Perjalananku di kota New York

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.2.13 | 48 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah seminggu aku tak hapdate blog. Dan inilah yang terjadi dalam seminggu aku. Ke kota New York.

Perjalanan aku kat sana cukup berliku. Menarik. Yela... penat kumpul duit kawen tapi habeskan dekat sini. Menarik sekali.


Sebenarnya dekat New York dan Malaysia tak banyak bezanya. Maksud aku dari sudut homeless people. Malam je kita boleh nampak di subway dan laluan-laluan tak terganggu ditiduri oleh orang-orang kat sana. Untuk menjimatkan kos penginapan kat sana. Tak salah bagi kita untuk turut jadi homeless. Tak salah bagi kita. tapi salah bagi mereka.


Dengan kepadatan kira-kira 6juta penduduk, New york gah berdiri kerana keunggulan nya dari sudut ekonomi. Aku sempat jugak menggunakan pengangkutan awam di sana. Teksinya cantik dan kemas. Kereta api tanah inggerisnya laju dan tepat. Di sana orang mementingkan satu yang berharga. iaitu masa.


Ditengah malam bandar ini aku kira tidak tidur disebabkan suasana yang masih sibok. Lampu masih bergemerlapan. Bintang masih bersinar dan bulan sememangnya bercahaya.


Sebagai bukti aku memang ada kat sana ampa bleh la jeles dengan gambar kat atas ni. Sebenarnya yang wanita tu hanya berselisih tapi gambar ni boleh menimbulkan fitnah. Kan tak boleh pegang bukan muhrim. Haram. yang tiru ye adik-adik. Hmmm.. adik ke.


Disamping kesibukan menghayati kota new york ni. Tak lupa ketika terdengar azan. Kita sebagai hamba Allah cepat dan tangkas berlari ke masjid. Lecturer aku selalu cerita yang betapa seronoknya solat dekat sana. Sebab saf dia rapat dan padat.

Sekarang baru aku tersedar yang aku hanya bermimpi dalam seminggu tu. Kehkehkeh.. Terima kasih kepada jurugambar foto. Maaf sebab tak dikreditkan kerana ini hanya direct dari google.

Penat merantau mimpi
@hilmitempoyak

Kenapa

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.2.13 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...

- Kenapa perlu follow..?

- Kenapa perlu blogwalking a.k.a kentut di blog..?



Jawapan dari blogger yang ikhlas disamping pujian menyatakan zulhilmi comel akan di follow. kahkahkah..

sebenarnya aku malas sket nak karang panjang. besa la baru sambut valuvalutine day ngan awek aku neelopa sama ngan faten lyana tu.

yang rendah diri sangat
@hilmitempoyak

Bau apa ni.

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.2.13 | 24 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Di kala aku bangun pagi. 
Ingin saja aku aku update semua tentang diri. 
Sambil tidak lupa wish Gong xi fa cai untuk semua sekali. 
Hmmm.. macam tak kena ayat aku ini. 
Sekali imbas skema berkali.

Bangun tidoq perut bebunyi. 
Membuat aku lupa nak hapdate berhari-hari. 
Maklumlah lelaki bekerjaya tanpa cuti. 
Kesian pulak tengok bini-bini.

Lantas bangun mencari megi.
Megi tak dak moto terpaksa beraksi.
Ke kedai mak cik cun konfem takdak jampi.
Terlihat anaknya kenyit sekali.

ohh... masa tak mengizini untuk kenyit berkali-kali.
membawa pulang nasik lemak kuih berinti.
sampai dirumah teros mau suapkan nasik tiba-tiba tak jadi.
termencarut di mulut sambil terselit "bau apa ni..?"

Muka gigih mencari-cari.
Bau tengit rasa nak gadoh ja ni.
Rasanya di jamban aku dah flush tadi.
Tapi bau ni luar biasa ni.

Terpandang baldi merah beseri.
Baru teringat baju dah rendam 4 hari.
Al maklum lah jejaka bekerjaya ni.
Niat di hati nak tangguh basuh 2 hari lagi.

Makan atau basuh mula konpius dihati.
Bau tengit tapi perut bernyanyi.
Sembur febrez wangi la sikit ni.
Selesai masalah muka pon hepi.

yang bermadah tak jadi.
@hilmitempoyak

Susahnya kerja

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.2.13 | 18 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dikala jam menunjukkan pukul 2 pagi. Hatiku meronta-ronta dengan rasa terpaksanya mahu hapdate blog yang serba suci ni.

Perghhh... ayat intro macam besa standard orang malas. "lama gila aku tak hapdate blog". Heee...

Aku just nak share. Alhamdulillah dah seminggu lebih aku kerja. Penat gila nak mampos. Naik habes masel badan aku ni. Terus yang kendur jadi tegang yang mengelebeh jadi boroi ketat. Tapi bukan itu yang aku nak menunjuk.

Di pagi hari ini dikala kipas berpusing level satu dana ngin bertiup malu-malu. Laptop dipasang nyanyian batinku. Jamban masih tak cuci dan berbau. Hati masih menanti cintamu dan kasih mengharap yang satu. Aku nak ucapkan....

Terima kasih. mak, ayah... bekerja cari rezeki untuk emy dari emy dalam kandungan lagi. tak pernah dengar keluhan lagi. Harini Baru emy tau penat nya bekerja. Mak, ayah...
Walaupun aku tau parent aku tak baca blog aku ni.  Saja nak menunjuk sweet sket. Kahkahkah.... tapi berterima kasih la kat parent ampa jugak na. 

yang penat jadi comel
@hilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger