cemburu

ZULHILMI TEMPOYAK | 24.6.12 | 44 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Ehem... Tahukah anda, bahawa aku seorang yang kuat cemburu. Sekarang ni bila balik ja rumah, diri aku akan tak tentu arah. Jiwa akan bergelora. Nafsu akan membuak-buak. Semuanya disebabkan cemburu aku ni.


Sebenarnya, aku sangat cemburukan ibu bapa aku. Cemburu buta disebabkan mereka ni mampu membimbing dan memiliki anak sehebat aku. Sekali lagi.
sehebat aku...!!!! hahahaha.......
Korang pun mesti ngah pikir macam tu jugak kan sekarang. Sebab anak kita nanti tak tahu lagi bagaimana diwarna dan dihiasi. Tambah lak yang masih bujang terang tang tang ni. 
Tapi InsyaAllah. Kita berusaha. 

Segala puji bagi Allah dan thanks my beloved parent. Perghhh... tengok ayat pun dah omputeh kateko. Hehehehe...


yang cemburu

@hilmitempoyak

Debat lagi

ZULHILMI TEMPOYAK | 18.6.12 | 27 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pada petang yang indah dan jerebu ini, aku ingin berkongsi satu debat hebat yang bakal berlaku. Memang akan menggegarkan dunia kita la. Terutama dikalangan ibubapak dan anak-anak mereka. Aku memerlukan idea jugak untuk perdebatan ni. Jadi marilah sama-sama kita sebagai anak muda, memberi idea.

Sadasawarsa ini, Kita sudah disajikan dengan kehebatan saudara Rafizi dan Khairi tentang pemansuhan PTPTN yang melihat hala tuju pendidikan negara. Perghh.. tengok ayat aku. hahaha..

Tak lama lagi kita akan dihidangkan pula dengan debat budaya demonstrasi dalam demokrasi. Banyak sungguh idea kan.

Sekarang aku tengah berkira-kira nak berdebat dengan bakal bapak mertua aku dengan tajuk 
"Mansuhkan Wang Hantaran."
Sekarang aku memerlukan idea orang muda-muda untuk aku berdebat tentang perkara ni. Kalau korang ada idea lebih kongsi-kongsi la ye. Lokasi perdebatan akan diumumkan kemudian. Mungkin ditempat yang tidak mempunyai kerusi meja dan pinggan mangkuk bagi mengelakkan terbang secara tidak sengaja. hahahahah...



Mohon mencadang. Diharapkan bakal mertua itu tak jadi ex-metua la kan.


erk... sebenarnya aku silap tulis tadi. aku tertulis mas kawen. sori bagi yang dah komen. 

yang mencari idea

@hilmitempoyak

Berita tergempar

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.6.12 | 54 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum saudara saudari cikabong-cikabong di sana. Saya Mohamad Zulhilmi Zulkefli mengaku menggunakan slimming product iaitu Slim Diet II. hahahaha.... gempar la sangat kan.

SDII
Sebenarnya aku segan nak update tentang ni. Tapi disebabkan ingin bersama anda menghayati bentuk keunikkan badan aku, dengan tanpa segan silu aku post jugak.

Disebabkan hal itu tersebut juga, rupa dan bentuk badan aku adalah seperti berikut :



Kelebihan produk ini ada banyak. Yang utama bukan saja kecantikkan tapi juga kesihatan. Jadi tingkatkan tenaga, tingkatkan penghadaman, tiada kelaparan melampau, masih hensem macam aku.

Dengan itu. Saya ingin membantu anda yang mengalami masalah badan untuk mencuba. Mencuba dengan rasa bangga sebab anda bakal kurus dan sihat. InsyaAllah.

untuk yang berminat boleh menghubungi zulhilmi kurus dengan segera.

a) yang memiliki henfon dan punya kredit : zulhilmi - 0193030738

b) yang memiliki henfon tapi punya facebook : tempoyakz

c) yang memiliki henfon tapi punya email : zulhilmitempoyak@gmail.com
hahaha... segan kot nak tayang gambar sendiri. mungkin ada yang akan kata gambar superimpose tapi sila lihat berat badan. sebab berat badan itu di timbang di hadapan doktor. heee..

okay ni bisnes kecik-kecik sebab hati dah tertambat kat anak orang. hahaha..

yang makin kurus,

@hilmitempoyak

Perasaan hati

ZULHILMI TEMPOYAK | 3.6.12 | 31 Comments
Bismillahirahmanirahim…

bapak lama gila aku tak update blog. memang orang mencarut kan. hahahaha.. maaf seh..


sebenarnya. Cirit birit beberapa hari membuatkan jiwa aku dalam gelora bila nak update korang tau tak? Tapi cirit birit ini jugaklah membuatkan aku bersemangat nak blog walking. Semangat sikit la dari semalam dan semalam dan esok belum pasti. Nasib baik sebelum ni aku ada tanya tentang macam mana nak ikhtiar kalau takdak air ke apa kan. Jadi semasa cirit birit berlaku bukanlah halangan untuk aku..
Maaflah sudah sekian lama tidak meng update blog. Ayat tipikal kan. 
tanda aku mintak maaf dengan ikhlas. Erkkk... ikhlas la sangat kan. OK.. aku tengah menaip dengan tekun di pagi hari jam 5.15 pagi. Haaa... orang lain bangun Qiamullai. Aku bangun update. Bagus sangat. dan untuk menghilangkan rindu korang kat aku. ada la gift kat bawah nanti ye.


Kisah bermula, Pada suatu pagi yang indah, aku bergerak menaiki kriss100 biru aku yang serba cool dari ofis ke hospital serdang untuk menjalani fisio bagi menguatkan tangan aku. perjalanan memakan masa dalam 10 minit. Lampu isyarat dah 10 minit jadi semua sekali 20 minit. Temujanji rawatan adalah dalam sekitar 9 pagi. Agak terlewat masa aku sampai tu. Nasib baik muka-muka doktor kat f9 hospital serdang tu senyum ja.

Selesai register, aku teros ja buat fisio. Ikot arahan doktor yang comel. Walaupun aku macam banyak kerenah sket. Doktor ni tetap tak layan. Fine... tak sweet kan. ahhahaha...

gambar macam tak kena ngena kan..?? haha...
Masa fisio tu aku perasan. Alhamdulillah aku hanya patah sket. Ada yang tak mampu berjalan, ada lelaki tua yang tak larat maybe lumpuh dan isteri tua membantu, ada yang sudah putus kaki, ada budak kecik yang dah macam-macam patah, ada yang dah uzur sangat.


Untuk latihan fisio yang kedua, aku buat dengan penuh tekun. Tunjuk terer... besalah doktor pompan kan. So aku kena la tunjuk ketegapan dan kestailoan aku sket. 2 minit doktor tu demo, dia terus gi tengok pesakit lain. Then tiba-tiba air mata aku mengalir. Masa mengalir tu jugak la doktor tu tiba-tiba nak tengok aku. 
malu kot. mano nak letak muka macho tapi menangis sebab suruh buat fisio sket.
Tapi sebenarna aku menangis bukan sebab sakit. Hmmm… aku pun tertanya-tanya. Kalau bukan sebab sakit buat apa aku menangis?  Muka macho tapi baru suruh buat sikit dah nangis kan


Ingat tak tadi aku ada kata tentang wanita tua yang memimpin suaminya yang menjalani fisio tu. Tau korang asyik baca kisah pasal aku ja kan sampai tak perasaan aku cerita tentang apa. So sweet la korang. Hahahaha… Tapi wanita ni lagi sweet dari korang sebenarnya. Sebab yang sememang sekukuh budak debab yang mana wanita tua ni bukan setakat pegang tangan di pimpin macam lintas jalan tu. Tapi ini siap dengan diri wanita tua tu lagi boleh dikatakan menjadi tongkat kat suaminya. Biarlah kisah ini dibaca dengan kisah suami tua dan isteri tua.

Bila disuruh doktor untuk baring kat tentang angkat apa tah tu, si suami tua ini berusaha panjat dan baring tapi tetap dihulur bantuan oleh si isteri tua. Walaupun aku tengok badan dia dah macam mengeletar dan berpeluh masa tolong husben dia.

Mungkin aku kerap menggunakan bahasa tua. Maaf jika ada yang terasa tentang perasaan tua. Tapi apa yang aku nak cuba sampai kan dekat sini, mampukah kasih kita sampai ke tua dan lagi yang kita inginkan mampukah kasih kita hingga ke syurga?

Air mata yang mengalir masa aku fisio tu sebenarnya aku tertanya-tanya mampukah aku memiliki isteri yang sesetia beliau ataupun lebih baik dari beliau. Dan mampukah aku berada di tempat isteri tua tu jika isteri aku pulak yang sakit suatu hari nanti? Adakah setabah itu, adakah pemberi semangat seperti itu dan apakah aku dan anda yang memiliki teman sudah bersedia?


ni la gift tu. hahahaha.....
Harap ada orang kata dia mampu.. nanti aku hantar rombongan. Rombongan sambil belajar. 


yang tersengeh,

@hilmitempoyak.


Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger