Twitter Ada?

ZULHILMI TEMPOYAK | 30.12.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Kehadapan tuan puan saudari sudara gedebu gedebab.

Nak tanya twitter ada?
Nak follow.

Facebook Page ada?
Nak Like.


Simple ja kali ni. Nak nampak sket komitmen katanya. hehehe...


yang nak ikot semua
@zulhilmitempoyak


Live like a Famili

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.12.13 | 19 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Malam tadi aku ada whatsapp dengan someone. Tapi bila mula melangkah ayat nak berkenalan a.k.a mengayat, dia suruh aku teruskan usaha aku dengan awek-awek yang tengah aku cuba tackle secontohnya atin yana dengan anis zuleka.

Jadi aku tau la blog yang tak seberapa aku ni selalu di stalk. Auchhhh.. Hehehe...

Bab tu nanti aku akan sambung kan. Mana la tau, doa-doakan lah happy ending. Kehkehkeh...
_________________________________________________________________________

Mungkin ramai yang tak tahu kat mana aku tengah belajaq sekarang. Yela, budak muda dengan muka comel dan badan sasa ni dan mulanya macam gelap ja masa depan kan. Pap.. pap... pap... macam ada sinar ja dihujung karier.

Alhamdulillah... rezeki aku belajar sambil bekerja dekat sini. Muka sentiasa happy sangat. Live like a family n work like a pro. Susah sangat nak cari tempat gini. 

Sebenarnya segan nak share moment aku tapi aku happy sangat bila kenal mereka. Awesome-awesome tapi bapak superb bila comes to works.


MasyaAllah.. hanya Allah yang tahu betapa gumbira nya aku bila dapat belajar sambil bekerja kat sini. Aku cuba nak terjemahkan dengan kata. Tapi sukar dia lebih sukar dari ngorat orang. Opssss.. hehe... tiba-tiba macam bajet sayu lak ayat.

Gambar memang sekadar gambar. Tapi bila kita tahu ramai yang support bukan dibelakang tapi ditepi kita. Nak jatuh pun masih kuat cari benda nak pegang.

Btw... InsyaAllah aku akan kembali ke arena passion aku dalam fotog. Jadi sapa yang nak kawen tu gitau la. Kalau aku free, free jugak lah aku g amek gambaq ampa. Heheheh...

yang kadang-kadang terharu
@zulhilmitempoyak


Shah Alam Berselawat - Malam Gema Cinta Rasul

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.12.13 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Langit makin mendung. Hati makin dingin. Ewaahhhh... bermadah gitu.




Assalamualaikum. Saudara-saudara blogger dan saudara-saudaraku Umat Muhammad S.A.W. Sihat semua kan. Haaa.. bunyik macam surius sket kali ni.

Saya dengan sukacita nak ajak kita berkumpul dan berselawat dalam majlis Selawat atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Shah Alam Berselawat
Pada 22 Disember 2013
Di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
Jam 7 hingga 11 malam.

SHARE jika anda nak share. Bukan paksaan. Perkara baik apa salahnya dikongsikan. 

InsyaAllah.. ganjarannya, hanya Dia yang layak menilai. 

Jumpa di sana.

yang akan bersama
@zulhilmitempoyak


Betul Kah Kita Sayang

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.12.13 | 14 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Dalam tengah minum minuman kurus aku ni. Tiba-tiba aku terpandang gambar-gambar yang boleh menitiskan air mata. Gambar mak ayah gembira, gambar mak ayah bekerja. Gambar mak ayah berpeluh tak terhingga. Gambar mak ayah menitiskan air mata masa kelahiran kita. Gambar anak rosak di paper.

Berapa ramai diantara kita yang betul-betul sayang mak ayah kita..??

Berapa ramai yang berani hilangkan rasa malu dan rasa ego dia. Peluk mak ayah. Ucapkan 

"mak....ana sayang mak sangat..!!!! sangat-sangat...!!!!", 
"ayah....ama sayang ayah sangat...!!! sangat-sangat...!!!."

Tanya diri kita. jangan tanya jiran sebelah. Tanya diri kita, jangan tanya kucing di riba. Sayang ka..??

Ingat...!!! Kejayaan kita dunia akhirat Allah yang bagi. Tapi atas doa dan redha siapa..?Mungkin aku hanya membuang masa menaip. Maafkan aku... aku cuma tak nak waktu kita susah baru kita cari mak ayah kita.

Sebab kita ni manusia. Mudah lupa. Tambah bila rezeki tak sepatutnya depan mata. Buanglah ego sesama.

Jika anda dirumah, peluk mak dan ayah anda sekarang. Lafazkan...
Jika anda berjauhan, hubungi mereka sekarang.

Bayangkan esok mereka dah tiada. Adakah kita baru kita nak luahkan apa itu sayang..??

Sayang..

Sayang sangat kan...

Sayang kalau kita lepaskan begitu saja.


yang sayang anda
@zulhilmitempoyak


Amboih Mengayat.

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.12.13 | 13 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Aku nak try ayat ni atas blog lak.

Hi awak... Boleh tunjukkan jalan?
Mohon reply kat bawah. Hehehe..


yang bertweet
@zulhilmitempoyak


Kontes Untuk Mereka Yang Berani

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.12.13 | 9 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Ala... lama tak hapdate blog. Dah tak tahu dah nak menaip macam mana sebenarnya. Alangkah indahnya kalau jiran-jiran ringan tangan nak tolong aku hapdate ke kan. 

Alangkah indahnya kalau anda yang baik hati tolong pujuk hati ini nak menghapdate. Bukan tak nak, bak kata tangan. Mana nak dapat manis kalau tak dengan indahnya. Haaa... faham tak walau tak kena ngena. Kehkehkeh....

Kawan-kawan yang membaca, sementara ada peluang ni. Gerai aku MyWife Closet ada menaja untuk satu kontes yang awesome jugak lah. Kalau ampa tengok gambar kat atas ni pon dah tau awesome. Tambah dengan muka aku pulak penyeri.




MyWife Closet a.k.a gerai scaft aku ada la menaja satu tudung nur kasih. Tak tau la kalau orang nak ke tak kan. Tapi memang menarik la. Dari adik sampai kakak sampai la mak, sampailah nenek pon boleh pakai lagi.

Mesti ramai yang terkezutkan. Zulhilmi Tempoyak muka macho a.k.a jambu, badan tegap ditambah dengan boroi pon menjual tudung-tudung ni ke. Juallah songkok ke. Kemeja ke. Seluar kecik beso ke. Nampaklah maskulin sket.

Sebenarnya, gerai ni diwujudkan dengan misi membantu ramai awek jelita luar sana untuk mendapatkan tudung labuh dengan mudah. Jadi scaft yang terjual, tergadai dekat sini. Semuanya labuh. Masih terkawal sehingga menutup dada la.

Buat masa ni itu ja kot. Nak bawa hati yang lara kecewa ke Melaka esok. Tata Awak... ;p

Jangan lupa Kontes U-Blogger.
Bukan semua berani berkontes. Hanya yang masuk ada peluang menang...!!
Ofcos la kan. Tak masuk mana nak tau nya. 



Layari www.mawardiyunus.com untuk info dan hadiah yang bapak awesome.

yang turut menaja
@zulhilmitempoyak

It is Jumaat

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.11.13 | 8 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Berapa ramai yang belajar bila bangun pagi?

Berapa ramai yang bersyukur bila bangun pagi?

Berapa ramai yang kata "mom i love u" bila dapat rezeki?

Berapaa ramai yang baca ni suka berlaki bini?

Berapa ramai yang menanti jodoh hingga hari ini?

Berapa ramai yang kata aku mesti berjaya hidup ini?

Berapa ramai yang yakin syurga neraka itu wujud hari ni?

Berapa ramai yang sedar dosa pahala itu memang dikira sampai mati?

Berapa ramai yang nak ibu bapa dia tersenyum hari ni?

Berapa ramai yang berani?

Say Alhamdulillah. :)

yang menanti jawapan.
@zulhilmitempoyak

Wordless la sangat Wednesday

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.11.13 | 13 Comments
Bismillahirahmanirahim...



yang kembali menghantui
@zulhilmitempoyak

Ok. Fine.

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.11.13 | 7 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku tengah sibuk mengorat. Walaupun tak dapat-dapat.


Mohon datang balik lain kali. Kalau nak datang la. 

yang sebok la sangat.
@zulhilmitempoyak

Malas Pun Ber-Hadiah

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.10.13 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Malindo gua entry bawah tu gua tak habes update lagi. Niat dihati memang malas gila dah ni. Niat di kaki memang tersenyum sendiri. Aku pun tak paham la apa yang aku taip ni. Tengah malam mengelamun lagi. Amboih layan perasaan bila nak jadi. Sebab tu la single sampai hari ni. Dok tunggu Fatin Yana idaman hati. Kahkahkah...

Sebenarnya aku malas nak taip ni. Malas jugak nak cerita kat ampa yang aku nak sharing pasal tudung. Malas sebab tau ampa malas baca pun kan. Tudung ka, single ka, tudung balik ka. Malas ampa dengan aku sama malas kan ka aku lagi malas. Malas jugak aku nak buat ujian malas ni. Kena buktikan sapa paling malas.

Jangan baca kalau malas baca. Sebab memang orang malas macam aku pun malas nak tulis lepas tu baca. Ampa paham tak maksud malas tu macam mana? Ala... malas... Aku yang nak taip ni pun malas nak pikir. Malas aku la aku nak share lebih-lebih.

Tapi malas pun kan....!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau ampa betul tak malas macam aku yang malas ni kan. Aku ada satu soalan sket la. Ala... kalau dah malas sket pon kata banyak gila. Padahal memang aku yang malas ni dah makin malas. Paham kan pemalas. Jawab sat soalan senang aku ni.
Berapa huruf A ada dalam entry ni?
Orang malas tak payah kira. Sebab aku pun malas nak kira. Pandai-pandai la aku teka ikut naluri hati yang suci murni ni. Malas pulak baca lebih bila puji diri ni.

Tulis dekat bawah ni, dengan nama cadangan untuk bisnes tudung aku ni. Nama terbaik untuk aku. Sesuai dengan imej comel aku. Nama comel aku. Pipi comel aku. Alaaaa... tak payah la puji banyak sangat. Jumlah A tertepat dengan nama bisnes ni beserta maksud terbaik ke terunik ke akan dapat la sket ole-ole-ole dari aku ni. Haaa.. ni ngada demand dah aku ni. Hahaha...

Credit : Bos Aina Karamel
Haaa.. hadiah dia takde lah hebat mana. Just nak bagi tudung ala-ala shawl yang berharga RM100 ja. Ala.. RM100 bukan la mahal mana kan. Tudung macam dalam gambar tu ja. Ala.. malas aku nak jeling lama-lama. Kalau malas kira tak payah. Ala... Malas. 

Boleh gitau jawapan kat ruangan bawah, PM fesbuk, emel, whatsapp dan apa kaedah yang ada lah. Janji aku tau macam mana nak contact ampa balik dah la. Kalau artis gitau terus kat sini anda artis jugak. Bos aku nak sponsor ni. Jangan malas sangat nak ngaku diri artis. ;p

Negatif beno post aku kali ni. Arghhhh... malas ar nak komen. Love U.... ehhh... tetiba.. hahahahahahahahahahahaha... saja bagi banyak A. Haaa.. malas la tu.



yang malas nak mengira A
@zulhilmitempoyak

Malindo AKu First Time

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.10.13 | 19 Comments
Bismillahirahmanirahim…

Baru tetiba rasa bernafsu nak hapdate blog kan. Selalu bernafsu tengok awek-awek ja. Hehehe.. itu maksudnya aku normal la, minat awek-awek. Dah nama zulhilmi si lelaki sejati. Ehhh.. dah lari tajuk ni kan. Terus terghairah ampa nak baca. Ghairah membaca ya.

Sebelum aku cerita pengalaman yang bapak  awesome ni. Aku nak ucaplah Selamat Hari Raya AidilAdha. Ingati peristiwa dan belajar sesuatu darinya. Agar kita jadi hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan apa yang ada dan bakal ada. Bagi yang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yang mabrur. Hamboiihhh… dah macam Ustaz lak aku.

Raya hari tu, Raya Aidilfitri ritu, bukti lama punya tak hapdate blog kan. Aku ada naik flight. Itulah pertama kali aku naik. Waktu tempah tiket tu, bukan main bajet macam hari hari naik. Dah tempah depan member, mestilah kena bajet sket tambah lak member tu awek-awek comei kan. Aku tempah Malindo Air. Dalam website dia harga ok, pramugari pon ok. Hahahaha…

First aku tempah, ok la. Harga pun pergi balik ke Subang ke Penang ke Subang dalam RM120 macam tu. Print tiket la apa kan yang di hantar ke email kita. THEN…!!! Hari nya bermula, masa aku pegi tu flight jam 3ptg. Aku keluar rumah jam 1ptg lebih lepas Zohor dari Puchong. Dengan sekali lagi bajet tau jalan dari Puchong ke Airport Subang aku yakin sejam tu cukup untuk aku sampai dengan jayanya. TAPI…!!

Tapi aku silap, Google pun tak dapat tunjuk jalan dengan betul. Aku terpegi Airport TUDM da. Seb baik tuan askar yang berketul tu tunjukkan jalan sebetulnya. Bayangkanlah aku bepeluh-peluh bawak moto bai. Moto Kriss super duper cool aku tu. Aku sampai dalam jam 2 macam tu. Tepat depan pintu airport. Pastu mengelabah dah. Tak tau kena nak pegi mana. Sebab aku google ritu takdak orang ajar. Pastu aku ke kaunter Malindo Air.

ok.. akan bersambung taip ini malam. hehehehe...

yang sudah lepas first time
@hilmitempoyak



Sakit Baru Nak Sedar

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.10.13 | 23 Comments

Bismillahirahmanirahim...

Malas taip. Tulis kat fesbuk. Copy kat semua. Baca ye... cerita kita. kehkehkeh


Baru ni aku diuji olehNya. Mungkin sebab hati aku makin lama makin alpa. Makin lupakanNya. Bak kata orang, luka lama berdarah kembali. Syukur Dia masih sayang. Bagi peringatan.


Masa menunggu hari pertama kat hospital, bapak lamanya. Hati aku dok mecarut-carut jugaklah. Tapi dalam menunggu tu aku belajar sesuatu. Belajar.. betapa beruntungnya aku.

Bayangkan.. menunggu di hospital. Macam-macam penyakit. Ada yang selesema, ada yang demam, ada yang tiada tangan, tiada kaki, ada yang belubang dada, ada yang darah masih mengalir kat kepala, ada juga yang mulut tak mampu berkata dan ada yang masih mampu bernyanyi.


Tika orang lemparkan senyuman aku masih mampu nak tersengeh kegirangan. Ya Allah.. beruntungnya aku. Sakit yang mula rasa macam risau bertukar insaf.

Kadang-kadangaku rasa hidup aku macam berliku sangat. Tapi aku tak sedar yang aku masih boleh tersengeh.

Kadang-kadang aku rasa sakit aku ni kritikal sangat. Tapi aku tak sedar aku belum kat wad kritikal.

Kadang-kadang aku rasa hidup aku payah sangat. Tapi aku sampai tak sedar yang aku ada ramai kat sekeliling yang senangkan aku.


Kadang-kadang aku rasa hidup aku bahagia sangat. Tapi sampai kadang aku lupa nak ungkap Alhamdulillah.
Jalan.. kadang-kadang ada bumper. Nak langgar terus atau nak slowkan. Pilihan kita.
Alhamdulillah... terima kasih semua. 


p/s : Doktor yang rawat aku memang bapak lawa. opsss... tapi serius. heheheh...


yang tiba-tiba nak pikir
@hilmitempoyak

My Next Next episode : Malindo Air, Tunggu Aku First Time.


Mana Perginya

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.9.13 | 44 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hahahaha... nak gelak. Ramai PM tanya "poyak hang kenapa tak hapdate-hapdate blog". Nak jugak aku snipping tool nak menunjukkan caring dan sweet nya member-member dan secret admirer gua. Thank untuk anda yang teringat. Aku memang rindu ampa jugak. Fatin Lena ja yang tak PM aku. Fine.. heee..

Ramai tau agaknya aku takdak kereta lagi. Bukan tak nak beli tapi rasa macam tak perlu lagi. Tunggu la sebelum raya. Mungkin dapat Jazz nak beraksi. Dah awek takdak lagi. Jadi apa lah kisahnya di hati. Kumpul duit penuhkan aktiviti.
Aku ada cerita ni nak kongsi. Bacalah... Plishhhh... plishhhh... 
Satu hari tu, aku balik keja. Dengan kelajuan yang boleh memotong kancil, moto kriss biru aku yang super duper awesome dan cool gah di jalanan. Dari sek.13 shah alam ke puchong sebelah cyberjaya tu. Lalu highway PLUS. Sapa dok sini mungkin tau la jauhnya. Kalau ada bisul kat pungkoq memang menetas dah.

Nak di jadikan cerita satu malam tu aku balik keja. Not bad pecutan Kriss biru aku, sampailah aku terbau busuk-busuk. Risau jugak aku, malam jumaat masa tu. Nak tengok side mirror pun tak berani. Moto pun terasa berat pulak tetiba.

Pusing habes minyak moto aku, meraung kuat moto kriss biru aku. Then... ternampak lori sampah depan beberapa meter depan aku. Baru aku sedar bau tu dari lori tu dan berat tadi sebab jalan ni macam naik bukit. Nasib baik orang tak tau aku ni penakut kadang-kadang.


Sebab aku dok belakang lori sampah ni bau busuk memang dok hidu ja la. Busuknya not bad la. Terima kasih anda yang bertugas untuk ni selingan ikhlas dari hati. Lori yang dibawa tu berkelajuan biasa. Moto aku yang berkelajuan biasa ni menerima tempias baunya.

Masa ni aku terpikir aku ada dua pilihan. Pertama sama ada aku kurangkan lagi laju, biar lori ni jauh dari aku. Sebab susah nak potong memalam ni. Tapi aku mungkin terkena tempias bau busuk tu lagi. Atau pilihan kedua, aku pecut untuk potong lori, minyak mesti makan laju sket punya terkena tempias kenaikan 20sen pulak. Tapi aku cepat sket sampai rumah.

Pastu aku terperasan situasi ni hampir sama dengan kehidupan kita. Kita selalu terikut orang yang busuk perangai dalam kehidupan kita. Kita ada pilihan kalau kita ikot rapat memang kita pon dapat busuknya. Pilihan Pertama sama ada kita kurangkan lagi laju kita, elakkan sama macam kalau kita slowkan diri kita. Tapi kita akan lambat ke matlamat kita dan orang yang busuk masih di depan kita.

Atau pilihan kedua, aku pecut untuk pintas orang yang busuk tu. Kos yang terkesan mungkin tinggi. Tapi kita akan cepat kejar matlamat kita sambil tak terasa busuk tu lagi. Itulah kehidupan atau memang inilah kehidupan. 

Jadi ampa tau aku pilih yang mana kan...


Ok. atas ni hadiah buat mereka yang rindu aku. Kahkahkahkah...

yang bajet terpikir
@hilmitempoyak

My Next episode : Malindo Air, Tunggu Aku First Time.


Belom ada masa

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.13 | 29 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Maafkan aku. Belom ada masa nak hapdate apa. Walaupun takdak orang menanti post aku ni. Aku just maklumkan. Yela... kot ada awek-awek yang aku tengah ngorat tu kehairanan kenapa seh gue senyap aja.

Pemenang aku akan umum kat blog satu lagi tau. Biasalah. nak bagi jugak blog www.tempoyakpunya.blogspot.com tu naik jugak rating dia.  Mengharapakan ada tokei Celcom nak menaja ke. Kehkehkeh..

Kalau aku komen 'komen' tu maknanya aku dah singgah baca blog ampa la na. Aku pun rindu ampa. Sob.. sob.. sob..


ada orang rindu aku tak.... krikkkk2....krikkk2... ;p


yang bapak buzy gila.
@hilmitempoyak

Adakah Kita Hanya Diam

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.8.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sedang kita menggerakkan jari. Menyusun kata. Membuka Bicara. MengLike di fesbuk. MengShare di dindingnya. Apakah jiwa kita betul-betul mendalaminya. Ataupun kita sekadar suka. Nak tinggikan Like yang tidak terhingga? Aku percaya semua prihatin tentang isu ni kannnn...

Sambil menghirup kesedapan air tropicana twister ni. Apa kata kita luangkan masa. Tangan ditadah. Doa dipohon. Untuk Saudara seIslam kita. Semoga mereka gugur dan dikurniakan Jannah. Ameen.

Hari tu aku menjanjikan nak update aku naik Malindo Air tu kan. Kemungkinan hari selasa nanti aku akan update kot. Sebab aku rasa kita semua perlu sensitif tentang isu hari ni. Isu rakan ataupun saudara kita yang berhempas pulas menegakkan agama Allah. Tapi kita macam diam. Ataupun mungkin aku yang tak perasan.

Hayati gambar-gambar ni dulu.

Organ dalaman meletup - Ditembak Peluru bertaraf antarabangsa.
Apa salah anak kecil ni?
Juara tinju Mesir, Abdel Rahman al-Tarabeely ditembak di kepalanya di hadapan Qism Al-Arab
Apakah mata kita hanya menjeling melihat? Terbaca aku komen-komen yang sentiasa mempersoalkan di fesbuk. Orang ajak berkumpul buat munajat. Dipersoalkan. Orang ajak buat solat hajat. Dipersoalkan. 

Teringin ja aku nak jerit depan muka dia. Kurang bijaknya... orang dah ajak ke arah kebaikan. Kita sokong. Kalau kita tak suka cuba kita buat pulak cara kita. Pemikiran dibataskan atas keadaan beza fahaman politik. Bapak tak berkembang gila otak. 

Kawan-kawan, ingatlah... kita tak kena lagi. Mungkin hari ni kita tajam nak berbicara. Tapi bila kena ja nanti. Adakah kita nak menuding jari kenapa negara-negara Islam lain yang tiba-tiba diam masa kemuncaknya? OIC sekadar Ohhhhh I see?

Tahukah anda. Ramai presiden hari ni naik atas kesan marketing di laman fesbuk. Betapa besarnya internet hari ni boleh pengaruhi pemikiran manusia. Jadi... jom kita tunjukkan yang kita sememangnya prihatin. Biar dunia luar aware tentang isu di syria, mesir dan mengutuk sekerasnya konspirasi penindasan hak untuk hidup hari ni.

Air mata adalah bicara ikhlas dari mata kita. Tika mulut tak mampu membulat bicara. Jadi jangan malu untuk titiskan nya.

Ya Allah.. Selamatkanlah mereka yang berjuang keranaMu ya Allah. 

yang rasa kerdilnya di dunia.
@hilmitempoyak

Apa Nak Kata Ye

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.8.13 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Petang ni aku bakal pulang ke Parit buntaq. Jadi sapa yang dok dekat jemput la datang rumah. Tapi call la dulu na. Kalau sudi jemputlah aku jugak p rumah. Yela... kot teringin tengok seri wajah aku ni kan. Tambah lah seri wajah nak kutip duit raya kat rumah ampa.

Guna gambaq recycle na. Takdak gambaq.
Sebelum aku hentikan karangan yang serba ringkas ni. Aku nak mohon maaf kalau ada buat salah. Terkasar masa mengorat ka, terkenyit masa dating ka, terkentut masa bejalan kat blog ka. Aku hanya manusia yang comel dan ada khilaf. Perghhh.. ayat...

Kepada jiran-jiran maaf kalau eden bukak radio melampau kuat, kepada housemate maaf sebab kucing aku ni kadang-kadang berak busuk. Kepada bini maaf abang nak beraya kat rumah abang, kepada member, maaf sebab lama tak lepak, kepada Mak n ayah love both of u, kepada atok n opah tunggu orang balik. Kepada anda... nak no.. hahaha...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.
Raikan dengan penuh rasa syukur. Makan jangan melampau sangat. Ingat.. kolestrol ingat penyakit. Kehkehkeh.. aku mungkin tak hapdate seminggu. Tapi anda tetap dalam hatiku. 

Btw.. untuk yang dah request duit raya. Semoga andalah pemiliknya. Hati-hati balik kampung na and beware of mercun. Duit raya jangan minta, just hulur tangan ja. 

yang pulang parit buntaq
@hilmitempoyak

Belon Ohhh Belon.

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.8.13 | 23 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Dah sebulan aku tempah kereta. Ingat dapat menikmati sebelum raya. Tapi situasinya 50-50. Baru nak bawak awek-awek jalan-jalan tengok bandar metropolitan parit buntaq. Disebabkan aku ingat sempat dapat kereta tu la aku tak beli tiket bas ke tiket moto ke tiket kereta api ke.

Semalam baru aku terpikir, ada lagi ke tiket bas r kereta api hujung-hujung bulan nak dekat raya ni. Nak p pudu tu jauh jugak. Tapi tak nak aku beraya seminggu kat sini. Kang kecewa tak pasal aku kena main biola sambil kunyah lemang sorang-sorang kat sini.

Disebabkan aku ni jenis tak nak pikiaq banyak. Aku pun tengok la website airasia. Tengok mahal lain macam ja. Yela, 4 hari lagi nak naik sekarang baru tempah. Mau harganya tak ikut perasaan tauke pulak kannn. Pastu awek ofis aku suruh tengok malindo. Aku pun layankan jela. Niat di hati baru nak naik airbus. 


Tapi Alhamdulillah la.. murah ja. ad promo pergi balik penang baru seratus lebih. Book terus la tanpa pikir panjang. Takut melepas pulak. Beraya sambil tengok youtube ja la nanti kan. Klik-klik... settle. Aku pun sembang kencang la ngan member kat ofis. Hehehe...

Tapi...!!! Sebenarnya aku tak pernah naik flight pon. Pertama kali dengan pertama kali ni jugak aku tempah sendiri dan sorang-sorang. Jangan habaq kat orang pulak. Heee... 

Jadi sekarang aku agak konfius. Aku ada e-tiket ni tapi tak tau perjalanan sebenar bila nak check in apa. Kalau google pun tak ramai blogger yang kongsi pengalaman macam mana nak lalu apa.

Kesimpulan aku dah buat, 1st aku datang awal 3 jam. Flight pukul 5 ptg jadi jam 2 aku mesti tepacak kat airport subang. 2nd aku akan tanya macam bajet tau kat kaunter pertanyaan. 3rd kenyit mata sambil ucap terima kasih kalau yang jaga kaunter pertanyaan tu wanita. kehkehkeh...

Jadi sapa yang pernah naik malindo share la sket kat sini na. Pendek kata yang pernah naik flight la. Hehehe..

p/s : jangan lupa aku nak bagi duit raya. tengok link ni http://zulhilmitempoyak.blogspot.com/2013/07/nak-bagi-duit-raya.html. baru 4 orang join. Jom sertai untuk peluang duit raya sehingga 100 henget...!!!

yang macam bunyik perak.
@hilmitempoyak

Nak Bagi Duit Raya...!!!

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.7.13 | 38 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Haaaa.. ayat biasa. Lama betoi aku tak hapdate blog. Bukan takdak idea. Tapi masa tak mengizinkan. Biasalah dengan bini ni. Aku kan suami mithali. Kehkehkeh...
Aku berminat nak bagi duit raya RM100 ni. Takdak kena loteri ke apa. 

Cara dia mudah. Tengok langkah-langkah yang aku kongsi kat bawah ni.

1. Cari gambar terbaik hari raya untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Kenangan semua orang tak sama kannn...

2. Hantarkan gambar yang terbaek raya anda tu ke zulhilmitempoyak@gmail.com.

3. Sertakan nama, no tel, link facebook dan juga url blog anda. Jangan lupa tajuk gambar.

4. Hari terakhir untuk submit gambar adalah pada 6 Ogos jam 12 malam.

5. 4 orang penghantar terawal akan dapat topup RM5.

6. Pemenang akan ditentukan dengan LIKE paling tinggi. Jadi kalau orang suka dan LIKE gambar anda. Anda lah pemenang.

7. Ada jugak pemenang yang ditentukan pilihan juri. Maksud kat sini ada dua hadiah la.

8. Link gambar anda akan diberi pada 7 Ogos melalui email.

Pastikan gamabar yang anda hantar tu penuh makna, sayu ke, kreatif ke, lawak ke, tapi adan makna la. ada cerita lagi cantik.

AMARAN - gambar yang membangkitkan hawa nafsu seorang manusia normal adalah di reject. Maksud kat sini takkan anda sambut raya pakai skirt pendek kot kan. Memang dengan aku pun LIKE gambar tu.
Syawal ke 25. Pemenang akan diumumkan.
The more u give, the more u get. Jadi, sharekan dengan kawan anda...!!!!

LIKE tertinggi - RM50

Pilihan JURI    - RM50
Aku tak penah buat macam ni lagi kan. Saja nak bagi sebab dah ada dalam bajet raya. Kehkehkeh..

p/s : jangan risau. takdak blog pon takpa janji ada fesbuk. bukan soh share. hehe..

p/s : p/s : tarikh dah bertambah.  hehehehe..

yang Alhamdulillah dapat lebih bulan ni.
@hilmitempoyak


Hakikat Usia

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.7.13 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Perghhh... lama gila tak hapdate blog bai. Ayat wajib kalau tak hapdate blog dah kluaq. Kehkehkeh...

Maaf la lama tak kentut kat blog ampa. Besa lah sejak ada anak ni kan. Asal nak tekan keyboard ja anak mintak bancuh susu. Asal tekan keyboard ja bini panggil teman. Maksud aku teman jagakan anak. Lain aje pikirnya kan.

Dah lama blog ni wujud kan. Tapi tertanya-tanya jugak aku. Adakah aku berjaya menambah nilai kat hidup orang lain. Adakah aku mampu ceriakan hati orang yang suram. Adakah aku mampu beri pengetahuan kepada ramai orang? Adakah aku mampu beri inspirasi kepada orang ramai? Adakah aku mampu mendidik orang lain? 
Ataupun aku hanya sekadar syok sendiri?
Soalan ni aku sentiasa tanya dalam fikiran aku. Sebab aku dah lama jugak hidup beb. Tapi siapalah aku. Dan aku sedar yang aku hanyalah jejaka comel yang baru masuk 23 tahun hari tu. kehkehkeh..

Aku dah 23 masa 10 Julai hari tu. 23 tahun dah aku hidup. Makin tinggi usia kita, makin dekat kita dengan mati kan. Walaupun usia dah 23 tahun tapi aku tetap semanja manusia berumur 1 tahun, secomel manusia berumur 2 tahun, seromantik jejaka berumur 18 tahun, sematang jejaka berumur 40 tahun. 

Didoakan agar pahala kita semua akan meledak banyaknya pada Ramadhan ni. Semoga anda terus kaya dan berjaya. Ameen...

Sebagai menghargai ampa. Aku kepilkan jugak gambaq aku ni. Mana tau kot-kot ada yang nak print tunjuk kat mak nak suruh buat menantu kannnn... kehkehkeh.. 


p/s : fine takdak sapa pon nak wish ka bagi hadiah ka kan. bagi hug sket dah la. kehkehkeh... kenapa gelak aku ni dah macam pelik ni.

yang makin tua makin gatal
@hilmitempoyak

Mak Ayah

ZULHILMI TEMPOYAK | 9.7.13 | 13 Comments
Bismillahirahmanirahim...


telefon. cakap
" mak... saya sayang sangat mak. minta maaf dan terima kasih mak.. "
atau
" ayah... saya sayang sangat ayah. minta maaf dan terima kasih ayah... "
berapa kali kita buat..?? tengok cermin. tanya diri.


persoalan ni aku nak kongsi. sebab masa hari tu. aku tengah lepak tepi tembok. Tiba-tiba ada sorang ni kluar dari sebuah dewan dan call someone dan cakap "makk... saya sayang mak.."

tak ke bederau darah aku. Sebab keadaan tu macam tiba-tiba.

mertua ampa

Jadi... jom kita call parent dan ucap yang kita sayang sangat kat depa.

p/s : lupa nak tulis ayat besa kalau lama dah tak hapdate blog. 

"ehhhh... bersawang dah blog aku ni.."

kehkehkeh...

yang sayang anda.
@hilmitempoyak

Jazz

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.6.13 | 21 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Wehhh.. aku dok cari kereta Honda Jazz secondhand ni. Sapa kenal mana-mana dealer. Mohon sedikit info. Teringin beno keta tu. Nakkk...!!


Ok. Cukup hapdate untuk kali ni. kehkehkeh...

p/s : aku baru pusing lembah klang cari jazz. Bapak mahal lagi. kena tukaq plan. =.="

belum tentu bakal pemilik Honda Jazz.
@hilmitempoyak

Layakkah aku.

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.6.13 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi ni buat aku termenung. Buat aku terfikir. Buat aku terkelu. Buat aku tertanya. Layakkah aku untuk mereka yang terlalu baik. Sedangkan aku ni hanya biasa-biasa baik. 

Masa aku belajar dulu, aku dapat offer buat part time dekat sebuah kolej. Sebabkan kemahuan aku masa tu. Aku buat la kejap. Tak lama, dalam 3 bulan ja. Dan yang menariknya ini adalah kolej agama. Setiap kali ada program agama kat kolej tu aku akan hadir. Alhamdulillah... dapat ilmu tambahan masa tu.

Ofis aku adalah dibahagian depan. Jadi kalau pelajar nak masuk kolej pagi-pagi tu mesti akan lalu ofis aku dulu. Masa tu la aku mencuci mata kan. Fuhhh... kolej agama beb. Sejuk ja mata kita dok tengok kan. Tapi aku tengok kat cermin ja la. Yang cermin luar gelap tu. Macam dah mengintai. Hihihi... 


Satu hari, aku terperasan ada sorang gadis ni lalu. Fuhhh.. dalam hati aku meronta-ronta nak bekenalan dengan harapan nak jadikan isteri idaman. Bak kata orang, "perfect habaq hang". Tapi kena faham situasi la, aku dekat mana kan. Dah la part timer ja kan.

Ada hari yang dia lalu aku tanya kakak kat ofis aku. "Kak.. tu sapa kak. Kak kenal tak. Kak kan baik dengan student. Saya berkenan la." Punya la nampak surius waktu tu. Tapi malang sekali kak ofis aku tak kenal. Tapi dia suruh cuba ja kalau surius bekenan sambil sengeh-sengeh kat aku. Aku pun bajet tersipu malu. 

Macam-macam teknik aku guna masa tu, siram pokok bagi terkena la, buat bising kat koperasi la, selalu buat-buat bertembung la. Tapi dia tak layan beb, tinggi beno level dia ni.

3 bulan aku keja kat situ berlalu macam tu ja. Nama tak tau. Sepatah pun tak pernah cakap walaupun orang kata aku ni jenis gatai. Just intai melalui tingkap. Tapi itulah, bila masa surius sebab tiba-tiba segan berlalu macam tu ja. Dalam hati dah bergoncang-goncang dah. Tapi apakan daya. Aku gagal tanpa mencuba.

Selang berapa hari lepas aku habes kerja aku pun terkawan la dekat fesbuk dengan seorang jejaka ni yang memang pernah kerja sebelum aku dan kebetulan pernah belajaq dekat situ. Dengan niat murni dan hati yang cekal aku terus stalk fesbuk jejaka ini walaupun dia seorang lelaki. Yela... nak tengok gambar yang tag tu. Cekal gila aku masa tu tengok satu-satu.

Last-last tak jumpak jugak, disebabkan aku agak baik dengan jejaka ni masa aku kerja dulu. Aku PM dia tanya dia kenal tak gadis sekian-sekian ni. Bagitau ciri-ciri dan apa yang aku tau serba sket pasal gadis ni. Perghhh.. jejaka ni memang tolong aku beb. Habes semua kawan yang ciri-ciri yang macam aku mintak tu dia bagi link kat aku. Satu-satu aku teliti.
Lastly... YES...!!!! jumpak.
Masa tu rasa nak cium ja member laki aku ni. Tapi apakan daya keterbatasan jantina menghalang. Jeng... Jeng... Jeng... misi add fren di fesbuk bermula. 10 saat kemudian di approve. Kebetulan dia online jugak kot masa tu. Takpa la. Aku pun slow-slow la ucap thanks dekat msg tu.

Dan dari situ la mula aku bersembang. Fuhh... susah beb. Tiap hari nak sembang, tiap hari kena buat research cari topik. Takut aku sembang tu macam dah tersasul. Yela... aku ni kan gelojoh sket. Dalam berapa bulan kenal-kenal. Sembang bajet caring aku. Aku cerita habes aku ngendap dia la. Cerita habes skill-skill aku masa nak berkenalan dulu. Kami dah macam lama kenal, cuma tak pernah jumpak ja. Maksud aku pernah cuma tak pernah sembang bersemuka ja.

Last, aku kata aku minat dia. Aku nak pinang dia bulan 7 ni. Bagi aku masa nak kumpul duit dan bersedia. Dia pun setuju ja. Siap tulis tarikh lagi. Betapa gelojohnya aku masa tu. Then, aku pun bina career, bz sket la. Tambah lak orang macam aku ni tak pernah kesah sangat pasal henfon. Kalau orang msg kadang 2 hari baru reply. Tanya la kawan mana pun. Sampailah fon aku rosak. Dan takdak masa nak ber internet sangat.

Lama aku tak msg langsung dengan dia. Sebab fon aku yang maxis tu rosak. 3 bulan jugak la. Masa dia online aku bz. Betul-betul keja aku ni. Yela... niat nak kumpul duit nak kawen, sampai aku lupa dengan orang yang aku nak kawen tu.


Nak jadikan cerita ni lebih menarik, aku dah sembang dengan kakak yang selalu trade emas kat aku. Aku kata aku nak cincin satu. Emas 916 nak bulan 6 sebab awal bulan 7 nak guna. Nak pinang orang. Segan-segan aku nak cerita pun. Then balik keja masa hujung bulan mei ritu, aku saja stalk fesbuk dia. Ingat nak sembang.

Status dia tertulis. "Alhamdulillah.. semua dah selesai. Honeymoon di Sarawak. Bercinta lepas nikah ni best.." Mula aku ingat dia nak main ja. Tapi macam tak logik. Dia bukan pandai nak melawak sangat. Stalk punya stalk pastu PM. Dia memang dah kawen. Dengan seorang yang baik la.

Aku just tulis "tahniah, cinta sampai Jannah ya". Masa tu aku tak tau aku perlu sedih atau aku perlu seronok. Tapi aku belajar sesuatu dari tu. Dan sememangnya dah bukan jodoh. Takkan nak kejar jugak kan.

Memang betullah wanita baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga sebaliknya. Perangai kita mencerminkan pasangan kita.  Dan aku sedar yang aku mungkin tak jadi diri aku. Jadi... bagi yang biasa-biasa baik macam aku ni. Jom kita ubah ke luar biasa baik.

Ampa rasa cerita aku ni. Betul ke sebaliknya..?? Hehehe...

yang akan layak
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger