Belon Ohhh Belon.

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.8.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah sebulan aku tempah kereta. Ingat dapat menikmati sebelum raya. Tapi situasinya 50-50. Baru nak bawak awek-awek jalan-jalan tengok bandar metropolitan parit buntaq. Disebabkan aku ingat sempat dapat kereta tu la aku tak beli tiket bas ke tiket moto ke tiket kereta api ke.

Semalam baru aku terpikir, ada lagi ke tiket bas r kereta api hujung-hujung bulan nak dekat raya ni. Nak p pudu tu jauh jugak. Tapi tak nak aku beraya seminggu kat sini. Kang kecewa tak pasal aku kena main biola sambil kunyah lemang sorang-sorang kat sini.

Disebabkan aku ni jenis tak nak pikiaq banyak. Aku pun tengok la website airasia. Tengok mahal lain macam ja. Yela, 4 hari lagi nak naik sekarang baru tempah. Mau harganya tak ikut perasaan tauke pulak kannn. Pastu awek ofis aku suruh tengok malindo. Aku pun layankan jela. Niat di hati baru nak naik airbus. 


Tapi Alhamdulillah la.. murah ja. ad promo pergi balik penang baru seratus lebih. Book terus la tanpa pikir panjang. Takut melepas pulak. Beraya sambil tengok youtube ja la nanti kan. Klik-klik... settle. Aku pun sembang kencang la ngan member kat ofis. Hehehe...

Tapi...!!! Sebenarnya aku tak pernah naik flight pon. Pertama kali dengan pertama kali ni jugak aku tempah sendiri dan sorang-sorang. Jangan habaq kat orang pulak. Heee... 

Jadi sekarang aku agak konfius. Aku ada e-tiket ni tapi tak tau perjalanan sebenar bila nak check in apa. Kalau google pun tak ramai blogger yang kongsi pengalaman macam mana nak lalu apa.

Kesimpulan aku dah buat, 1st aku datang awal 3 jam. Flight pukul 5 ptg jadi jam 2 aku mesti tepacak kat airport subang. 2nd aku akan tanya macam bajet tau kat kaunter pertanyaan. 3rd kenyit mata sambil ucap terima kasih kalau yang jaga kaunter pertanyaan tu wanita. kehkehkeh...

Jadi sapa yang pernah naik malindo share la sket kat sini na. Pendek kata yang pernah naik flight la. Hehehe..

p/s : jangan lupa aku nak bagi duit raya. tengok link ni http://zulhilmitempoyak.blogspot.com/2013/07/nak-bagi-duit-raya.html. baru 4 orang join. Jom sertai untuk peluang duit raya sehingga 100 henget...!!!

yang macam bunyik perak.
@hilmitempoyak

23 comments:

  1. umpama menunggu dah sampai destinasi

    ReplyDelete
  2. Kite lagi la tak pernah naik flight. Kesian betul :(

    ReplyDelete
  3. harap boleh try naik juga malido ni

    ReplyDelete
  4. Done follow sini .. no. 977

    jom follow teman lak yea.. salam kenal.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Kami tak habaq kat orang pun, tapi hang habaq sendiri. Hahaha untunglaaaa, kami tak pernah pun naik flight. Wohooooooo.

    eh jap jap, memang suka makan tempoyak eh? gulai ke sambal? Hahaha

    ReplyDelete
  6. have a safe flight ok hehe..
    1stime zyra nek flight pon,bajet2 terror je pon..haha selamat kkak tlg guide sebelah haha

    ReplyDelete
  7. salam prknlan..hehe done fllow cni.. nice entry :)

    ReplyDelete
  8. parit buntaq.. hahah.. dekat ngan aku ja la.. aku bandaq baqu.. hohoho... ala, bawak awek naik moto pon okey gak pa..

    ReplyDelete
  9. sekurang2nya merasa gak naek flight.. untunglaaa.. =D

    ReplyDelete
  10. Best naik flight nie
    Saya baru je blik Sarawak tempoh hari
    Naik MAS
    Hik hik
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  11. untung lah bro balik naik belon hehehe selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. sheila done follow sini, 983! ehehe sheila first time naik airasia bulan lepas. malindo tak pernah naik lagi. heeee. zul, selamat hari raya yeee :)

    ReplyDelete
  13. balik raya naik belon tu... boleh tngok anak bulan sekali.. huhu..

    ReplyDelete
  14. Sama la kita tak pernah naik flight pun T___T

    ReplyDelete
  15. naik flight. glamour kauuu. hahahahaa =D

    ReplyDelete
  16. hahaha.. nanti ceritakan pengalaman naik bro..haha. aku tak pernah lagi naik flight..

    ReplyDelete
  17. hahaha tak kesah naik ape pon, yg penting semoga selamat sampai tau!
    emy lagi haru, nie pes time dgr malindo. haha

    selamat hari raye!

    ReplyDelete
  18. maaflah eden taktahu pasal malindo ni . tapi apepun awak selamat pulang ke kampung ye :))

    hehe

    ReplyDelete
  19. 1st time dengan ade nama flight malindo...saya naik firefly je..murah..hehehe :D

    ReplyDelete
  20. sama lah x pernah naik flight kesian kan , palig jauh pon singapore tu pon naik bas . kesian2.

    ReplyDelete
  21. naik kapal terbang kertas pernah lah. yg jenis malindo ni tak pernah lg lah bro. haha

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger