Oleleeee

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.11.12 | 20 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Semalam kita tak dikejutkan dengan kekalahan Malaysia dalam AFF. Ramai dah tau memang akan kalah berdasarkan prestasi perlawanan persahabatan.

Keputusan Malaysia hingga rini.

vs Singapore 0-3
vs Laos          4-1

doakan kejayaan mereka.

Oleleleleeeee Harimau Malaya. Hei.. Harimau Malaya. Hei.. untuk dia. Okay tak kena ngena.

Yang mengoleleeee.
@hilmtempoyak

Mencari Cinta... Erkkk...

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.11.12 | 16 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Selalu aku dengar. Kalau minat kat orang jumpa ja wali dia. Tapi tertanya jugak aku. Konfem ke tak kena reject..? Ataupun hanya kata-kata sahutan..?

cc google

Memang betol jodoh dan rezeki ketentuan Allah kan. Tapi kita sebagai hamba ni kena tetap berusaha kan.

Sesapa yang dah kawen or tunang ke ada partner tu bleh tak apa share tips sket macam mana hubby ampa ngorat ampa ataupun signal di ngorat dan respon. Tengah belajor ni.

Update sket ja. sebab tak tahu nak tulis apa. sebab tak jumpak lagi penyeri hidup. Hmmm.. ngada jugak aku ni.

Mohon mencadang. Hehehehe....

yang tengah mencari
@hilmitempoyak

Lets Pray For GAZA

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.11.12 | 24 Comments
Bismillahirahmanirahim...

mereka kata mereka melancarkan serangan hanya ke atas militan. tapi aku hanya melihat bungkusan kain putih yang membaluti tubuh kecil seorang anak. #freeGaza

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari).


Sedang kita bergembira ada saudara kita yang bersengketa. Bukan mempertahankan hak tapi mempertahankan negara dan agama. Di mana kita untuk mereka. Di mana kita bila kita akan ditanya. Sampai bila kita hanya nak berdiam, tinggikan suara bila tertawa. Sampai bila kita nak menyumbang untuk membunuh mereka.


Walaupun post ni nampak macam agak puitis. Tapi aku tengah surius ye. Ayuh... mari kita berdoa, berikan sumbangan kepada mereka kerana mereka mempertahankan suatu bukan sesuatu.


lets pray for Gaza.
@hilmitempoyak

Rock n Roll Model

ZULHILMI TEMPOYAK | 13.11.12 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pernah tak ampa semua terpikir, macammana ataupun bilamana ataupun dimana  tiba-tiba anda terjadi artis. Yela... nak bajet femes. Tipu, tipu, tipu tau kalau tak pernah nak terberangan ke terpikir sket. 


Bermodalkan muka pecah tapi hati suci mesti ampa teringin atau macam penah berangan nak jadi macam pelakon ke, tak pon macam Ustaz AI ke, businessman macam Tony, Dr.Azizan, kalau blogger mungkin macam my baby Fatin Liyana ke, tak pun Abang tegap kita Bro Ben ke, tak pun macam awek comel Chemay ke, model Vblog Mat Lutfi ke, atau mungkin macam ahli sukan ke. Berapa banyak ke tah.

Tapi sedar tak kita, sebenarnya ibubapa kita adalah rock n roll model kita. Dari kecik sampai dah bebulu mereka lah model kita. Bukan pakai dan perangai saja ada kebarangkalian mengikut, tapi yang pasti ke muka pun dijadikan ikutan. Indahnya ciptaan Allah. 
Bersediakah kita untuk jadi rock n roll model untuk anak-anak kita..??
Ehem.... untuk bakal bini. PM na. Nanti eden jawab. Heeee...

Ibu bapa adalah rock n roll model dari lahir sampailah... Hmmmm... sampai bila, ampa pikir sendiri na. Tapi tak salah kalau kita mengidami rock n roll model kita di luar kotak kita. Macam Jack Nicklaus yang mana pemain golf no.1 ketika Tiger Wood kecik lagi. TW jadikan dia rock n rock model dan meletakkan JN sebagai benchmark iaitu seseorang yang perlu dia lepasi. Walaupun usia TW kecik lagi. Dan sekarang TW... wowwww...

Bila baca balik dah macam pakar motivasi yang comel lak aku ni. Haaa.. mungkin aku ni pun ampa bleh amek sebagai rock n roll model. Baik, comel, sopan, tuff, penyayang, rendah diri dan penganggur. Fuhhh....

Sebenarnya lepas 30 hari, GOOGLE akan auto lock out. Dan aku lupa password google aku. Itu yang lambat update. Kuikuikui...

Roll model comel anda
@hilmitempoyak

Hak Dan Besar II

ZULHILMI TEMPOYAK | 4.11.12 | 47 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Pertama sekali aku nak mintak maaf sebab buat ampa bebulu baca entry bawah ni selama seminggu. Hari ni baru aku start karang dan baru habes. Hehehe... Comel la bila tengok ampa bebulu dengan aku. Erkkk.. comel la sangat.

Tahukah kita, tak semua benda kita dapat kejar dengan kaki, tak semua benda kita dapat dakap dengan tangan, tak semua benda kita dapat tatap dengan mata tak semua cinta kita dapat dengan senyuman dan tak semua sayang kita dapat untuk disimpan.
Bunyi macam baru putus cinta kan.
Sebenarnya aku nak kongsi. Perkara yang sepatutnya aku karang seminggu yang lalu. Seperti kebiasaan setiap petang aku kan pegi main bola. Sebagai seorang yang memendam perasaan untuk mewakili negara satu hari nanti dan memang tak mungkin terjadi disebabkan berat 80kg. Bola sepak sudah menjadi hobi.

Kebiasaanya kalau hujan ja. Mulut aku ni melenting. Yela nak main, hujan pulak, padang basah, tak dapat bakar lemak. Aku akan selalu kata "alah.. waktu ni la nak hujan..!!". Bila panas pulak aku merunggut jugak "alah.. panasnya hitam la kulit nak main camni.". 

Nak meneruskan cerita, raya ritu ada orang datang ziarah nak mintak sumbangan. Dalam kategori susah la saudara kita tu. Tengah lusuh, badan kurus. Aku mula terpikir, teruk sangat aku ni. Mungkin masa hujan aku merungut depa ni tengah menadah air untuk minum dan untuk mandi. Mungkin masa panas depa ni tengah keringkan ikan untuk disimpan.


Kita mungkin berhak untuk harta kita. Tapi kenapa tidak kita utamakan sesuatu yang lebih besar. Utamakan nilai hidup yang sangat-sangat kurang dari kita. Itulah namanya rezeki orang berbeza-beza. Apa yang kita nampak, apa yang kita rasa, apa yang kita ingin. Semuanya bukan milik kita. 

 Iklan jap. Hak dan besar II = SDII. Mohon mencuba. Hehehe...

Yang berpeluh menaip.
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger