BERSIH

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.4.12 | 17 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Mengelap mata pagi hari. Melihat gambar dan video yang digembar-gemburkan dengan mengata PDRM salah, BERSIH salah dan semua salah. Jejari runcing giat menaip keyboard untuk mencari salah. sepuluh ribu satu kisah,  sepuluh ribu satu ceria,  sepuluh ribu satu  derita,  sepuluh ribu satu  media,  sepuluh ribu satu  gambar,  sepuluh ribu satu video dan masalah utama kita tak tahu mana satu yang nak percaya. Pengaruh politik menguasai jiwa. Sebab kita tidak semua kita di sana.

Sebelum itu mari kita duduk dan baca sejenak apa yang dituntut BERSIH 3.0 :

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Perlu ditekankan disini, rakyat yang hadir ke BERSIH bukanlah semua menyokong Ambiga tetapi menyokong bahawa perjuangan untuk mendapatkan negara yang semakin baik perlu untuk setiap rakyat Malaysia. Perlu diingat juga, A. Samad Said Sasterawan negara adalah Pengerusi bersama BERSIH.  Dan jika  ini di kata agenda pembangkang, mengapa ada pewakilan dari komponen kerajaan yang turut serta. Adakah dah lompat parti? 

Kenapa BERSIH 3.0 berlaku? semestinya disebabkan sebahagian rakyat yakin bahawa  tuntutan mereka dalam BERSIH 2.0 tidak dilihat dan ditangani secara serius. Bukan untuk menjatuhkan kerajaan lagikan pula menjatuhkan negara. Tetapi bersama-sama berusaha mewujudkan negara yang bukan membangun biasa tetapi membangun dan berwibawa.  Tidak kira siapa memerintah, anda merayu undi rakyat jadi perlu dengar kerisauan rakyat. Sejujurnya BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, mahupun BERSIH 3.0 sepatutnya dijadikan senjata oleh kerajaan untuk menawan hati rakyat kembali. 

Bukan senjata melawan rakyat. Tapi senjata untuk bangkit bersama rakyat dalam memerangi pemimpin yang penuh dengan korupsi dan taktik kotor dalam pemerintahan serta memantapkan institusi awam lebih dari pengurusan institusi swasta. InsyaAllah, aku yakin kerajaan mampu. Aku pun hairan dan tertanya-tanya bagaimana seorang yang pernah didakwa rasuah masih boleh memegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan. Sangat tidak boleh diterima akal. Sedangkan kita bukannya negara yang ketandusan nilai kepimpinan.

Apakah tidak cukup apa yang kerajaan bagi sebelum ini? Seperti yang telah aku nyatakan dalam isu sebelum ini sememangnya tidak cukup. Kita dikaburi dengan pembangunan semata-mata. Tak perlu berhujah tentang pembangunan kalau kemiskinan masih ada dan nilai agama kita sendiri suatu hari nanti akan tergadai. Lihat saja IFF dan sudah berapa lama agaknya kita tak dengar OIC yang sering Malaysia pengerusikan.

Mengapa demonstrasi? Tak ada cara lain ke? Bila huru-hara semua susah, orang awam yang rugi, bangunan rosak, KL jadi kotor, kecederaan, kerugian anggota keselamatan untuk berjaga di kawasan lain, dan kematian serta reputasi negara kita bagaimana? Sefaham aku, BERSIH kali ini nak duduk bantah bersama komuniti Malaysia di Dataran Merdeka. sekali lagi, duduk bantah. Tetapi tidak diberikan perluang untuk duduk bantah di Dataran Merdeka. Tapi kita lebih suka guna perkataan "kalau". Kalau macam ni, kalau macam tu. Kalau jadi tu. 


Perancangan awal untuk duduk bantah gagal sebab tak ada tempat duduklah terpaksa berdiri dan berjalan merata-rata. Dan point inilah yang digunakan untuk mencetuskan provokasi bagi rakyat yang suka tunjuk terer ketika dalam kumpulan padahal takut ketika kesorangan. Jika dibenarkan duduk dari perancangan awal, aku yakin penggunaan kakitangan keselamatan di kawasan tersebut hanyalah sekadar membantu rakyat untuk aliran lalu lintas, jualan air meningkat, tiada huru-hara, InsyaAllah tiada kecederaan dan kematian. Dan kebersihan KL... erkk... yang ini sukar diulas sebab dah memang budaya sebahagian dari kita malas mencari tong sampah. dan diteruskan dengan Reputasi negara meningkat kerana kita menentang habis-habisan budaya penipuan dalam pemilihan bukan sahaja di Malaysia malahan dunia. woooooowww.....

Jadi di mana suara rakyat akan kedengaran? Ada yang akan menjawab di peti undi dan ada yang menjawab dengan cara perbincangan. Apakah kita duduk duduk depan laptop dan terus mengkritik macam aku ni akan dapat perhatian dari kerajaan? Sukar sama sekali kan. Dengan cara undi? Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Tidak mungkin akan ada tuntutan 1 hingga 3 kan. Jadi di mana? terus senyap untuk biarkan mereka yang tak sepatutnya senyum gembira? Dengan cara berbincang? hmmmmm.....

"Apa BERSIH ni. Saya taknak korbankan keamanan negara tolonglah." - ayat yang mudah kita dapat dari laman sosial. ?Tapi sedar tak sedar, keamanan kita agak goyang dengan lambakan orang asing, pekerja asing dan belum lagi makhluk asing. Orang asing tu jugak bila naik ktm duduk senang lenang tapi kita berdiri kepanasan, orang asing tu jugak tak malu kacau anak dara bagi jadi keldai dadah, orang asing tu jugak  baru-baru ini nak rogol wanita warganegara, orang asing tu jugak yang meningkatkan statistik jenayah negara.   Indahnya Malaysia. Bakal berbilang warganegara. IC percuma? aku tak tau yang tu.


Aku sangat tertarik dengan debat KJ dan Ambiga tempoh hari di The MalayMail, KJ memang berani sebab tak ada lagi rasanya seorang dari kerajaan berani tampil kedepan dan berhujah begitu. Sememangnya hatiku tertambat dengan kenyataan KJ tetapi debat itu cuma lebih kepada hujah tanpa fakta. Debat itu juga lebih jelas menunjukkan kepincangan antara SPR dan JPN. Pengurusan tentang kematian dan alamat baru tidak sekata antara kedua pihak. Analisis dan semak daftar pengundi oleh pihak pembangkang hinggakan ada pengundi lebih dari usia 150. Dah boleh buat rekod dah tu. Jadi Dimana atau salah siapa?

Semasa menaip ni aku yakin bahawa sebenarnya Dataran Merdeka itu sebenarnya hanyalah tempat untuk couple berkumpul di malam hari. Sila la pergi kalau tak percaya.  Dan sememangnya konsert je masa untuk rakyat berkumpul kan? 

Aku teringin sangat nak dengar perkataan minta maaf dari pemimpin kita, contohnya la kan

"Minta maaf jika anda tidak berpuas hati dengan saya, saya tak dapat puaskan hati semua pihak, tapi saya berusaha sediakan yang terbaik untuk semua pihak."


"Minta maaf jika saya ada terlanjur kata, ingatkan saya kalau saya lupa yang berdiri saya hari ni hasil dari undi anda."
keyword minta maaf tu macam terasa rendah diri seorang pemimpin.
Maaf jika aku ada menguris hati mana-mana pihak. pendapat kita mungkin berbeza. tapi pemikiran dan niat kita sama. demi sayang dan  cintakan Agama, bangsa dan negara. Post di facebook tentang membersihkan rumah, bersihkan hati, bersihkan muka tidak cukup jika kita sekadar niat memandang rendah pandangan orang lain. Jeritlah komen anda disini. mungkin ada yang lebih nyata.

Kenapa aku tulis semua ni? Sebab panjang sikit karangan banding update di facebook. heee.... Harap maaf dan beri tunjuk ajar jika tersasul dan tersilap karang. Kerana aku juga manusia yang punya kesilapan dan hamba Allah seperti anda. 

*Pendapat ini mungkin akan diupdate lagi jika berlaku kelompangan.


Sekadar Pendapat. mohon jangan tibai saya. 

@hilmitempoyak




Assalamualaikum

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.4.12 | 40 Comments
Bismillahirahmanirahim...




Assalamualaikum
kum apa kumbang
bang apa bangku
ku apa kutu
tu apa tunang
nang apa nangka
ka apa kayu
yu apa yu bodoh

doh apa dohli
li apa limau
mau apa mau ni..??!!




tahukah anda. ini adalah seb-seb bom-bom. sampai hari ni aku tak tahu apa motif aku main benda ni masa aku kecik dulu sampai tingkatan lima dulu.

aku jugak baru perasan kenapa SPM aku dapat G9 dulu. ni semua sebab ada perkataan dohli yang aku sendiri jugak tak tahu sampai hari ni maksudnya.




yang kiut masa kecik,


@hilmitempoyak

PTPTN

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.4.12 | 45 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi yang indah. Suasana yang nyaman. Burung menyanyi keriangan. Dengan bangganya aku membuka facebook dan twitter. Ternyata topik hari semalam, dan hari ini serta mungkin beberapa hari ini adalah PTPTN bakal memenuhi timeline. Antara tahu dan tak tahu PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Satu badan yang menguruskan pinjaman rakyat Malaysia untuk meneruskan pengajian ke IPTA dan IPTS. Mungkin ramai yang akan terkejut sebab zulhilmi update tentang perkara yang lebih up to date kata orang puteh.

Merujuk isu yang penuh didada akhbar, tajuk utama blog berita semasa dan tidak akan diupdate blog hiburan iaitu "Mansuhkan PTPTN". Membincangkan isu mansuh PTPTN dari pelbagai sudut pelbagai pendapat dan pelbagai perahan idea adalah perlu bagi membantu kerajaan mahupun pembangkang untuk terus membangunkan negara. Pertama sekali perlu kita tahu maksud mansuh itu sendiri.
Merujuk kamus Dewan Bahasa Edisi ke empat - 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan
Aku adalah seorang pelajar IPTA, masih menuntut dan seorang peminjam PTPTN. Seorang warganegara yang layak mengundi dengan memiliki IC biru dan dibesarkan dikalangan masyarakat yang bertaraf hidup sederhana. Mungkin pendapat aku akan dibaca atau terbaca oleh pemimpin kita. Mungkin juga perbincangan pendapat antara kita rakyat bawahan. Mungkin juga hanya perasaan perasan aku. 

Aku tidak menyokong Memansuhkan PTPTN tetapi aku menyokong sepenuhnya jika diberi yuran Pengajian percuma di IPTA. Mengapa aku tidak menyokong memansuhkan PTPTN? Pertama sekali PTPTN itu adalah pilihan. Samaada kita sendiri memilih mahu berhutang atau tidak berhutang. Ya, aku yakin ada yang akan menyatakan tentang "kami orang susah, yuran terlalu mahal untuk kami jadi bagaimana kami mahu membayar yuran pengajian?". Perkara ini tidak dapat dijawab oleh aku, sebab kerajaan hari ini melaung-laung "kita negara maju banyak pembangunan telah dilakukan..". Adakah ini hanya laungan pembangunan tetapi rakyat diabaikan? Tepuk dada, tanya la jiran sebelah. Sebab itu aku menyokong Pengajian percuma di IPTA. Sekali lagi, IPTA. 

Pelajar hari ini agak diberi pelbagai peluang. Mengapa aku menyokong Yuran pengajian IPTA yang percuma? Kerana ia lebih munasabah berbanding mansuhkan PTPTN. Aku tekankan sekali lagi, jika dibandingkan dengan mansuhkan PTPTN. Sememang orang akan kata kita terlalu manjakan rakyat hari ini. Sampai semua nak percuma. Tak cukup lagi ke apa yang kerajaan bagi? Jawapannya tidak cukup, kalau dikatakan cukup tidak akan ada rompakan, samun hari-hari dan tidak akan ada pelajar yang tawar diri untuk jadi pelacur. Ehhh... ada ke sampai melacur tu? Pergi Star Hill jam 1 pagi. Ada jawapannya.

Tetapi apalah sangat dengan yuran IPTA percuma. Pelajar pasti berlumba-lumba nak masuk IPTA. Dan kalau melihat kepada kos sara hidup yang tinggi. Hari ini, sebagai pelajar kita perlu bersedia untuk bayaran asrama, makan, minum, kenderaan, prasarana rumah, pakaian, buku, bahan belajar, perkakas harian, bagi pelajar yang giat berpesatuan memerlukan belanja sampingan tak dijangka. Semuanya tidak ada yang percuma. 

Pemikiran hari ini, apabila masih menuntut, kita tidak terfikir sangat PTPTN itu adalah hutang. Hal ini adalah disebabkan kita tidak merasai seksanya untuk bayar balik hutang itu lagi. Dengan menyelesaikan hutang PTPTN pelajar sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan sememangnya akan mengembirakan pelajar. Siapa tak nak? Tetapi adakah berbaloi jika sebahagian penghutang PTPTN itu telah menggunakan hutang tersebut dengan membeli henfon baru, main boling, tonton wayang, belanja awek, clubbing dan makan mewah padahal kita sedia maklum itu adalah hutang. Sekali lagi ditegaskan disini bukan semua penghutang tapi sebahagian.  

Ada strategi yang mengatakan kita mampu untuk memansuhkan PTPTN. Aku juga yakin kita sememangnya mampu jika disebabkan ketirisan kewangan dalam pentadbiran hari ini. Sememangnya mampu dimansuhkan, tapi aku berpendapat, lebih elok kiranya dana itu digunakan kepada keseluruhan rakyat berbanding membiayai penghutang PTPTN. Lebih molek kiranya dana tersebut digunakan untuk membina syarikat mewujudkan pekerjaan, meningkatkan research base dari sudut kajian sains, meningkatkan taraf fasiliti pendidikan, tingkatkan kualiti pengangkutan awam, wujudkan tabung bantuan anak rakyat miskin untuk ke universiti, mewujudkan Badan Ahli Akademik yang lebih pakar dalam mengkaji haluan agenda baru negara. 

Mansuhkan caj perkhidmatan adalah lebih munasabah. Elok kiranya juga PTPTN ditukarkan konsep dengan memberi diskaun kepada pelajar. Mungkin mengikut cara MARA mengendalikan peminjam mereka. Konsep biasiswa dan konsep diskaun mengikut PNGK pelajar. Itu lebih meningkatkan persaingan antara pelajar dari sudut semangat belajar. Berbanding mengharapkan semuanya dibayar percuma sehingga makan minum juga dibayar dan diberi alasan, "kami pelajar...". Sedangkan kita sendiri mempunyai peluang untuk membuat part time seperti pelajar di luar negara.


Berhutang perlu dibayar. Andai sudah bergraduan ada yang bekerja ada yang jual anggur. Yang bekerja liat bayar tu masalah tanggungjawab. Yang jual anggur a.k.a menganggur tak mampu nak bayar antara masalah kurang peluang pekerjaan, terlalu memilih atau ketidakbolehpasaran graduan kita. 

Analoginya mudah hari ini, yang mana kita lebih melihat hendak bina penjara berbanding mencari kaedah bagaimana kita nak basmi dari penambahan penumpang penjara. Begitu juga PTPTN yang mana kita lebih melihat cara nak bayar berbanding bagaimana kita hendak mengelak dari meminjam PTPTN. PTPTN juga perlu sedar tentang pengangguran dan RM3000 gaji hari ini boleh juga ditarafkan sebagai miskin dengan harga jual beli yang menggila.


Di mana sebenarnya silap kita? 

1. Kurang dilatih dan diberi pengetahuan tentang budaya menabung dari kecil. Kesedaran untuk menabung hanya sedar bila sudah layak untuk belajar. Dapat surat tawaran baru fikir nak cekau duit dekat mana.

2. Dilatih berhutang melalui persekitaran. Dari kecil dok tengok parent hutang gelang, hutang beli karpet. Meluntur buluh biar dari rebungnya.

3. Tak tahu mana yang perlu, mana yang hendak. Sebab tengok orang ada. kita pun nak ada. Tapi hanya segelintir saja dari bahagian ini.

4. Harga minyak, harga gula, harga pakaian semua dibandingkan dengan negara-negara jiran dan serantau. Tapi pernah kita tengok kerajaan bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan serantau? u got what i mean kan. 


Kerajaan dilantik bukan untuk membangunkan negara sahaja, tetapi menyampaikan pengetahuan secukupnya kepada rakyat. Hari hari dada akhbar papar kelemahan lawan, kelemahan lawan dan kelemahan lawan. Asyik tunjuk kelemahan lawan, sampai lupa sendiri pun tak punya kelebihan. Bila kita tunjuk kelemahan lawan kita sebenarnya merasakan kita berada di bawah lawan kita tu. Tunjuk yang baik dan kelebihan kita itu kan lebih meyakinkan. Adakah kita berani berubah? Sekali la tepuk dada tanya jiran sebelah. Aku berani. Heee...  :)

Kenapa aku tulis semua ni? Sebab kita kan rakyat Malaysia. Kita la yang akan mendemokrasikannya. Harap maaf dan beri tunjuk ajar jika tersasul dan tersilap karang. Kerana aku juga manusia yang punya kesilapan dan hamba Allah seperti anda. 

*Pendapat ini mungkin akan diupdate lagi jika berlaku kelompangan.


Sekadar Pendapat mohon jangan tibai saya. 

@hilmitempoyak

tumpang komen

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.4.12 | 67 Comments
Bismillahirahmanirahim...

hehehe.. seperti biasa. ayat intro mesti. hmmm.. dah lama tak update blog ni. dah bersawang dah. Bukan sebab malas ye. tapi sebab tak rajin.

tak ada apa pon nak update. just this week nak komen kat blog orang ja. korang pernah tak dapat komen yang lain dari entry. selalu kan. kan. kan. sebab bukan semua orang yang rajin baca entry. most of them just akan ke shout box.

minggu ni komen panjang yang lain dari entry bakal menjelma di blog anda. Jadi jangan nak pelik sangat la kan. nantikan di blog anda. hehehe.. 

tapi kan. rindu lak kat awek-awek blogger. opssss... ;p


sabar ye. blog anda akan dikentut. so... jangan nak rindu sangat. heee..



yang komen.

@hilmitempoyak.
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger