Layakkah aku.

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.6.13 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi ni buat aku termenung. Buat aku terfikir. Buat aku terkelu. Buat aku tertanya. Layakkah aku untuk mereka yang terlalu baik. Sedangkan aku ni hanya biasa-biasa baik. 

Masa aku belajar dulu, aku dapat offer buat part time dekat sebuah kolej. Sebabkan kemahuan aku masa tu. Aku buat la kejap. Tak lama, dalam 3 bulan ja. Dan yang menariknya ini adalah kolej agama. Setiap kali ada program agama kat kolej tu aku akan hadir. Alhamdulillah... dapat ilmu tambahan masa tu.

Ofis aku adalah dibahagian depan. Jadi kalau pelajar nak masuk kolej pagi-pagi tu mesti akan lalu ofis aku dulu. Masa tu la aku mencuci mata kan. Fuhhh... kolej agama beb. Sejuk ja mata kita dok tengok kan. Tapi aku tengok kat cermin ja la. Yang cermin luar gelap tu. Macam dah mengintai. Hihihi... 


Satu hari, aku terperasan ada sorang gadis ni lalu. Fuhhh.. dalam hati aku meronta-ronta nak bekenalan dengan harapan nak jadikan isteri idaman. Bak kata orang, "perfect habaq hang". Tapi kena faham situasi la, aku dekat mana kan. Dah la part timer ja kan.

Ada hari yang dia lalu aku tanya kakak kat ofis aku. "Kak.. tu sapa kak. Kak kenal tak. Kak kan baik dengan student. Saya berkenan la." Punya la nampak surius waktu tu. Tapi malang sekali kak ofis aku tak kenal. Tapi dia suruh cuba ja kalau surius bekenan sambil sengeh-sengeh kat aku. Aku pun bajet tersipu malu. 

Macam-macam teknik aku guna masa tu, siram pokok bagi terkena la, buat bising kat koperasi la, selalu buat-buat bertembung la. Tapi dia tak layan beb, tinggi beno level dia ni.

3 bulan aku keja kat situ berlalu macam tu ja. Nama tak tau. Sepatah pun tak pernah cakap walaupun orang kata aku ni jenis gatai. Just intai melalui tingkap. Tapi itulah, bila masa surius sebab tiba-tiba segan berlalu macam tu ja. Dalam hati dah bergoncang-goncang dah. Tapi apakan daya. Aku gagal tanpa mencuba.

Selang berapa hari lepas aku habes kerja aku pun terkawan la dekat fesbuk dengan seorang jejaka ni yang memang pernah kerja sebelum aku dan kebetulan pernah belajaq dekat situ. Dengan niat murni dan hati yang cekal aku terus stalk fesbuk jejaka ini walaupun dia seorang lelaki. Yela... nak tengok gambar yang tag tu. Cekal gila aku masa tu tengok satu-satu.

Last-last tak jumpak jugak, disebabkan aku agak baik dengan jejaka ni masa aku kerja dulu. Aku PM dia tanya dia kenal tak gadis sekian-sekian ni. Bagitau ciri-ciri dan apa yang aku tau serba sket pasal gadis ni. Perghhh.. jejaka ni memang tolong aku beb. Habes semua kawan yang ciri-ciri yang macam aku mintak tu dia bagi link kat aku. Satu-satu aku teliti.
Lastly... YES...!!!! jumpak.
Masa tu rasa nak cium ja member laki aku ni. Tapi apakan daya keterbatasan jantina menghalang. Jeng... Jeng... Jeng... misi add fren di fesbuk bermula. 10 saat kemudian di approve. Kebetulan dia online jugak kot masa tu. Takpa la. Aku pun slow-slow la ucap thanks dekat msg tu.

Dan dari situ la mula aku bersembang. Fuhh... susah beb. Tiap hari nak sembang, tiap hari kena buat research cari topik. Takut aku sembang tu macam dah tersasul. Yela... aku ni kan gelojoh sket. Dalam berapa bulan kenal-kenal. Sembang bajet caring aku. Aku cerita habes aku ngendap dia la. Cerita habes skill-skill aku masa nak berkenalan dulu. Kami dah macam lama kenal, cuma tak pernah jumpak ja. Maksud aku pernah cuma tak pernah sembang bersemuka ja.

Last, aku kata aku minat dia. Aku nak pinang dia bulan 7 ni. Bagi aku masa nak kumpul duit dan bersedia. Dia pun setuju ja. Siap tulis tarikh lagi. Betapa gelojohnya aku masa tu. Then, aku pun bina career, bz sket la. Tambah lak orang macam aku ni tak pernah kesah sangat pasal henfon. Kalau orang msg kadang 2 hari baru reply. Tanya la kawan mana pun. Sampailah fon aku rosak. Dan takdak masa nak ber internet sangat.

Lama aku tak msg langsung dengan dia. Sebab fon aku yang maxis tu rosak. 3 bulan jugak la. Masa dia online aku bz. Betul-betul keja aku ni. Yela... niat nak kumpul duit nak kawen, sampai aku lupa dengan orang yang aku nak kawen tu.


Nak jadikan cerita ni lebih menarik, aku dah sembang dengan kakak yang selalu trade emas kat aku. Aku kata aku nak cincin satu. Emas 916 nak bulan 6 sebab awal bulan 7 nak guna. Nak pinang orang. Segan-segan aku nak cerita pun. Then balik keja masa hujung bulan mei ritu, aku saja stalk fesbuk dia. Ingat nak sembang.

Status dia tertulis. "Alhamdulillah.. semua dah selesai. Honeymoon di Sarawak. Bercinta lepas nikah ni best.." Mula aku ingat dia nak main ja. Tapi macam tak logik. Dia bukan pandai nak melawak sangat. Stalk punya stalk pastu PM. Dia memang dah kawen. Dengan seorang yang baik la.

Aku just tulis "tahniah, cinta sampai Jannah ya". Masa tu aku tak tau aku perlu sedih atau aku perlu seronok. Tapi aku belajar sesuatu dari tu. Dan sememangnya dah bukan jodoh. Takkan nak kejar jugak kan.

Memang betullah wanita baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Perangai kita mencerminkan pasangan kita.  Dan aku sedar yang aku mungkin tak jadi diri aku. Jadi... bagi yang biasa-biasa baik macam aku ni. Jom kita ubah ke luar biasa baik.

Ampa rasa cerita aku ni. Betul ke sebaliknya..?? Hehehe...

yang akan layak
@hilmitempoyak

32 comments:

  1. sedih...tapi maybe kau akan dapat yg lebih baik kot... sabaq naaa.

    ReplyDelete
  2. cerita ni betul,.jangan teriak guling2 na.

    ReplyDelete
  3. Huh first time aku dpt menj8wai cerita ko wei. Sebak didada huhu.

    ReplyDelete
  4. sabar ye. insyaAllah akan bertemu dengan jodoh yang baik juga nanti.

    ReplyDelete
  5. alahai mat bunga la abg nie haha
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  6. Wahh...haha,tatau nak kata apa .
    Tapi apa pun In dpt mesej dlm cerita ni :) nice one ^^,

    Kita hanya boleh merancang,Allah yang menentukan kerana perancangan Allah yang terbaik =)

    ReplyDelete
  7. Cerita ni agak sedih, tapi u should rasa seronok, jangan sedih2. Dah bukan jodoh kan.

    ReplyDelete
  8. moga dpt lbh baik..skurgnya dah berusaha..


    rasanya citer btul.takkan gigih nak taip utk "tipu" atau gurauan kan.

    ReplyDelete
  9. sabar bro semoga jumpa pengganti yg lebih hebat

    ReplyDelete
  10. assalam,
    mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku..

    ReplyDelete
  11. Zul~~~

    ah, tak kira betul ke dongeng ke, tacing jugak baca.

    sobs..sobs.. kalah ombak rindu sedihnya..hehehehe..

    sabarlah..insyaAllah jodoh anda ada di depan, teruslah melangkah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.. :)

    ReplyDelete
  12. dongeng an...an..an....
    ah malas ah nak caya! haha

    zul,kalau nak nanges mai sg dua ok.anis ada je dekat umah! cakap sekampung!! apa ada halll

    ReplyDelete
  13. dy tau tak hang suka dia? haha

    ReplyDelete
  14. Hampir terkesima aku bace, kalau xbtl... pandai ko buat cite,..
    Kalau betol.. belajar dr kesilapan,..
    Xpela, xsemestiya xbaik , xkan dpt peluang baik..
    Poyak2...

    ReplyDelete
  15. Perghhh . dia kan dah beri persetujuan ? aduhh . hmm takpela bukan jodoh kan .

    ReplyDelete
  16. sadis jgk dgr cte lu..
    mohon bertabah

    ReplyDelete
  17. seriously?

    kalau betul, harap bertabah, i know that feelings


    kalau ko tipu,
    mmg kau nak kena pelangkung
    hihi

    btw chill :)

    ReplyDelete
  18. benarkah? sabar ya tempoyak... mungkin ade yg terbaik utk ekau yo..

    ReplyDelete
  19. hurm.. aku rasa macam cerita betul je ni. betul ke bro??hehe

    ReplyDelete
  20. Errr, takpa. dah hang buat senyap ja. dia pun cuak la na tunggu.

    K

    ReplyDelete
  21. mungkin ada yg lebih sesuai utk hang kat luar sana. tungguuuu...

    ReplyDelete
  22. jodoh x sampai lagi, InsyaAllah akan jumpa jodoh yg lebih baik :)

    ReplyDelete
  23. terima kasih semua... tp xdak yg nk volunteer ka.. hahaha

    ReplyDelete
  24. sedihnya baca.. huhu
    kena mencari yg lain la.. teruskan usaha

    ReplyDelete
  25. jom la. hehehe...

    takpelah, kerana Tuhan tahu apa yang terbaik. volunteer? haha... boleh sangat. :P

    ReplyDelete
  26. takpe la..bukn jodoh hang..

    mari la kita sama2 ubah ke arah luar biasa baik hihi

    ReplyDelete
  27. sabaq na...ade hikmah ni...Tuhan bg kau peluang ubah diri dulu...positif2

    ReplyDelete
  28. Takdir itu milik Allah, milik kita hanya usaha.. Kerana takdir Allah itu terlalu istimewa!

    :)

    ReplyDelete
  29. Pehhh terlepas macam tu je orang kebas. Haha. Tu la, lain kali jangan tunggu lama2, nanti lama2 dia diambil orang. ;p

    ReplyDelete
  30. ok sedih. tp kehidupan mmg kena trima. takda yg mustahil. haha *tiba2 ketawa -.-

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger