Only ME

ZULHILMI TEMPOYAK | 26.1.13 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hari yang tenang. Burung-burung bersiul kegirangan. Bantal peluk masih di dakapan. Kata orang tua "tak kenal maka tak cinta". Kata orang muda "dah kenal menci-menci pulak". Intro memang tak dak kena ngena dengan apa aku nak tulis. Sebab aku pun blom pasti apa aku nak tulis. Dan sekarang terus menulis.

Kita selalu tengok orang hapdate status sendiri, like sendiri, komen sendiri. Ahhh... tak tenang. Adakah itu masalah..?






Aku selalu tengok kawan-kawan aku yang buat gini. Orang puteh panggil stalk la. Cuba nak memahami apakah niat yang cuba disampaikan, Tak ke macam pelik. Hang update hang suka hang sendiri ja komen.

Tapi tak bleh nak salahkan sesiapa seratus peratus. Sebab bila kita hapdate facebook sendiri yang appear button like kan.

Status di atas ni contoh je la. Sebab tu aku letak only me. Kalau tak memang kena bahan dah ngan member aku. Kehkehkeh...
Tiba-tiba jugak aku rasa nak muntah baca status aku ni.
Status di atas sebenaqnya untuk awek ku si faten liyana dengan neelopa. Auchhh... Kehkehkeh...

yang jiran kata comel
@hilmitempoyak

Jamban Aku Datang

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.1.13 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Haaa... tengok tajuk macam bajet nak tiru ala-ala cerita istanbul tu kan. Ni idea yang datang tiba-tiba lepas aku dok diam sambil asyik ke jamban je hari ni. 

Jamban begitu penting untuk hari ni. Kalau tak masakan gangnam style yang hit berbilion tu selitkan adegan dalam jamban. Movie-movie action mesti tunjuk jamban pecah. Pentingnya peranan jamban ni. Haaa... ada yang nak bukak balik la tu.


Jamban ni ada banyak jenis, tabiat, n ciri-ciri. Ada orang suka jamban duduk cangkuk ada orang suka duduk jamban kerusi. Tau tak yang mencangkuk dan berkerusi ni sebenarnya dipengaruhi oleh individu. 

Sebab utama kita selalu guna jamban cangkuk atau kerusi.

Alasan 1 Jamban cangkuk - Memang beli rumah dapat jamban ni ja.

Alasan 1 Jamban kerusi - Memang beli rumah dapat jamban ni. ja.

Tapi ada setengah rumah kita diberi pilihan samaada nak cangkung atau nak berkerusi selesa. Begitu jugak kalau kat jamban awam. Amboih... kenapa ayat aku ni macam skema ni. 
Jika kita diberi pilihan seperti ini, jangan ragu-ragu untuk cuba kedua-duanya sekali.

Masuk jamban pon sekarang kena bayar kan. Aku ada tips kalau ampa tak nak bayar.

Tip 1 - Guna jamban dirumah
Tip 2 - Jamban yang memang tak dak orang nak mintak bayar
Tip 3 - Guna jamban kat midvalley, timesquare
Tip 4 - Masuk buat bodo ja.
Tip 5 - Mohon bekerja dekat situ
Tip 6 - Volunteer untuk cuci jamban bebayar tu
Tip 7 - Bagitau dan kongsi sejarah jamban dengan pengutip duit tu
Tip 8 - Buat kamceng dengan tokei atau pekerja
Tip 9 - Tahan la sket..

Ampa tau tak kalau nak tengok peribadi orang tu pembersih atau tak, tengok jamban nya. Kalau bersih tu andaian rajin, pembersih. Tapi kalau kotor tu sebaliknya pulak. Tapi aku agak menyangkal mitos ni sebab tandas aku bersih. Bilik aku besepah. Kan takdak hubungan tu. 


Teringat masa kecik dulu. Kalau balik kampung time malam sakit perut nak terbe... mesti tahan. Takut nak membuang kat luar. Yela.. tak dak lampu, pastu yang ketul-ketul tu pun tak tenang nak keluar. Harini atuk terpaksa buat pintu untuk connect dengan yang dalam. Bukan sebab aku takut tapi sebab sepupu kecik aku pulak jadi penakut.

Apa yang ada dengan jamban ampa..? haa... ni pon bleh buat topik bebincang.

pencinta jamban
@hilmitempoyak

Stalk Member

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.1.13 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhh... untuk hapdate blog kali ni. Aku terpaksa stalk facebook member-member aku. Ampa tau kan dekat sebelah kanan facebook tu ada chatbox dengan timeline kalau member kita ada komen or mencarut atau like kan.

Soo.. hari ni, itulah tempat aku mengilhamkan diri untuk hapdate blog. Banyak yang menarik tapi aku lebih tertarik dengan ke sweet an member aku yang baru kawen ni. Bapak jeles aku bila membaca nya. Rasa tak sabaq nak memeluk bini. Hahaha...

Inilah hasil stalk aku ritu i mean hari ni la. 

Facebook Si Isteri
Facebook Si suami
Facebook Si suami
Klik la untuk tumbesaran ye. Baca ayat sweet depa ja na. Jangan dok g cari la suami orang yang sweet tu. Aku ni pon sweet jugak sebenarnya. Ok.. ni laptop ni tertulis sendiri ye.

Didoakan member aku ni bahagia hingga ke syurga ye. Cepat dapat anak. Kalau baca blog aku ni doa la aku cepat sket temu jodoh. 

Mak...!!! nak cepat kawen. Hehehe... Itulah indahnya kalau dah ada suami isteri yang sah ni. Tambah lak yang nak sama-sama ke Jannah kan. Sooo.. cepat-cepat la kawen ye kawan-kawan.

Ehem... aku single lagi. Hahaha..

penstalker hebat
@hilmitempoyak


Sweet nya jadi ayah

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.1.13 | 30 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Doakan aku lebih hebat dari si ayah ni ye. Hahaha.. 

Bunyik macam tak sabar nak kawen ye ni. Harap betemu keja. Pastu betemu jodoh cepat la sket yak. Bunyi macam gelojoh. Tapi kalau dah hati teringin sangat kita kena buat kan. Ohhh.. mohon yang single dan bekerjaya datang pinang den.

Nampaknya ramai datin-datin yang sedang memerhati aku untuk dijadikan anak ikan a.k.a bibik. 

Tak sabar nak beraksi ni. Hehehe.. jangan pikir bukan-bukan ye.


yang teringin
@hilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger