ye anda

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.5.12 | 32 Comments
Bismillahirahmanirahim...


Perhatian kepada gadis yang selalu di stalk oleh saya. Ye anda la sape lagi kan. Saya dengan rasa rendah diri dan sopannya ingin mengucapkan. Ye.. saya nak ucapkan...





Selamat Hari-Hari di Hari Lahir Yang Ke-82








Maaf sebab saya berani wish jauh-jauh saja. Bak kata orang puteh. Secret Admirer. Walaupun entah anda baca ke tak baca ni. Mohon jangan kata saya sweet sebab saya tengah sweat masa tulis ni. 

heeee... srius... ;p


yang pemalu,

@hilmitempoyak

Kaji Selidik

ZULHILMI TEMPOYAK | 2.5.12 | 60 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum hadirin sekalian. Sila jawab salam tu dulu ye. 

Saya Mohamad Zulhilmi Zulkefli pelajar yang baik lagi comel ingin melakukan sedikit kaji selidik. Kaji selidik ini meliputi kehidupan seharian saya dan mungkin anda. Dan untuk pengetahuan saudara dan saudari, baik lagi comel itu orang yang kata dan saya hanya tulis saja. Mohon jangan komen bab itu dan sila terima dengan seadanya. hahahahahaahhaha....

Untuk menjawab kaji selidik ini anda perlu bayangkan yang ada tinggal di sebuah bilik di sebuah asrama. Asrama itu sangat cantik dan indah serta aman bahagia lagi makmur. Dan perlu diberitahu yang mana toilet di asrama terletak di hujung setiap aras dan secara berkongsi. 


Soalan kaji selidik saya adalah seperti berikut :

Apakah yang akan anda lakukan. Jika anda tengah melabur ditempat yang dikenali sebagai jamban dan sejurus selesai saja untuk basuh, tiada air dan hanya berbekalkan towel serta sabun yang dibawa :

a) Abaikan dengan pakai je towel dan keluar mencari ketenangan dengan melayari facebook dan laman penenang hati di blog-blog untuk melupakan ada benda tak dibasuh.

b) Keluar dan mencari air botol dengan perasaan ragu-ragu dan takut orang terperasan dengan bau. dan berharap masyarakat di paras anda tidak keluar bilik dan tidak berselisih dengan sesiapa semasa proses mencari air botol.

c) Koyak towel anda untuk diguna untuk mencalit pelaburan tersebut dan sental dengan sabun untuk hilangkan bau.

d) Jerit mintak tolong hingga satu paras dengar anda dalam kesusahan dalam jamban dengan harapan mereka akan panik dan tolong bukan gelak dan tak tertolong.

e) Kekeliruan hidup dan ada cadangan lain. Sila nyatakan  ________________________



yang kekeliruan,

@hilmitempoyak

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger