Terima kasih INCHE HLOVATE

ZULHILMI TEMPOYAK | 31.12.12 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Tengok tajuk dah tau yang aku nak ucap terima kasih kan. Terima kasih kepada Inche Hlovate sebab bagi aku topik untuk aku hapdate blog yang bukan saja besawang. Banyak idea sebenarnya. Tpai malas taip. Thanks ye anda sangat comel anda perlu tau tu. Erkkk.. comel ke. Rasa macam nak ngorat je. Hahaha..

Dah macam nak terkubur dah blog yang memiliki tuan yang comel ni pon. Tapi disebabkan hari ni aku terajin tertengok komen. Jadi ter hapdate jugak la blog ni. Fine la tak dak orang yang rindu aku kan.

Hapdate kali ni more on tentang aku. 

OK. ini adalah 26 random fact about me. Jangan gitau sapa tau. Jangan cerita kat sapa pon. Janji tau, sebab aku ni tak penah cerita kat sapa pon.

1. Seorang lelaki.
2. Berumur 22 tahun .
3. Lahir 1990.
4. Berbadan taf.
5. Berambut hitam. 
6. Bekulit perang.
7. Baik hati.
8. Penyayang.
9. Muka jambu.
10. Peminat justin biebar.
11. Suka tengok pokok.
12. Tak takut dengan anjing.
13. Bakal Pramugara.
14. Suka tolong ibu didapur.
15. Rendah diri.
16. Skandal neelofa.
17. Selalu singgah blog orang 1000 sehari.
18. Rajin mengemas rumah dan bilik.
19. Pandai mengurut kucing jiran.
20. Kentut berbau wangian hugo boss.
21. Nak kawen esok lusa atau tulat.
22. Mampu berlari sepantas 10 saat untuk 100 meter.
23. Pernah dipanggil untuk mewakili Malaysia acara renang kuak dada.
24. Pernah dipuji comel akibat kecomelan oleh fatin liyana.
25. Tidur tak bedengkur hari ini dan semalam.
26. Penipu dan bajet. Sebab Point 7 - 25 semua bajet dan nipu. 

mohon jangan gatai-gatai cerita kat orang. sapa yang nak buat jugak buat la. aku tak pasti nak tag sapa sebab aku rasa semua ada macam-macam nak cerita kan.

sekarang aku nak blog walking sampai tahun depan. Haa.. ampa boleh ka blog walking sampai tahun depan. Bak kata makcik rumah sebelah. " Engkau hader..? "

yang bajer sket
@hilmitempoyak

Geram

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.12.12 | 17 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku baru habes program. Ingat nak update panjang sket entry ni. Tapi apakan daya bas ke Parit Buntaq kampung tercinta dah dibeli jam 12 semalam. Bas aku gerak pukul 9.30. Jadi, tak dapat la nak update panjang sket. Kampung tercinta aku tidak bisa ada unifi seperti di sini dong.

Sebenarnya... Geram giler aku kat moto kriss yang super duper laju aku tu. Ada ke patut nak heboh kat orang. Ieeee.... geramnyew. Hang tunggu la moto.

Doakan aku balik dan balik dengan selamat ye. 

yang nak pulang kampung
@hilmitempoyak

Aku Moto Kriss

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.12.12 | 51 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Aku sebijik moto Kriss biru. Ber "cc" kan 100 sahaja. Memiliki tuan yang kacak dan digilai wanita. Tuan ku secara tidak rasmi bernama mohamad zulhilmi zulkefli yang masih single dan berumur 22 tahun. Sekarang ni aku nak bercerita pasal aku ye. Bukan tuan aku. 
Tak malu punya tuan nak promote diri sendiri...!!
Aku si moto kriss biru sebenarnya adalah milik sepupu kepada zulhilmi. Secara sah dan rasminya kerana geran moto masih diatas nama wanita itu. Tuan aku sebelum zulhilmi ni sangat baik. Aku sangat menyukainya kerana dia menjaga aku lebih baik dari zulhilmi menjaga aku. Tapi sayang dia dah berkahwin. Hancur remuk hatiku.

gambar sepupu aku
Tiba-tiba kini aku terasa bahagia ketika bersama zulhilmi. Setiap hari aku akan ditungganginya. Dia membawa aku dengan begitu megah. Tapi dia patut tahu yang aku juga punya penat sebab bawak 100kg berat beliau setiap hari. Minyak hitam 4T pon letak yang sepuloh henget punya. Kedekut punya tuan. Nasib baik SDII telah mengurangkan berat beliau kepada 80kg. Hehehe...

Aku pernah mengalami panas dan hujan bersama-sama zulhilmi. Akibat kelajuan aku, aku si kriss biru pernah mengalami kemalangan bersama tuan aku. Patah tengkuk aku dah tayar hilang entah kemana. Kata orang tua-tua, cubit paha kanan paha kiri terasa. Tuan aku patah bahu kiri dan aku patah tengkuk kiri kanan. Badan aku dan tuan aku calar balar. Habes ada parut hingga hari ini.

Macam member aku la
Tuan aku sering membawa kawan-kawannya bersama munungga aku. Tapi tertanya-tanya juga aku adakah tuan aku ini seorang gay. Kerana sehingga hari ini beliau masih tidak membonceng seorang wanita pon. Adakah khas untuk bini-bini beliau sahaja..? 

Yang lebih menyakitkan hati. Sampai hari ni dia masih tidak mengantikan sidemirror aku yang patah di midvalley ni. Hanya membalutkan selepentep saja. Beli baju beribu boleh tapi nak tukar sidemirror sepuluh henget pon kedekut. pui...!!

Aku akhiri kalam aku ini dengan memohon ampa pohon la tuan aku zulhilmi ni supaya bleh cuci aku yang dah 3 bulan tak basuh. Bayangkanlah setiap hari dia duduk atas aku. Soo.. bau apa yang lekat dekat aku ni...? Hahaha... bau tuuuuttttttt...
Akulah Moto Kriss biru yang super duber laju.
btw. Aku di dalam cerpen ini adalah Moto Kriss Biru yang laju. hehehe...

cerpen terindah
@hilmitempoyak

Cara Makan Tutti Fruitti Bawah RM10

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.12.12 | 37 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Ha.... tengok tajuk pon dah tau apa benda kan. Bapak tak suprise langsung. Ampa buat-buat ja la macam tertanya-tanya apa dia ye.


Mesti ramai ternanti-nanti teknik ni kan. Sebab setiap kali kita pegi mesti akan telajak jugak lah dari sepoloh henget. at least seposen. Tambah yang baru first time makan tu. Main taruk je kan. Mau sampai 30 henget. Aku first time makan dalam 25 henget. Nasib baik waktu tu dalam wallet ada 30 henget. Makan pon slow-slow sambil 

1. Optimumkan Promosi
Kalau ada promosi, ampa bantai ja p. Ala nak merasa kan. Pi ikot la warna baju yang depa nak. Layankan ja. kalau 10% diskaun pon banyak o0o0o....

2. Kurangkan Ais Yogurt
Aku dah kaji. Ais yogurt yang kita kena picit sendiri tu berat jugak. Sebab bila letak topping xde la banyak sangat. Tapi berat melampau. Soo... kurangkan ais yogurt tu. Coklat sedap... bleh la kalau nak lebih sket. hehehe...

3. Potong Bekas Hijau Bagi Separuh
Kalau ampa perasan kan. Bekas yang disediakan tu bapak beso. So... bila tuang dok rasa sikit je kan. Jadi.. ampa kerat atau potong bagi separuh, lagi pendek lagi bagos baru nampak melipah pastu rasa la macam banyak.

4. Gunakan Harga Pelajar
Cari baju sekolah lama-lama. Pastu taim nak bayar tu "Kak... harga student kan.". Kalau dia tanya mana kad student ke apa. Katalah sekolah mana ada kad pelajar, baju sekolah membuktikan segalanya. Tapi, bagi lelaki shave la jambang ngan misai dulu dan tengok cermin samaada muka ada macam bapak orang ke tak. Hehehe...


5. Tahan atas plastik
Maklumkan kat crew situ anda alah dengan bekas yang depa sediakan. So.. anda nak letak dalam plastik biasa je. Haa... sebab bila pikir balik, bekas tu pon macam berat je.

6. Beli Aiskrim 
Ampa pegi ja ais krim kat kedai mana-mana. Pastu g la singgah tutti fruitti amek mangkuk dia tu. Then tuangkan ais krim yang ampa beli dalam bekas tu. Makan je kat situ. Kan dah merasa macam tutti fruitti.

7. Imaginasi
Orang kata imaginasi menjadi realiti. Sooo.. g la beli ais krim sepapan tu and cari la topping sendiri. Then bukak google cari gambar or video tutti fruiti. Haaa... Imagine la ampa.

8. Berangan
Takyah pegi. Berangan la macam aku ni. konfem bukan takat Bawah RM10. 10sen pon tak keluar. Memang konfem jugak la mak metua aku kata aku kedekut.

Dengan kaedah ini. Kita dapat bersama-sama makan dan terus jimat untuk minum SDII. ehhh... 

yang sempat karang
@hilmitempoyak

Sibok la sangat

ZULHILMI TEMPOYAK | 2.12.12 | 24 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Mula-mula sekali aku nak mohon maaf sebab lama sangat tak kentut kat blog ampa. Alasan sibok tu sangat biasa kan. Soo.. alasan aku kali ni sebab persiapan nak kawen. Haaaa... tak biasa sangat kan. Maaf gadis-gadis sebab menghancurkan perasaan anda. Hahaha...


Setiap hari aku dari 9 pagi sampai 6 petang akan dihiasi dengan kelas. Aku join GCAP sebenarnya. Dulu masa mula-mula dapat offer aku poyo sket taknak join. Tapi last-last lepas bincang dengan orang tersayang which is my family. Aku join la jugak. Jadual harian memang padat beb.

Bayangkan, 8 pagi tu dah kena gerak dah kat jalan tun sambathan sana. 6 petang baru balik. Kadang-kadang aku buat part time untuk UNISEF sampai jam 10 malam. Hmmm.. tak dak masa nak cari awek beb. Nak siapkan resume untuk bapak mertua pon tak sempat.

Sebenarnya bukan nak mengeluh. Tapi terasa macam tak sempat nak main game, nak main bola, nak tido, nak tengok movie, nak ngorat, nak shopping, nak  makan, nak kenyit mata. Tak sempat, masakan tak solo sampai rini.

Tapi kan, masa kat kelas tu kan Selalu aku melawak, aku jarang nak terasa yang aku melawak kasar. Tapi tiba-tiba semalam masa aku on d way pulang aku terasa macam aku dah termelawak kasar. Hmmm.. tak tenang aku sampai rini. Rasa nak sangat hari isnin cepat sket. Nak mintak maap.

Dalam sibok-sibok sekarang pon aku masih bisa menambah point. terima kasih sebab keep order Alpha Lipid SDII dari aku ye. Hehehe....
Panjang-panjang ampa baca ni. Kesimpulannya nak gitau kesibokan menyebabkan aku solo. Tu ja. hahahahaha....
Dalam pada tu. Tahniah buat team harimau malaya layak ke separuh akhir. Datuk K.Rajagopal punya eksperimen menjadi yok. Tak lama lagi jadi la Datuk Dr. K.Rajagopal pulak kan. Huntung la.... 

yang terpikir-pikir
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger