!!!

Tengok pasaraya cik mat ada sales...!! fuyoo...!!!

Duit dalam kocek 20 henget dan sekeping kad. Tapi teringin nak beli seluaq besaq, seluaq kecik baju besaq, baju kecik. Tambah pulak ada sales kan. 

JENG,... JENG.... JENG...

Sekeping kad dalam wallet tu la penyelesaiannya. Tak semua yang ada. Tapi biasa anak muda tetap terpengaruh untuk memilikinya. Yela... dah ada peluang nak bergaya dulu bayar kemudian kan. Nama kad tu cewedit cad. Cewedit cad ni kalau ampa nak tau, bencana bagi orang yang kurang bijak dan lubuk wang wang bagi orang yang bijak. 

Google | Machine
Orang bijak biasanya akan gunakan cewedit cad untuk urusan harian macam minyak kereta, makan dan hospital dan mereka sebenarnya ada duit yang mana mereka guna untuk pelaburan yang kadar keuntungannya melebihi kadar faedah cewedit cad mereka.

Orang yang kurang bijak akan lebih tengok pada keadaan up to date. Tengok ada sales. Menjerit "waaarrrgghhhhh... ada sales" pilih punya pilih. Pastu, Tengok ada ipong5 baru keluar terus tempah. Cocok saja cewedit cad. Tak pa... gaji kan ada. Nanti bayar lah bulan-bulan.

Aku saja kongsi sebab aku dah selalu tengok sendiri orang muflis. Rumah kena tarik, kereta kena tarik dan ada anak. Waktu itulah tangisan anda akan jadi samaada menyesal dan bunuh diri atau turning point untuk kaya dan berjaya. Tapi kebanyakkannya akan putus asa. 

Elakkan dari menandatangani mana-mana bank untuk ada cewedit cad ni kalau anda rasa diri anda gila bernafsu pada shopping dan kurang cerdik sangat nak urus nilai kredit. Kehidupan kita kan besederhana. Kalau rasa nak, simpan sket-sket. 

Tengok hebatnya nenek moyang kita. Tak pernah ada cewedit cad. Tapi mampu bina legasi dan keturunan sampai hari ini. Subur dan superb kan.

lama dah tak menconteng mesti ampa bapak rindu aku. Kahkahkah.. rindu la sangat

yang maintain comel
@hilmitempoyak

Beramal untuk Diri

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.4.13 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari baik ni. Nak buat pesanan baik. Bacalah Yassin. At least seminggu sekali la kan. Sebab hari-hari lain kita baca surah lain. Jangan kata tak dak masa. Biasa youtube dengan facebook sempat ja kita buka. Sebab kita nak hebat di dunia dan hebat kat kan..?




“Barangsiapa yang berjihad mencari keredhaan Kami,nescaya benar-benar akan ditunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami.” (Al-Ankabut : 69)
ala. sekejap ja kot. bangun pukui 6 pagi sementara nak tunggu pukui 7. Mandi bersiap 15 minit. Solat subuh 5 minit. Baca yassin 20 minit. Bancuh susu 10 minit. Ada balance lagi 10 minit lagi nak kentut kat blog aku. Hehehe..

“Dan sesungguhnya pahala akhirat itu lebih baik  bagi orang beriman dan sentiasa bertaqwa.”  (Yusuf: 57)

selamat beramal kawan-kawan. berpesan bukan tanda kita baik. tapi tanda kita nak bersama-sama jadi baik. 

yang akan pergi jugak nanti
@hilmitempoyak

Mana Ruginya.

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.4.13 | 24 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh.. sedih aku tengok blog ni. Macam tengah potong bawang ja pedih dan sedih kat mata ni. Berhabuk blog. Kalau timbang habuk ni boleh buat kekabu yang letak dalam bantal tu. Situasi aku sekarang bukan malas. Tapi masih kurang bijak menguruskan masa. 
Tiba-tiba jugak aku rasa ayat aku macam educated sangat.
Semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku suka berjalan-jalan ditepi longkang. Sebab kat lembah Klang ni takdak pantai kan. Sambil aku berjalan menghirup udara longkang tu, tiba-tiba....!!!! aku terbau asap rokok...!!!

Aku takdak masalah dengan orang yang merokok sebenarnya. Aku pun takdak masalah dengan bau rokok atau asap rokok. Tapi tak tau la dalam badan aku dah bermasalah macam mana kan. Aku cuma sakit mata bila tengok orang yang isap rokok ni macam menunjuk-nunjuk depan kita. Dan selalunya aku assume orang yang jenis ni baru 2 3 hari belajar merokok.
Difahamkan gambar yang aku dapat dari facebook tu Hadisnya palsu. Jadi aku mintak maaf dan mendelete gambar itu.
Sejujurnya aku nak highlight kat sini tentang pertumbuhan perokok dari kalangan wanita yang ku lihat sopan, baik pekerti dan ayu tumbuh bak cendawan selepas hujan. Bila bertudung, fuhhh... seram ja aku tengok. Ala.. macam ni. Kita cuba bayang mak atau nenek kita sendiri. Isap rokok depan kita. Macam mana rasa. Mungkin ada yang tak kesah. Tapi aku... Entah lah... aku tak biasa. Mungkin sebab aku ornag kampung. Merokok bukanlah menggambarkan jahat. Tapi menggambarkan sesuatu yang tak terungkap dek kata-kata. 

Ala.. macam orang masuk simpang tapi tak bagi signal. Depa bukan jahat tapi depa....?? Depa terlupa bagi signal walau depa sedar yang tak bagi signal tu boleh sebabkan accident. Macam jugak merokok depa tak jahat tapi depa terlupa yang ada asap keluar yang bahayakan kesihatan orang, ada asap dan puntung yang memang nanti bersepah atas jalan.
Credir : Google | Blogger
Ada orang cakap, dengan duit rokok tu kita boleh simpan kalau dikira-kira boleh kawen 4 siap. Sebenarnya itu adalah kiraan kalkulator saja. Dan jangan percaya sampai diri kita sendiri yang buat. Langkahnya mudah disebut, akhirkan merokok dan mulakan menyimpan. 

Kawan-kawan, anda sudah berjaya mulakan. Aku yakin ampa mesti boleh berjaya akhirkan situasi ni. Tak rugi apa-apa kalau berenti hari ni. 

yang cuma pandai tulis
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger