ijazah ku tujuan ku

ZULHILMI TEMPOYAK | 29.3.12 | 40 Comments

Bismillahirahmanirahim..

hi saudari saudara cikabong-cikabong. 

Alhamdulillah. saya semakin sembuh. Luka-luka dah recover. Doktor kata sangat cepat. Just tulang bahu yang patah je tak cantum lagi. Terima kasih atas doa dan support anda ye. Ye la. anda dan anda. Siap ada yang sampai hantar msg kat fon. Rembat mana no aku tah la. heee...


Post kali ni aku nak share yang sebenarnya. Aku teringin sangat. Teringin sangat nak belajar semua kos kat universiti ni. Yela.. banyak jugak kelebihannya untuk strategi mengorat awek dan menjaga bakal bini kan. Tak de la forever alone macam hari ni. heee...
1. Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Sains Politik.
sebab aku nak analisis pengaruh cinta bakal bini aku. Lepas tu aku jadikan First Lady kat hati aku. Wahhh.. jiwang gitu.

2.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Undang-undang.
sebab aku nak bebaskan bakal bini aku. Bebas dari jiwa yang jiwang dan bau-bau hapak serta kotoran degil. Aku jugak nak membela bakal bini aku bila digosip oleh jiran-jiran nanti.


3.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan.
sebab aku nak bina rumah. Rumah tangga yang cantik. Dan... jimat sket lepas kawen nanti. Renovate rumah pakai tangan sendiri. Roboh pon tanggung sendiri. huhuhu...

4.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Perubatan.
sebab aku nak bedah hati bakal bini aku. Cuci gilap-gilap tampal gambar aku kat hati dia. Bagi aku sajalah kat hati dia.

5.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Kimia.
sebab aku nak cari chemistry. Ada tak kimia antara aku dan bini aku. Dan mungkin ngan orang lain. Kalau dah ada dengan orang lain. Bleh la tambah2 dan 3 lagi. Heee....



6.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Muzik.
sebab aku nak hiburkan hati. Yela.. kang dok rumah kena bebel dengan bini. Ada la jugak benda nak bagi happening sket.  

7.  Teringin aku nak belajar Ijazah SarjanaMuda Sastera.
rasa senang sket nak karang ayat mintak maaf bila gaduh nanti. Mungkin bleh terharu nages-nages masa mintak maaf.


Rasa macam panjang sangat lak aku tulis. 7 cukup kot untuk kali ni. Gambar diambil dari member aku yang super advance Mr. Google.


Tapi berapa banyak pun Ijazah yang aku belajar. Berapa banyak cinta yang aku kejar. Aku yakin yang aku perlu lebih bersedia untuk jadi Imam ketika solat bersama. Sebab cinta biar sampai ke syurga. ;D



Yang opsss... terjiwang.

@hilmitempoyak

itulah ujian

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.3.12 | 57 Comments
Bismillahirahmanirahim...

hai.. saudara saudari cikabong cikabong...

seminggu sudah berlalu. minggu ni paling aku tak komen kat blog korang sangat. sori la. memang saje pon biar korang rindu bangat sama aku. bukan saje atau secara tersengaja membuatkan korang sengaja rindu aku. sebenarnya.
aku telah diuji oleh PEMILIK aku. sebab aku makin lalai. dan sebab aku seronok dengan dunia.
wuaaaa...aku ingat lagi malam tu. aku jatuh terpelanting ke tengah jalan. disebabkan aku sedar aku kat tengah jalan aku cepat bangun dok kat tepi jalan sebelum dilenyek kenderaan lain. baring balik tepi jalan dalam keadaan pening. member kat belakang yang memang ikot dari belakang kutip barang yang baru dibeli di econsave. pastu siap ada yang buat lawak bagai. aku nak gelak gak. tapi ngah risau rusuk aku yang sakit.

suasana masa tu macam besa bila orang xcident walaupun aku xcident sorang-sorang. member aku yang bonceng aku pon ada jugak luka-luka. rakyat malaysia ni sangat caring. sampai lori treler yang panjang tu pon dok berhenti tanya. okay ke tak? disebabkan tu jem la sket roundabout bangi ni. meriah jugak.

kecederaan yang dialami menyebabkan terpaksa menganggu member aku yang tengah kusyuk main game kat bilik. sebab beliau memiliki kereta. kepakaran memandu beliau amatlah diperlukan. beliau membawa aku ke hospital serdang. semangat macam ayah-ayah sket. 

sampai saja di hospital. geram gak lambat sangat. tapi ujian kesabaran tu. aku disahkan dapat cuti 22 hari sebab bahu kiri patah. tisu rusuk kiri koyak. dan lain-lain minor injury macam luka luka calar balar cili bili culu bulu. tapi tak kena tahan wad der. then aku kena tido duduk malam tu. baju ngan seluar yang koyak rabak tak berani bukak. sakit oiiii.... pagi tu nak mandi kena gunting tros pakaian. 

ikhlas terima kasih kepada sahabat Mat Yo Futsal yang sangat membantu. tahan keta. tolong jaga lalu lintas. tolong jaga aku. tolong belikan makanan aku. menolak moto aku yang jem dan tak bertayar tu sejauh satu kilometer. wah... korang so sweet. heee...
Karya Adam Afiq Masyhura - sweet gak kadang-kadang

terima kasih jugak untuk kata-kata semangat dan kerisauan oleh member-member semua yang dekat dan yang jauh diperantauan. sampai Adam Afiq Masyhura tiba-tiba pandai edit gambar. panggilan telefon parent setiap hari. msg dari kawan dan awek-awek setiap hari. wall post facebook dari kawan dan awek-awek setiap hari. sori kalau tak tersebut nama ramai sangat. tapi u should know that i mean it. u are sooo... sweettt... heee..

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun." Surah Al-Baqarah : 156-157


lepas xcident tu aku sedar. Allah uji aku tapi meringankan. Pertama. motor yang elok tiba-tiba jem dan bawak dalam 50km/jam. tak disangka-sangka then terpelanting. Kedua. bila pusing roundabout sepatutnya jatuh ke bahagian kanan. tapi aku jatuh ke kiri. kalau aku jatuh ke kanan alamatnya kepala aku tau badan akan terkena divider maka kemungkinan kecederaan lagi terok. Ketiga. tiada kereta yang lalu masa tu. kalau ada mau digilis aku.


yang redha

@hilmitempoyak

bila awek pakai skirt pendek

ZULHILMI TEMPOYAK | 5.3.12 | 46 Comments
Bismillahirahmanirahim..


aku seronok sangat bila tengok awek-awek pakai skirt pendek. serius dengan bangganya aku mengaku walaupun hati ini malu. heee...




korang tau tak ada dua jenis pandangan yang lahir ikhlas dari hati aku.
pertama. pandangan nafsu.
membuak-buak la nafsu aku tengok awek pakai skirt pendek. sentiasa sangat mengharap skirt tu terselak. opsss... terlepas cakap pulak. hahahahaha..
kedua. pandangan kesian.
erk... pakai baju jenama pandani, cocodile, loes, tapi sayang kesian takde bajet nak beli kain labuh sket. sket je lagi. at least bagi tutop bulu kaki dah macam laki tu. please-please.. please sangat-sangat.

ish3... panasnya dunia.. jadi sedarlah wanita. dengan memakai skirt pendek, anda hanya mengundang cinta nafsu dan cinta kesian. tak lebih dari itu. cantik anda kepada orang ramai. jadi apa istimewanya suami anda. heee....

yang mengiurkan


@hilmitempoyak
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger