Untuk Anda

ZULHILMI TEMPOYAK | 31.7.12 | 18 Comments
Bismillahirahmanirahim.

Sempena Ramadhan ni. Saya terdetik berkongsi satu ilmu baru kepada saudara saudari cikabong-cikabong. Saya Mohamad Zulhilmi Zulkefli yang sasa ini sebenarnya adalah seorang Pakar Perancang Kewangan Islam dari Takaful eTiQa. Sebelum itu elok saya dahulukan dengan ucapan ikhlas maaf jika ada yang tersinggung dengan ayat-ayat manis yang bakal ditulis, dikarang dan dikenang.

Jika pengalaman menjadi hidup menjadi ukuran, mungkin pada usia 22 tahun ni saya tetap kurang makan garam dari kalangan anda. Ini mungkin disebabkan saya lebih suka makan gula. Hal ini juga mungkin ramai akan meragui dengan apa layaknya saya.

Apa yang sebenarnya membuat saya terdetik sangat untuk berkongsi adalah bermula dengan kisah biasa. Yang mana baru-baru ni ada seorang hamba Allah datang ketuk pagar rumah saya di Pandan Perdana. Membawa beberapa naskah Yassin lusuh untuk dapatkan sumbangan dari masyarakat untuk sesuap nasi dia dan keluarga.  Hamba Allah ini seorang lelaki berumur 19 tahun dan memiliki beberapa adik dan ibu untuk disara.

Setelah sembang punya sembang, hamba Allah ni sebenarnya baru kematian bapa. Sebelum ni dia dan sekeluarga memang miskin tetap masih tinggal di dalam rumah. Tetapi setelah kematian bapa, dia makin miskin dan terpaksa tinggal di bawah jambatan sekitar cheras. Samaada benar atau bohong, itu urusan dia dengan Allah. 

Apabila di tanya kenapa tak cari kerja kilang sedangkan muda lagi? Jawapannya kalau gaji ikut bulan, hari-hari dia dengan keluarga nak makan apa. Jadi dia terpaksa cuci pinggan, kereta, potong rumput yang mana gaji hari demi sesuap nasi. Kadang-kadang ada kerja. kadang-kadang tak terduga. Terdetik dalam hati saya. Bagaimana jika orang yang saya kenal berada di tempat hamba Allah tu?  Bayangkan kita yang masih berpeluang ni. Waallahualam…

Saya harap anda faham apa yang hendak saya sampaikan di atas. Sebahagian masyarakat menolak takaful dengan alasan tiada bajet, buat-buat ada takaful, tak nampak apa kebaikannya, dan yang paling best “Ini semua tipu ja ni. Nak makan duit orang”. Bukan mengeluh tapi kami di sini sedih disebabkan kami tidak dapat bantu orang yang lebih memerlukan. Hmmm… ayat pun macam pancing kan. Tapi inilah realiti.

Bila bayar dapat apa tah kan? Analoginya mudah, jika hari-hari anda beli dan makan gula-gula 20 sen dengan gaji anda RM500.  Anda memang dapat rasa manisnya hari-hari dan anda tak terasa langsung bila keluarkan 20 sen tu. Tapi hari hari tu tetap ada pahitnya bila anda disahkan menghidap kencing manis. Hmmm.. manis jugak lah tu.

Berbanding takaful yang anda sumbang. Bukan bayar ye, sumbang. Yang mana hari-hari memang tak rasa manisnya. Yela asyik sumbang-sumbang bila nak dapat kan. Tapi bila berlaku musibah, adakah gaji anda akan dapat bantu anda sepenuhnya? Di sini lah fungsi takaful membantu meringan kan bebanan anda dari tabung tabaru`. Perlu di ingat, musibah bukan saja kematian ye. Kecacatan ataupun hilang upaya kekal ataupun penyakit yang menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan beribu ringgit hanya untuk ubat dan beribu ringgit untuk pembedahan.

Bagi yang memberi alasan tentang bajet. Andaikan esok majikan anda akan kurangkan gaji anda RM200 disebabkan masalah kewangan syarikat. Adakah anda akan tetap bekerja atau terus masa itu jugak berhenti dan cari kerja lain? Tidak bukan? Anda mesti mengambil masa sekurang-kurangnya minima 2 ke 3 bulan untuk kerja baru. Aik… boleh pulak hidup walaupun dah kurang RM200? Akal terbaik akan mencari jalan. Disini salah satu persimpangannya.

Saya hanya berkongsi apa yang patut dikongsi. Salah silap jangan dicaci kepada insan yang sehensem ini. Bersedia untuk menjadi sebahagian dari kami...?? heee....

Entah ada orang baca ke tak entry panjang berjela ni. Hahahaha…. Entry ini akan di update dari semasa ke semasa ye. Maaf kalau ada yang terasa atau tersilap tulis. Ringkas je ni. Heee....


pemahaman..?? 0193030738. :D

Yang ingin bercerita

@hilmitempoyak


18sx di Ramadhan

ZULHILMI TEMPOYAK | 24.7.12 | 51 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Sudah lama tidak menghapdate blog. thanks sebab komen walaupun aku hanya komen "komen" je kat blog korang. hahaha.. at least ada komen kan. ramai jugak soh follow. sabar ye awak. awek. bro. sis. mak. cik. kalau berkelapangan, blog korang memang akan di follow. perghhh... ayat macam bajet lak kan. bajet takdak masa.

sebelum tu. aku nak ucapkan dengan bangganya dan rendah diri disamping air liur meleleh di pipi nak ucapkan. nak wish kata omputeh.
selamat mentotalkan beribadah di bulan Ramadhan. 
kepada penduduk pandan perdana. tegur-tegur la kalau jumpak kat surau tu ye. kalau korang tak jumpak maknanya aku ngah terterap kekenyangan la kat rumah kan. opsss.. harap-harap bakal-bakal bini n mak metua tak terbaca lah ye. heee...


kepada adik-adik yang baru belajaq posa. diharapkan mampu untuk menahan diri dari minum air di toilet ye. kalau nak minum pon. keluar je toilet buat-buat tak larat ye. heee....

korang tau tak masa bulan ni. makin banyak 18sx terjadi. habes gugur jantung aku masa jalan-jalan dekat bazar. perghhh... mantap-mantap beb. maksud aku ada ikan bakar mantap, ada ayam percik mantap. yang masak tu pakcik-pakcik mantap. tu je la 18sx nya.

harap tak dak orang pikir bukan-bukan la kan. hahahaha... 

btw, tahun ni ada orang nak hantar kad tak? please....... heeee.. ngah buat muka comel ni.

yang masih bersemangat berpuasa,

@hilmitempoyak

10 JULAI 1990

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.7.12 | 78 Comments
Bismillahirahmanirahim.

Di pagi yang indah ni. aku update blog. Update blog. Mengigil kesejukkan dalam cyber cafe Orange ni. Mahal nak mampos. Nasib baik aku bleh korek duit tabung lagi. 10 Julai 2012 genap usia aku 22 tahun. Berstatus bujang. Berberat 145kg. Dengan ketinggian 169cm. Muka jambu. Bibir montok tapi perut mengelebeh. 


10 Julai 2012 jugak lengkaplah usia blog ini satu tahun dengan beribu komen beribu komen dan beratus follower. Thanks a lot sebab menceriakan blog ni walaupun blog ini hanya bermodalkan muka jambu dan kiut tuannya. Sehinggakan makcik makcik sebelah rumah cair.

Aku dahulukan dengan ucapkan sayang kepada ibubapa. Terima kasih membesarkan, melahirkan, mendidik, mendorong, menangis dan memememe bagai kan aku. InsyaAllah tak kan lekang namamu dalam doa anakmu ini. Terima kasih ya Allah memberi peluang untuk terus bernafas sebagai khalifah di bumi dan mengingatkan aku bahawa ajal ku makin hampir.

Terima kasih jugak buat kawan-kawan yang sudi meng wish di facebook, handfon nokia murah aku dan ada yang kol nyanyi. Bapak sweet gila korang ni. Ingatan korang adalah hadiah yang terbaik. Yela. sebab tak dapat hadiah jadi ingatan tu pon sweet la kan. heeee...


Dekat sini aku jugak nak buat pengakuan berani mati. Sebenarnya aku tak penah follow orang kat blog. Terok kan perangai. Hahahaha... Padahal berapa ratus dah follow. Tak pa jangan risau. InsyaAllah mulai saat ini aku akan follow orang tapi follow blog yang tak suruh aku follow balik. Sebab aku nak lahirkan keikhlasan tu. heee... alasan je kan. 

Kalau sapa yang nak bagi hadiah boleh pos kan ke alamat rumah aku ye. Jangan malu-malu ye. :D

yang berumur 22 tahun

@hilmitempoyak

Update Kehidupan

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.7.12 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...




UPDATE




kahkahkah..


yang mengupdate


@hilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger