Hak dan Besar

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.10.12 | 22 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Jap tengah karang. :D

yang mengarang
@hilmitempoyak

Itulah Zulhilmi

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.10.12 | 34 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Alhamduillah. terima kasih Allah, parent, famili, bini, sahabat, awek dan sedara sedari sekalian. Andai 3 tahun di ukm saya ada terguris hati, termakan lebih, terkentut kuat, tercarut manja, terserius la sangat, termengada sket, dan terpuji diri. Itulah zulhilmi

Terima kasih sebab ada dalam perjalanan berliku saya dan jadikan saya dalam kehidupan berliku anda. Kepada yg memberi hadiah dan ucapan, takkan ada yang biasa ketika hari konvo anda nnt. Sebab anda dah menyebabkan air mata jantan saya kluar.

tudia. merah mata parent mertua ampa. :D

Mohon mencadang bagi sesiapa yang single tu. 

niat dihati ingin meminang,
melihat poket angan jadinya,
kalau hati dah terkenang-kenang,
jumpa saja walinya.


ewahh...

yang mencalonkan diri
@himitempoyak

Nak Ampa Datang

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.10.12 | 37 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Saja nak update nak suruh ampa datang 20 Oktober 2012. Hahahaha... Mohon datang sambil membawak bear satu guni, bunga satu lori ataupun kfc satu baket. Kalau dah bawak jodoh tu lagi suka la. Sebab parent ada kan 20 Oktober 2012 ni.


Alhamdulillah.. Tiba-tiba macam banyak rezeki nampak. Kena terus berusaha ni. Sekali lagi 20 Oktober 2012 ni. Datang sebab ada jugak Pesta Konvokesyen UKM 40. Berdebar lak rasa. Padahal naik amek skrol then turun ja. Mungkin nervous nak dapat hadiah dari orang hensem/comel/cantik/seksi/hot yang tengah baca ni la kan. Kan. Kan.

Datang pon maybe takdak apa dari aku. Jadi nak jemput jugak ampa datang Pesta Konvokesyen UKM. Besttt oooo...



mohon awek gua. neelopa, izara ecah dengan fatin liyana untuk datang. 

yang bajet konvo.
@hilmitempoyak

Bukan Tarikh Biasa

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.10.12 | 27 Comments
Bismillahirahmanirahim...



Aku nak kongsi makluman dengan ampa semua. Penting sangat ni. 20 Oktober 2012 ni aku akan ada konvokesyen. Ye.. 20 Oktober 2012 ni. Tak nak datang pon takpa 20 Oktober 2012 ni. Bukan ada apa pon 20 Oktober 2012 dekat UKM a.k.a Universiti Kebangsaan Malaysia.

20 Oktober 2012 pada Sidang 2 pada pukul 2.30 petang. Bajet habes dalam jam 5 camtu. Jadi aku nak jemput dengan hormatnya datang UKM pada 20 Oktober 2012 ni dengan membawa bear, buang, kfc, bakal isteri dan bakal metua untuk aku. Ingat 20 Oktober 2012 ni. Tapi kalau boleh bawak diri je takpa. At least kita ada moment bersama masa 20 Oktober 2012 tu. Haa.. ayat macam nak surius ja.

Kalau boleh aku nak amek gambar dengan seberapa ramai kawan-kawan yang ada. Tu pon kalau ada la yang datang 20 Oktober 2012 ni. Jangan risau, kamera compak aku ni ada untuk kenangan manis la sangat kita masa 20 Oktober 2012 ni. Niat utama aku satu, nak tengok bapak aku nages. Akan aku peluk erat dia nanti. Hahahaha... Nak tengok jugak air mata jantan bapak aku. Ingat 20 Oktober 2012. Ingat Zulhilmi Tempoyak yamg kiut la sangat ni ye.




Sebelum 20 Oktober 2012 a.k.a pagi tadi aku ada amek gambar bajet sket dekat KLCC  dan sekitar keyyel katako. Terima kasih kepada housemate aku Murtada Photography untuk gambar yang ohsem la sangat ni. Ohhh.. Menjelang 20 Oktober 2012.

yang sememangnya kiut bangat
@hilmitempoyak

Ada Apa Dengan TESCO

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.10.12 | 21 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Hari-hari dok sembang pasal awek-awek, pakwe-pakwe la. Social network la. Bosan. Soo.. harini aku nak ubah gaya sket. Nak kongsi apa yang ada di tempat yang aku nak bawak ni. Kalau baca tajuk tu memang berkenaan dengan TESCO. Sah-sah pasal TESCO kan. bapak tak suspen langsung kan. Dan untuk pengetahuan, TESCO tak bayar komisen pun untuk aku promote. Saja nak bajet-bajet sket. 


Ampa tau tak ada beza sebenarnya TESCO dekat Malaysia ni. Perbezaan pertama, nama TESCO tu. TESCO Ampang, TESCO Cheras, TESCO Penang, TESCO Aloq Staq, dan TESCO yang memang TESCO buat. Beza kedua pulak ada yang nama TESCO ja dan ada nama TESCO EXTRA. Haaa... mohon buat-buat baru tahu.

Sebagai penganggur sejati semestinya aku tak dak kerja selain dari makan, tidur, membuang, stalk facebook orang, baca berita, komen dan mencarut serta mencari kerja. Hmmm.. mencari kerja la sangat. Jadi aku berjalan la ke TESCO. Dengan harapan akan ada kerja yang jatuh ke riba. Jadi hari ni sepeselnya aku bawak ampa berjalan setempat sambil tengok TESCO Ampang baru ada perasaan bejalan dalam TESCO tu yak. 












Bila aku dah sampai bawah ni baru rasa not bad jugak aku amek gambar. Mohon ada job lepas ni. So yang dok US, England, Melaka, Kodiang, Batu Feringgi, Parit Buntaq, Sabah dan Sarawak dah tau kalau jalan kat TESCO Ampang camna kan. Kalau bleh nak buat Vlog sebenarnya. Tapi eden pemalu. Kahkahkah...

Berapa banyak TESCO dah aku bold ni. Mohon TESCO Ampang bagi komisen sket. Aku tolong promote ni. Kahkahkah... betuah. Berapa banyak kahkahkah da. lawak idak pon.

Sekarang nak belajar memasak. Orang kata wanita-wanita zaman ni minat lelaki pandai masak. Betul ke..?

yang tolong promote TESCO
@hilmitempoyak

Kisah Di Hari Jumaat

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.10.12 | 14 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pergh. 11.33pm jam di laptop baru terlintas nak update. Hari ni macam-macam hal. Jumaat aku bermula macam ni. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka terus mandi. Haaa... menarik kan. Then aku terus nak baring balik masa tu jam around 8.30am.

Dalam nak baring tu, aku saja ja check email sekali lalu, mana tau kot-kot ada secret admire nak berkenalan ke. Tapi itu semua hanyalah angan-angan aku. Harap-harap lepas ni ampa sent la email sayang sket. Then jadikan kenyataan kan kan. Plishhhh...


Tiba-tiba aku terbaca email dari cik adik cantik rupawan ni. Siti Fatimah. opsss...terkantoi nama owner blog. Cik adik manis ni share jawatan kosong dengan aku. Besa la... Penganggur sepenuh masa. So... Ada macam satu poster untuk kerja kosong kat Astro. Walk-in interview dekat The Garden. 

Niat di hati nak sambung tido balik. Tapi dah alang-alang menganggur tak kan nak menunjuk sangat menganggur tu. Jadi aku bangun la dengan malas-malas rajin untuk try and adjust. Tak dapat tak pa, dapat Alhamdulillah.. kot-kot bleh jadi deejey ganding ngan johan ke. Jadilah JOHARAMI pagi ERA dah la. Gaya tak nampak demand sangat kan.

Sooo.. Aku pegi la The Garden dengan moto Kriss biru supa dupa cool aku tu. Berbekalkan result tak tara mana, baju smart dan muka jambu ni aku meredah. Jam dalam 10 pagi camtu sampai. Mak bapak ramai beno. Ingat nak gaya-gaya putus asa dah. Tapi semangat...!! hmmm.. semangat la sangat.

Nak dijadikan cerita, walaupun dah memang bercerita ni, jawatan yang ditawar bapak beso-beso. AVP, Head, Assistant Manager dan sememangnya bukan kelayakan aku la nak apply. Tapi disebabkan aku dah datang tak kan nak balik tangan kosong jadi aku pun mencuba untuk menjadi gaya sorang yang layak untuk jawatan tu.
Ce teka aku sampai stage berapa. Hahahaha...
Alhamdulillah... Tapi malangnya, masa balik pegi kat parking moto, side mirror aku patah dalam hati macam gembira dalam duka ataupun duka dalam gembira macam tu la. Jadi inilah hasilnya sekarang. Aku balut dengan seletep je. Bajet sket. Dua-dua belah pulak tu. Mampus aku kalau bapak aku tau. Heee..


yang menjadi wakil anda
@hilmitempoyak

Perjalanan pagi

ZULHILMI TEMPOYAK | 2.10.12 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Fuhh.. seminggu tak update blog kan. Sebenarnya aku tak tau nak update apa. Keja pon tak dapat lagi. Still dalam usaha. Sooo.. sapa yang ada parent owner company tu gitau la. Tapi sekarang aku tengah terpikir untuk bukak kedai mengurut la. kahkahkah.. aku bukak aku la pelayan.


Pagi-pagi ni aku pegi bejalan. Haaa.. bangun awal ni aku bejalan ke blog Phat Corner. Alhamdulillah.. dengar-dengar macam phat nak belanja aku. Dapat bonus kan phat yang hensem, macho dan baik. Ni bukan bodek, ikhlas ni. Pastu aku jenguk aten yang tengah mengamuk pasal spam link. Alolo... comeinya dia mengamuk. Menarik jugak bila baca mee lari dari kerja. Besa orang jalan je kan. Ni luar biasa sket banyak staminakan.

Niat di hati nak cari awek. So.. aku singgah la tengok-tengok tirahzairiyang udah dimiliki, awek merah jambu yang jambu sekali, lyaasuriany dengan ain najwa yang telah ditunangi, szumika orang jepun, dhiashahida pun not bad orangnya, jnamarcello yang hot bekali-kali, shiyda yang ouchh.. comelnya, dya yang tegas berani, cik epal penyeri pagi .Ohhhh... gundah gudala rasa di hati sebab macam tertambat dengan fatin liyana yang dah tak pakai gigi besi.

Haaa.. ingat aku gila awek je la tu kan. Kena la jugak tengok-tengok pengapit masa kawen nanti kan. Aswadz yang simple mainded, syamsid jurufoto stail, shafuan kechik pakar sistem, murtada my housemate, jajam si comel la sangat, faiz super nuffnang, last-last blog si tube awak jugak yang dirujuki.

Menariknya blog potia dengan fyna yang fight-fight informasi.


Seronok-seronok jugak, jom kita doakan ayah yui cepat sembuh, vanila yang kebah demamnya, CP yang tak sihat baru pulang campnya, tak lupa jugak untuk adik ni. bantu sekadar yang termampu.

Tu jela aktiviti aku hari ni. Tapi banyak dah blog yang aku kentut berkali-kali. Cuma tak tahu nak letak cerita apa kat sini. Sebab masih menganggur lagi. heee...

ikhlas dari insan yang comel ni.
@hilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger