Dilema

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.9.12 | 33 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Mukabuku aku kena ban lagi. Aku pon tak paham kenapa. Adakah laptop aku ni terkena virus hack ke apa. Tak apa la. Malas dah nak pikir. Sekarang ni aku dalam dilema. Pening oo0ooo.... macam mana masa depan aku ni.

Dilemanya samaada nak terus kerja sendiri atau cari kerja. Kalau nak kaya kita kena berniaga. Nak kaya tu lambat sket la. Modal apa kan. Yela... nak kaya nak bantu saudara-saudara kita. Tapi tidak salah kalau kita gali pengalaman dengan bekerja dengan orang kan. Baru kita tahu pahit manis dunia ni. 
Dilema ni berlaku masa aku pegi career fair dekat mid valley hari sabtu ritu. fuh..
Ceritanya bermula begini. Masa sebelum aku habes belajar dulu, aku kira bulan jun camtu la aku ada niat nak berniaga sendiri. Bukak kecik-kecik pon jadilah. Ego tinggi... then satu masa petang-petang aku bosan aku saja la tweet tokei-tokei yang power la bagi aku. Nak bodek apa. Tanya soalan cuba nasib ja. Ni antara soalan aku la.
For fresh graduate. Which one is better. Kerja sendiri atau cari kerja..?
Semua diam je. Aku pon anggap tokei-tokei ni mungkin busy sampai tak sempat nak layan tweet mamat kiut macam aku ni. Then petang lepas aku habes main bola. Aku tertengok ada new interaction. Seorang ahli perniagaan which is @MSZulAmin reply cari kerja cari pengalaman dulu. Berdasarkan carian google beliau COO di NAZA Ducati Malaysia.

Sorang dia ja yang reply dalam banyak-banyak orang aku tanya. Thanks @MSZulAmin really appreciate it. Terharu tak tersangka. Dalam masa tu pon aku dah seeking for business opportunities cuma kurang modal ja.



Last-last aku lepas habes belajar walaupun tak konvo lagi, aku meniaga la apa yang ada. Tapi tak fokus, yela baru nak penetrate diri dalam market. Susah jugak o0oooo0o0.... sampai parent aku dok tertanya-tanya boleh tak ni. Boleh tak ni. Yela... modal kurang. nak mintak kat parent boleh tapi sampai bila? Mintak kat punb senyap je. huhhh... macam mengeluh kan.

Then sabtu lepas aku pegi teman member aku pegi career fair dekat mid valley. Depa nak cari keja. Aku memang tak terniat langsung nak cari kerja. Ego tinggi.. walaupun ada kawan-kawan tercinta saran cari keja dula kan. Tak pa la.. tengok punya tengok kot ada yang berkenan. Bekenan kat orang yang jaga booth pon jadi la kan. heheheh....

Tiba-tiba masa kat satu booth ni member aku nak drop resume dia. Ramai orang beratur aku tak kena ngena. So.. aku tunggu kat penghujung booth tempat orang drop resume kat person in charge masa tu. Aku ngan muka kiut saja tersenyum dekat sorang ni yang memang person in charge jugak. Tiba-tiba jugak tersembang sket-sket. Macam mana tah. 

Dia bagi email suruh aku sent resume. Bayangkan semua orang dia bagi card suruh kol ext. atau email HR. Tapi aku tiba-tiba dapat terus email betul-betul person in charge. Tak tau la kalau orang lain pon dapat. Tapi masa aku tu memang mudah sangat dapat contact person masa tu. Dengan tak beratur, jalan tak betol dengan nyanyi hepi bufday.
Bila aku dongak tengok balik. Booth tu adalah NAZA.
Adakah ini satu kebetulan ataupun memang telah ditentukan. hmmm...

Mohon pandangan jika ada blogger yang dah bekerja atau sekarang ni tokei. terima kasih daun keladi. eden ni memang comel sekarang. hmmm.. ni dah lari tajuk.


yang dalam dilema
@hilmitempoyak

Cinta Mukabuku la sangat

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.9.12 | 21 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Ampa nak tau tak..?? 4 hari aku tak online mukabuku. rasa macam nak gila dah. Astagfirullah.. teruk beno. bukan apa. internet ada. tapi mukabuku kena ban. ni yang susah muka kiut ni. ramai je dengki nak hack. tak dapat nak mukabuku bermaksud tak dapat nak sembang bohong. tak dapat nak sembang bohong maka tak dapat la nak bohong orang betol tak.


dengan itu. kepada sesiapa yang mengenali aku. paham-paham je la. mukabuku baru ni agak susah jugak nak cari kawan-kawan lama. tambah lak kat sekolah rendah. tambah lak awek-awek blog yang kiut gitu. hmmm.. kiut la sangat kan.

ni ialah account facebook zulhilmi tempoyak yang baru. 
https://www.facebook.com/zulhilmitempoyak.zulhilmi
ni ialah official page untuk mencarut-carut bila aku baca blog orang. ehhh.. sori. tak pernah lagi la setakat ni mencarut.
https://www.facebook.com/tempoyakz
dan ini. InsyaAllah. bisnes online aku. new branding business. promote la sket kan. berkonsep hantar hadiah kepada kawan jauh. anda hanya call untuk hadiah apa dan kepada siapa. esok sampai rumah orang tu.
https://www.facebook.com/tempoyakdedicate
diharapkan saudara dan saudari yang comel serta cantik, sopan lagi baik serta penyayang untuk klik link-link yang disediakan. perghhhh... ikhlas ni puji ni. mintak maaf pada yang terpaksa add aku balik. maaf sebab menyusahkan.

nampak macam bajet je aku ni kan dan tak kena ngena ngan tajuk. huhu... maaf. 


yang mengharap sangat.
@hilmitempoyak

Skill asas untuk memiliki Awek

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.9.12 | 43 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Hari baik mood baik ni. ampa beruntung sebab aku akan kongsi skill-skill asas untuk memiliki awek. Jadi entry ini khas untuk lelaki la. Tetapi awek-awek pon digalakkan untuk mengetahui supaya senang dapat hint bila anda ingin di miliki. Perghhh.. macam tajuk lagu pun ada.

Skill asas no.1. Pastikan anda berwang. 
Ada orang kata wang tak penting, yang penting hati..!! kirim salam kat orang tu. sebab kalau takdak wang, macam mana ampa nak topup fon, nak byr unifi nak skype hari-hari, nak naik ktm nak buat-buat terserempak, dan yang paling penting nak bayar mas kawen tu.

Dah ada skill tu. kita teruskan ke skill asas no.2. Mulut kena wangi.
ayat jiwang-jiwang tapi kalau mulut busuk. boleh consider macamSekarang ni orang selalu suroh jumpak wali depa tros kan. at least masa jumpak tu nanti ampa mesti la mulut kena wangi dari bau longkang depan rumah dia ye tak..?? baru la bukan awek dah. konpom bini tros.

Mulut dah wangi. Skill no.3 berani menunjuk.
haaa... skill ni penting. sebab ampa kerana berani menunjuk pandai, berani menunjuk baik, berani menunjuk hensem, berani menunjuk terer, berani menunjuk-nunjuk, berani menunjuk berani, berani menunjuk perasaan hati. Perghhhh....!!! maksudnya ampa kena berani menunjuk untuk menjadi seorang lelaki idaman. Yela, tak tunjuk mana la awek tu nak tau kan. apa specialnya ampa. tapi berani-berani pon buat la homework dulu ye.

Skill no.4 jadi diri sendiri mesti ada.
jadilah diri sendiri. kalau ampa memang msg tulis ayat jiwang. tulis je ayat jiwang, jangan dok tengok lelaki ni guna skill jual-jual mahal, kita nak jual mahal jugak. selalu guna istilah try and adjust. yela try banyak kali dan adjust bagi dia suka kita. amacam..?? jangan dok adjust bini orang dah la.


Ready skill tu. skill no.5 ni penyeri. cari kawan nama google.
selalu bukak google cari "ciri-ciri suami mithali", "ciri-ciri jejaka pujaan", "ciri-ciri manusia berjasa", "bagaimana menjadi manusia perasan. ", "kehidupan di alam barzakh" dan sebagainya. Ada la jugak ilmu di dada kalau di tanya kan. makna persediaan tu.


Bila habes karang ni baru aku perasan. yang aku tulis ni skill ke cara atau bagaimana. hmmmm...


nak teman hidup macam mana pon sebenarnya doa dan tindakan. doa untuk ciri-ciri wanita tu dan bertindak untuk miliki. sebab cinta kita kerana Allah. untuk jannah. haaa.. macam familiar kan ayat ni. 

Persoalan hidup aku sekarang, mukabuku aku kena hack dan teros tak bleh masok. Kesepian hidup ini. Page tepi ni pon sekadar hiasan je. Ehhh.. tertulis keyyel pulak.


ikhlas dari orang yang takdak awek
@hilmitempoyak

Lama Tak Update

ZULHILMI TEMPOYAK | 12.9.12 | 27 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Hi kawan-kawan. Apa khabar hari ni..? Di harapkan saudara saudari cikabom-cikabom sihat dan hepi. Aku tak dapat nak update blog sampai setengah bulan. Bukan malas ye. Tapi internet break down. Nak maki tak sampai hati sebab hati aku ni kecik dan baik je. 

Baiklah maaf kepada sesiapa yang tanya pasal tempat kotak menjerit. Bukan aku tak nak letak. Tapi kan, bila letak je asyik rosak. Letak je rosak. Letak je rosak.  Aku dah penah pakai 4 jenis shout tu. Shoutmix, cbox, pastu apetah lagi sebelum-sebelum. Ada ke yang baik tempat kotak menjerit ni..?? Sekarang ni tak pasti sama ada patut letak ke tak. Lagipon sapa la yang nak sangat datang blog ni kan.

Btw. Setiap hari aku akan blog walking, kentut kat blog ampa. Dan aku akan post kat page fb aku yang tak seberapa tu kan. Jadi sapa yang nak cari blog-blog yang latest update boleh la jenguk-jenguk. Macam besa... sapa la yang nak like page tu kan...

Sabtu - Kisah Cinta
Ahad - Menarik
Isnin - Quote
Selasa - Kehidupan
Rabu - Wordless Everyday
Khamis - Bisnes
Jumaat - Tazkirah

Ni rangka aku untuk post blog yang kena related dengan orang panggil tema. Hari-hari kena la ikot tema kan. baru la menarik sket. Tak lupa jugak nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang follow blog yang tak seberapa ni. 

Post kali ni aku rasa macam suci sangat je.

Bakal Bersama Anda

yang makin suci
@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger