Mana Perginya
16.9.13
Bismillahirahmanirahim...
Hahahaha... nak gelak. Ramai PM tanya "poyak hang kenapa tak hapdate-hapdate blog". Nak jugak aku snipping tool nak menunjukkan caring dan sweet nya member-member dan secret admirer gua. Thank untuk anda yang teringat. Aku memang rindu ampa jugak. Fatin Lena ja yang tak PM aku. Fine.. heee..
Ramai tau agaknya aku takdak kereta lagi. Bukan tak nak beli tapi rasa macam tak perlu lagi. Tunggu la sebelum raya. Mungkin dapat Jazz nak beraksi. Dah awek takdak lagi. Jadi apa lah kisahnya di hati. Kumpul duit penuhkan aktiviti.
Aku ada cerita ni nak kongsi. Bacalah... Plishhhh... plishhhh...
Satu hari tu, aku balik keja. Dengan kelajuan yang boleh memotong kancil, moto kriss biru aku yang super duper awesome dan cool gah di jalanan. Dari sek.13 shah alam ke puchong sebelah cyberjaya tu. Lalu highway PLUS. Sapa dok sini mungkin tau la jauhnya. Kalau ada bisul kat pungkoq memang menetas dah.
Nak di jadikan cerita satu malam tu aku balik keja. Not bad pecutan Kriss biru aku, sampailah aku terbau busuk-busuk. Risau jugak aku, malam jumaat masa tu. Nak tengok side mirror pun tak berani. Moto pun terasa berat pulak tetiba.
Pusing habes minyak moto aku, meraung kuat moto kriss biru aku. Then... ternampak lori sampah depan beberapa meter depan aku. Baru aku sedar bau tu dari lori tu dan berat tadi sebab jalan ni macam naik bukit. Nasib baik orang tak tau aku ni penakut kadang-kadang.
Sebab aku dok belakang lori sampah ni bau busuk memang dok hidu ja la. Busuknya not bad la. Terima kasih anda yang bertugas untuk ni selingan ikhlas dari hati. Lori yang dibawa tu berkelajuan biasa. Moto aku yang berkelajuan biasa ni menerima tempias baunya.
Masa ni aku terpikir aku ada dua pilihan. Pertama sama ada aku kurangkan lagi laju, biar lori ni jauh dari aku. Sebab susah nak potong memalam ni. Tapi aku mungkin terkena tempias bau busuk tu lagi. Atau pilihan kedua, aku pecut untuk potong lori, minyak mesti makan laju sket punya terkena tempias kenaikan 20sen pulak. Tapi aku cepat sket sampai rumah.
Pastu aku terperasan situasi ni hampir sama dengan kehidupan kita. Kita selalu terikut orang yang busuk perangai dalam kehidupan kita. Kita ada pilihan kalau kita ikot rapat memang kita pon dapat busuknya. Pilihan Pertama sama ada kita kurangkan lagi laju kita, elakkan sama macam kalau kita slowkan diri kita. Tapi kita akan lambat ke matlamat kita dan orang yang busuk masih di depan kita.
Atau pilihan kedua, aku pecut untuk pintas orang yang busuk tu. Kos yang terkesan mungkin tinggi. Tapi kita akan cepat kejar matlamat kita sambil tak terasa busuk tu lagi. Itulah kehidupan atau memang inilah kehidupan.
Jadi ampa tau aku pilih yang mana kan...
Ok. atas ni hadiah buat mereka yang rindu aku. Kahkahkahkah...
yang bajet terpikir
@hilmitempoyak
My Next episode : Malindo Air, Tunggu Aku First Time.
44 kata zulhilmi kiut
tau dah ang pilih yg mana..haha.
ReplyDeleteKadang2 apa yang berlaku seharian dpt dikaitkan dengan kehidupan kenn. Hehh
ReplyDeletesalam. mesti cuma amik bau jer ni haaa :P
ReplyDeleteHaha, penakut jugak rupanya...
ReplyDeleteBagus, aplikasi kan apa yg berlaku dlm kehidupan seharian kita.
Baguih la..apr yg blaku dpn mate leh kte kaitkan dgn life kite
ReplyDeleteHahaha kelakar XD wahh buka minda betul brother poyak kita ni. Tahniah :) Tapi.. kalau jumpa orang yang busuk hati, busuk perangai jangan pula kita lupa untuk doakan dia semoga diberikan hidayah Allah ^_^
ReplyDeleteOhh yaa.. tahniah brother poyak follower dah nak 1000 :D tumpang gembira ni.
eh mimpi ke saya nih follower kamu yang ke-1000?? whoopeeee ^-^
ReplyDeleteupdate update laju2
ReplyDeleteSALAM HARI MALAYSIA..
ReplyDeleteHaha . Lawak laa . Oke singgah sini cos lama sgt tak sggah2 sini ;)
ReplyDeletemuahahahaha lori sampah yang disalah anggap.. kesian lori sampah tu hampir2 difitnah..
ReplyDeletehilang idea nk komen bila tgok gmbr tu..lawak haha
ReplyDeleteuntungla ramai rindu..haha..
ReplyDeletealahai..rindu plak kat kriss kt..huuh..
adik tumpang abang boleh?
ReplyDeleteyang benar,
puntianak comel
aduiyaaii..bau tu mesti ohsem gila..Hahaha..
ReplyDeletehihiiii.. smpah mmg busukk.tp tu keje muliaaa ouh
ReplyDeletekira bau smpah yg bsuk tu lagi baik dari manusia busuk perangai niiiii
sekian dari sy! hahaha
pilihan seterusnya pakai kereta. rilex je cucuk rapat lori sampah pun tak bau. Haha
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemsh tfikir jgk lagi ni..apa sbnrnye yg nak dsampaikan..psl potong lori tu ke atau ??
hehe ;D
hahaha
ReplyDeletebaru kelmarin singgah sini..
baru ckap dlm hati..
lme nyee tak update, ahhahaa
Ehh ape nie..
bau busukk niee..
hooohoo
mesti hang pilih potong lori. memalam kalau hang kurangkan kelajuan hang da la penakut elok hang perlahan kan motor takut ada yang teman duk belakang hehe
ReplyDeleteseremmmm . hehehe
ReplyDeletepenakut!!!!!! hahahaha... xmacho ah tempoyak nie...
ReplyDeletearoma dari lori pengangkut sampah mmg kekal berbau beberapa ketika kat jln yg dia lalui...haha
ReplyDeletetak suka kalau lori sampah lalu.. tapi bila fikirkan balik terima kasih sangat kepada mereka yang sanggup buat kerja mulia tu..
ReplyDeleteseronoklah...ada orang rindu hihihi
ReplyDeletesggh pg khmis =)
ReplyDeletenk terkentut tgk pic ko yg mcm tahan kentut tu weh! hahaha
ReplyDeletelori sampah leh kuar bau lori bawak getah pun leh kuar bau + package air lagi ..jd hati2 jgn cucuk angin haha
ReplyDeleteAssalamualaikum zulhilmi! hahaha. lawak. semalam pun sheila terbau bau yang semacam 'wangi sangat' ni.. rupanya lori sampah kat depan kereta. menitik-nitik air meninggalkan kesan. seminggu jalan tu berbau, kalau hujan turun lega sikit hidung sheila ni. followers yang ke 1001 ;p
ReplyDeletehahahaha sila buat pilihak yg bijak k
ReplyDeletebtol gak apa yg hang ckp nih. buruk2 org, ada yg tetap ikut.
ReplyDeletesy faham cerita tu, tp gamba tu. errrrr---- hah.
ReplyDeletesalam en.zul..
ReplyDeletepe khabar...dtg melawat ^_^
kahkahkah...perumpaan yang serius namun bila ko cerita buat aku tergelak pun ade..hehehe..salam bro..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
ahhahahaha tak rinduuuu ppppooooonnnn
ReplyDeleterelate situasi dengan kehidupan..terbaek..& mmg sgt tepat..akan ada nilai yg perlu dibayar & dikorbankan untuk ke depan..namun apa yg diperoleh selepas itu x ternilai harganya..~ =)
ReplyDeletesituasi yang kena untuk menggambarkan perihal "busuk" dunia dan manusia. hehehe.
ReplyDeletekita kena pandai dan yakin untuk buat pilihan.
kalo aku cilok je lori tu..kalo dia cilok hg, hg cilok la dia balik..tgk sape yg laju..hahah
ReplyDeletehahaha...style laa cerita hang ni !!
ReplyDeletehehe kita sama merempit ja tiap2 hari..btl tu..klu blh kita elakkan lah prgai2 org yg bsuk ni.jgn kita bsuk jgk sudah.hehe
ReplyDeletepaling tak tahan muka tuh. yeahh.
ReplyDeleteAntara entry dengan gambar muka tu, gambar tu paling WIN!! hahahha
ReplyDeleteBiasa lah tu dugaan atas dunia nie :D
ReplyDeleteHemsem orang dalam gambar tu hahahaaa...
Ada makna tersurat di sebalik yang tersirat..
ReplyDeleteKami naik kereta pun kekadang bau busuk sampah apatah lagi naik motor kan..