Cinta Merdeka

ZULHILMI TEMPOYAK | 31.8.12 | 48 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi terasa basah. Baruku sedar air ku minum semalam tertumpah. Tiba-tiba teringat untuk mandi pagi tapi bukak facebook untuk seminit dua lagi. Perghhh.. dah macam pantun lintasku dalam hati. Dengan mata yang samar-samar ku melihat apa yang terjadi. Yang pastinya bukan seminit dua online dah ni.

Ucapan selamat merdeka Malaysia menyeri pagi. 55 tahun berlalu pelbagai erti. Ada rasa bebas, ada rasa bangga ada rasa sayang dan ada rasa dengki. Sebenarnya itulah warna warni negaraku hari ini. Sedekahkan Al-Fatihah untuk pejuang yang telah pergi. Alhamdulillah... nikmat dari Illahi. 

credit fb: doodle dakwah
Tiba-tiba.. notification timbul di bahagian kiri. Yela kiri bawah skali. Berkelip-kelip mata tertarik nak klik. Dengan harapan ada orang mentions diri. Rupa-rupanya game request penyakit hati.

Ahhhh... bosan... layan oppa gangnam style kang makin tersumbat telinga aku lak. dok asyik dengar je. Layan one piece kang memang sampai malam tak mandi aku. Nak g jalan-jalan kang memang merana poket aku. Akhirnya menung depan laptop sambil ngendap bakal-bakal mak metua aku.

Kerana kebosanan, aku saja berulang alik ke toilet sambil mencari-cari makanan di dapur. Akibat gagal mencari makanan untuk dikunyah, aku pun balik ke bilik untuk mencari ketenangan pulak. Hmmmm... tenang la sangat kan. Fuhhh... notification ada satu. Niat dihati malas layan disebabkan taknak kecewa sekali lagi oleh game request. 

Lantas aku meng klik dengan confident nya. Wahhh... ada orang poke. Hari ni pon dah beriban orang aku poke. Boleh hilang bosan ni lawan poke. Bisik hati kecil lagi suci ini. Standart la.. bila orang poke, tambah awek pulak konfem aku tengok-tengok sket info dia kan. hehehe.... Dan sekarang secara tak langsung kantoilah aku kaki poke dan stalk orang.

Tapi bila diteliti balik, poke ni dari sorang yang aku dah bertahun poke. Time aku admirer sangat dia la. Time seluar aku pon saiz 28 lagi tu. Time aku pon muka epal lagi.
Adakah si tukang poke ini baru bukak mukabuku setelah bertahun?  
Sekarang aku ngah pikir. wajar tak aku add fren atau pm atau terus poke dan menanti setahun kemudian pulak untuk direply poke. 

Adakah ini dinamakan cinta merdeka. Hahahahaha...

yang menanti 
@hilmitempoyak

celaka

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.12 | 30 Comments
Bismillahirahmanirahim...

korang tengok la video ni. aku yang agak tak gemar sangat aksi-aksi filem ke lagu korea ke tiba-tiba terpengaruh. Dok update ni pon sambil dengar ni. Selalunya kalau nak tengok k-pop apa ni tengok awek seksi tu je. Oppppsss....

Tapi serius. aku tengah layan ni. terima kasih mamat boyot ni. aku tak tau kenapa aku view. selalu orang pasang depan ke belakang aku ke aku tak penah layan sangat. jaga macho la katakan.

korang kena view dekat bawah sebab dia effect karangan aku ni. tak tahu kena apa. aku dah la lembap sket bab-bab ni. 

disampingan itu. Kepada sesiapa yang nak jana wang lebih. part time. bleh la chat secara private dengan aku di fb tempoyakz. yang mana aku nak tawarkan buat dropship. korang just cari customer. dan aku akan bagi komisen. senang je kan2. 

haziq AF sehari punya order
Produk ini sangat laris untuk kurus sihat dan kaya. Macam srius ja bunyinya kan. 

layan dulu weh..

yang bahagia la sangat
@hilmitempoyak

Selamat Hari

ZULHILMI TEMPOYAK | 23.8.12 | 28 Comments
Bismillahirahmanirahim..

Saya dengan rasa bangga, sopan, baik, macho, perkasa, beradab, malu dan rendah dirinya ingin mengucapkan selamat hari hari di hari khamis.

ni masa beraya rumah awek
Saya dengan ini menyusun jari yang gebu ini untuk memohon kemaafan sempena hari khamis di bulan Syawal ini. maaf jika ada Tersalah komen. Terbuat comel. Tercairkan diri. Tercakap lepas. Terbajet lebih. Termakan lebih. Tercuri hati. Terkentut di blog. dan semua TERTERTER...

baru lepas solat raya tak shave lagi
sebenarnya saja nak tayang kehenseman di hari raya. heee....

mohon mak-mak awek-awek untuk cair. 

yang penat beraya

@hilmitempoyak

Di mana KITA?

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.8.12 | 30 Comments
Bismillahirahmanirahim.

Terdetik jugak di hati nak tulis. Tapi tak tau kat mana nak mula. Hati rasa ngilu, akal rasa pilu, hari-hari rasa sayang hei. Matahari semakin meninggi. Burung berkicauan tapi tak dengar sampai sini. Terdengar housemate mengosok baju. Terbau daki ketiak tak mandi lagi. Tertengok video yang makin ngeri. Hmmmm... sedap jugak aku bermadah pagi ni.

Korang tengok, hayati, nikmati, terokai tak video aku post ni. Inilah video lawak, video politik, video ekonomi, video sosial, video ngeri, video sensasi. Walaupun mungkin sebahagian dah pernah tonton. Tonton lagi...

Mana yang lawak, politik, ekonomi, sosial, ngeri dan sensasinya..?? Lawak jugak sebab nak rompak tapi tak balik modal. Yela kalau korang tengok elok-elok, bajet nak balik beli pisau, beli cap, beli sweater. Fuh... banyak makan modal tu. Buang masa buang duit je kan. Nak belatih taekwando lagi.
Tapi lagi Lawak jugak la kalau kita tak meremang bulu roma masa tengok.
Persoalan sekarang, adakah kehidupan kita terlalu mengejar kapitalis ataupun terlalu mengejar perasaan ingin bergaya diluar kemampuan kita. Ni belum kira merompak nak beli dadah ke apa ni. Mengapa mereka merompak? Adakah Menteri-menteri kita akan tonton video ini? Adakah perompak jugak mereka berlima ni saja dalam Malaysia ni? Jadi ini peranan kita.

Ini bukan masalah kecil der sampai tak perlu tahu. Ini pembawakan aset kehadapan negara Malaysia. Kalau kecik dah diasuh merompak besar-besar macamana? Haaa... tengok ayat aku pun dah macam ahli... dah.

Jadi mari kita bersama bertindak. Jaga ahli keluarga masih-masih yang mana dalam kelompok yang kecik. InsyaAllah kalau semua saling menjaga dengan kasih sayang dan sifat ambil berat. Kejadian begini dapat dikurangkan.

Kesian jugak kalau dihayati. tak pasal-pasal mamat jaga cc tu dicabul. 5 lawan 1 kan? Boleh la adik-adik nak tunjuk hebat. haaa... geram aku sampai seminggu tak update blog. hee...

Persoalan hidup jugak, kenapa dah setahun nuffnang aku dok RM15 ja. Hmmm....

haaa... geram-geram jugak. jangan lupa hantar kad raya kat aku na. alamat kat bawah ye. biar muka tak malu asal tetap hensem. hahahaha... ni memang tak malu.

yang terseksa batin
@hilmitempoyak

Alamat

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.8.12 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...

ehem... dan ehem... sempena pertengahan Ramadhan ini. aku dengan tak malunya. nak gitau alamat rumah aku. dengan harapan ada la orang nak hantar kad raya beserta kad raya ye. ala.. tulis wa ai ni ke dah cukup. aku dah rasa bangga dapat kad raya korang. lagi bangga kalau diselitkan dengan helai duit raya berwarna merah. ni bukan demand ye. ni la harapan. heee....
No.69 Jalan Perdana 7/3, Taman Pandan Perdana 55300 Pandan Perdana, Keyyel.
tengok elok-elok. keyyel ye.  kalau tak sampai tu mungkin korang silap tulis kot. kalau ada yang nak hantar msg ke telefon saja boleh jugak. dekat gambar belah kanan tu ada no fon aku. awek-awek digalakkan msg. mak-mak yang berminat nak buat menantu pon digalakkan jugak msg. bro-bro jangan kecik hati. boleh jugak msg. tapi jangan sweet sangat. kencing manis aku nanti.

  

kepada yang nak datang meminang. harap guna alamat rumah mak ayah aku ye. nego teros la ngan mak ayah macam mana ye.  dan kepada sesiapa yang nak kad raya dari aku. errrkkkkk...... maaf la tahun depan mungkin ada. tu pon mungkin la... heee.... kalau guna henfon mungkin bleh kot.

 

gambar-gambar yang aku letak ni sebenarnya tak kena ngena ngan entry dan memang aku dok cari resepi. sapa yang nak belanja berbuka tu digalakkan jemput ye. kalau ngan famili korang pon aku sanggup je p rumah. hahahahaha... ni betol-betol tak malu. muka hensem tapi tak malu susah jugak kan.


yang menanti kad raya

@hilmitempoyak


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger