Blog Ampa

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.3.13 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Blog apa yang perlu dibaca bagi ampa..??

Blog apa yang jadi kegemaran ampa..??

Blog apa yang menjadi idola ampa..??

Blog apa yang ampa rasa wajib follow..??


Blog apa yang ampa yakin perlu follow..??

Blog apa yang wajib ampa kentut kat situ..??


Mohon bagi gua link sat. Gua nak test drive. :D

Yang mencari sumber idea.
@hilmitempoyak


Nak Raih Populariti dari Jiran.

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.3.13 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sebenarnya aku agak siibuk dalam beberapa hari ni. Jadi untuk meningkatkan rasa kerinduan awek-awek, bapak mertua dan kawan-kawan yang dah lama memendam perasaan. Aku hapdate la sket. Kisah hidup aku yang sangatlah advanture ni dalam meraih populariti. 
Kredit : Google | TM
Tahukah anda. Harini sangat senang nak raih populariti. Sekarang aku nak share la sket aku punya tip yang menyebabkan aku ni semakin popular dan dikenali di kalangan jiran untuk dijadikan bahan mengupat.
__________________________________________________________________________

Situasi mungkin berbeza sket. Sebab kejiranan aku ni pangsapuri 4 tingkat. Jadi inilah perkara yang anda pon patut buat.

1. Dengan yakin dan cerdiknya. Update kontrobasi pasal politik kat fb sambil tag jiran yang tak sepahaman.

2. Selalu tinggalkan kasut dan stokin yang berbau lebih teruk dari longkang di luar rumah.

3. Memakai baju yang sama dan seluar yang sama setiap hari dan setiap kali keluar rumah.

4. Kenyit mata kat anak jiran atau lebih mencabar nenek jiran. AMARAN bukan bini jiran.

5. Sentiasa buat-buat rajin masa tengahari untuk tanya jiran masak apa sambil membawa bekas-bekas kosong untuk di pau.

6. Selalu ke rumah jiran untuk tonton tv bersama. Lagi lama kat rumah jiran lagi bagos.

7. Pasang lagu justin bibir sekuatnya ketika dengar-dengar jiran dalam toilet. Untuk membantu penghadaman.

8. Tanya jiran kalau-kalau ada orang boleh kejutkan pagi-pagi untuk subuh.

9. Sentiasa tolong sapu rumah jiran masa rumah anda pon bersepah macam rumah dia.

Dengan menggunakan cara aku ni komfem ampa akan kamceng dengan jiran. Setiasa meniti di bibir-bibir masa jiran-jiran nak mengupat. Kira nya membantu untuk open topik besembang la kan.

Ni last. untuk memang betol-betol menaikkan rating diri. Tapi jangan la menunjuk sangat pulak. Dengan muka ringan memberi senyuman.

10. Bila terserempak. Tanya jiran. "Boleh tak saya nak datang rumah awak nak solat berjemaah bersama." Kompem ada respon. Tambah pulak kalau dia ada anak yang single lagi.

Yang selalu get close SANGAT dengan jiran
@hilmitempoyak


Bapak Aku Luar Biasa

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.3.13 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Setiap hari. Setiap masa masa kita didunia ni. Hebatnya kita. Luar biasanya kita. Mesti diikat dengan nama bapak kita dibelakang nama kita. Jadi sehebat mana pon kita. Cuba fikir sejenak. Siapa yang hebat sebenarnya. Kita..?? atau bapak kita..??

Kehidupan ini sangat adil, hidup kita pinjam nama ayah. Mati kita pinjam nama mak. Tapi pernah tak kita ucap terima kasih untuk itu..?? 

Zulkefli Abd Rahman - Bapak Aku.
Semalam aku nak tidur. Aku pikir sejenak. Apa moment yang aku tak pernah lupa dalam hidup aku dengan ayah aku. Kalau aku cerita, aku menangis. Sebab aku rasa makin rindukan dia. Makin sayangkan dia. Jadi biarlah aku simpan untuk jadi lebih istimewa sebab hanya aku, ayah dan Allah saja yang tahu. Jadi anda pon simpan lah.. sebab bertambah manisnya.

Terima kasih Ya Allah, beri aku bapak yang tinggi ego didepan mata. Tapi luar biasa disebaliknya. 

Anda yang membaca ni. Duduk sejenak dan fikir berapa kali dalam hidup ni anda pernah peluk dia dan bisik terima kasih untuk segalanya. 

Credit : Google | Blogger
Ada orang kata segan dan malu sebab kita tak membiasakan. Tapi cubalah, sebab anda akan tau nikmat bila anda peluk dan tengok depan mata anda yang mata ayah anda dah basah. Sedangkan kita pegang tangan awek yang tak konfem lagi tu depan orang, kita tak tau malu pulak kan.
Selamat Hari Lahir ke 52 tahun ayah. Emy sayang ayah. 
Entri ni akan dihapdate lagi. Sebab aku karang pakai hati dalam masa 10 minit ja. Sooo.. ayat tunggang langgang sket.


Yang tiba-tiba tersentuh.

@hilmitempoyak

Kaki

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.3.13 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi rini aku tengok kaki aku makin comel mungkin disebabkan kesan aku yang comel. Disebabkan itu jugak, aku nak kongsi sket apa yang ampa patut tau pasal kaki. Hmmm... macam skema sangat ja ayat aku.
credit : google | blogger
Aku yakin dan percaya ramai orang penah jadi kaki bodek. Jiran-jiran aku pulak ni kaki mengupat. Awek-awek aku kaki mekap. Adik-adik aku kaki novel. Ayah aku kaki mancing. Ibu aku kaki menjahit. Kakak aku kaki memasak. Hmmm... yeke memasak.

Bukan nak bohong atau jadi kaki bodek. Aku yakin yang follow blog ni kaki cantik. Dan memang konfem-konfem la kaki blogging kan. Jadi mohon sapa yang tak hapdate lama tu. Paham-paham sendiri la sebelum aku yang tiba-tiba jadi kaki hapdate. Biar kita jadi kaki bising dalam ni. Dari kita jadi kaki ayam kat luaq sana. Tiba-tiba jadi kaki lawak.

credit : google | blogger
Hati-hati dengan kaki rogol, kaki ragut, kaki ekor dan kaki tipu. Sebab hari-hari kaki kita berjalan untuk jadi kaki berjaya. Jangan lupa dengan kaki lepak dan kaki moto sebab depa berwawasan jugak.

Minat kat awek ni. Dia kaki shopping, kaki wayang, kaki makan, kaki sembang. Tapi risau pulak nanti aku jadi kaki hutang. Sebabkan tu aku kaki single sampai sekarang. Kehkehkeh... promote diri sket.
Aku yakin yang tengah baca ni kaki busuk.
Lepas tu tiba-tiba pulak jadi kaki sengeh sorang-sorang. Berpinar jugak mata aku dok tulis pasal kaki ja.

Walau apa pon kaki kita. Make sure ye dalam hati kita dalam diri kita kena ada kaki ni. Kaki ke masjid

yang berkaki gebu
@hilmitempoyak

Resepi Ala-Ala Bujang

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.3.13 | 45 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari aku dengan bangganya nak kongsi satu resepi yang bukan calang-calang. Sebab resepi ni telah dipraktikkan secara tradisional dan turun temurun. So.. bak kata orang puteh ampa memang lucky la dapat tau resepi ni.

Resepi ni menggunakan bajet yang rendah. Samping tu ampa tak perlu nak susah payah p cucuk ATM semata-mata nak try resepi ni. Jangan kata bajet tak kluaq, peluh pon tak menitis cuma ampa akan keluaqkan air mata kegirangan bila resepi ni menjadi.
Tak perlu sediakan pen atau kertas
Sebab kalau lupa ampa boleh tengok balik blog ni dan secara tak langsung naik la sket traffic blog aku. Haaa... bagos tak idea aku. Bagos kan, meh nak hug sket meh.

Bahan-bahan yang perlu disediakan.
1. Satu paket mee dalam cawan.
2. Satu cerek air panas.
3. Sebijik telur.
4. Segenggam semangat.
5. Sesudu kesabaran.

Cara-cara.
1. Genggam semangat untuk membuka penutup mee dalam cawan.
2. Masukkan air panas kedalam cawan sambil mengekalkan semangat. 
3. Tanpa berlengah terus pecahkan telur dan maintain semangat.
4. Tunggu selama 3 hingga 5 minit dengan sesudu kesabaran.
5. Berkat semangat dan kesabaran, dah siap..!!
6. Makan dengan bacaan doa dan senyuman yang gembira. 

Resepi ini dikenali sebagai ala-ala bujang sebab ada letak telur. Selalu kalau letak telur ni spesel sket kan. Kalau mee tu letak air ja namanya resepi bujang. Bila letak saja telur terus la ala-ala bujang.
Credit : Google | Maggi
Pastikan hasilnya macam dalam gambaq na. Selamat mencuba...!!!

bakal suami mithali
@hilmitempoyak

Doakan Mereka

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.3.13 | 18 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Semoga perjuangan mempertahankan negara dan agama di sana disemarak dengan kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. dan jatuh dengan kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. kami disini mendoakan keselamatan dan kekuatan untuk anda wahai pahlawan perkasa.

Teruskan doakan untuk mereka. Bantu ahli keluarga mereka. Ingatlah tak semua sehebat mereka. Tapi tidak bermakna kita tak hebat. Mari perhebatkan doakan kita.

Yang terasa di jiwa,
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger