Bismillahirahmanirahim.
Sempena Ramadhan ni. Saya terdetik berkongsi satu ilmu baru kepada saudara saudari cikabong-cikabong. Saya Mohamad Zulhilmi Zulkefli yang sasa ini sebenarnya adalah seorang Pakar Perancang Kewangan Islam dari Takaful eTiQa. Sebelum itu elok saya dahulukan dengan ucapan ikhlas maaf jika ada yang tersinggung dengan ayat-ayat manis yang bakal ditulis, dikarang dan dikenang.
Jika pengalaman menjadi hidup menjadi ukuran, mungkin pada usia 22 tahun ni saya tetap kurang makan garam dari kalangan anda. Ini mungkin disebabkan saya lebih suka makan gula. Hal ini juga mungkin ramai akan meragui dengan apa layaknya saya.
Apa yang sebenarnya membuat saya terdetik sangat untuk berkongsi adalah bermula dengan kisah biasa. Yang mana baru-baru ni ada seorang hamba Allah datang ketuk pagar rumah saya di Pandan Perdana. Membawa beberapa naskah Yassin lusuh untuk dapatkan sumbangan dari masyarakat untuk sesuap nasi dia dan keluarga. Hamba Allah ini seorang lelaki berumur 19 tahun dan memiliki beberapa adik dan ibu untuk disara.
Setelah sembang punya sembang, hamba Allah ni sebenarnya baru kematian bapa. Sebelum ni dia dan sekeluarga memang miskin tetap masih tinggal di dalam rumah. Tetapi setelah kematian bapa, dia makin miskin dan terpaksa tinggal di bawah jambatan sekitar cheras. Samaada benar atau bohong, itu urusan dia dengan Allah.
Apabila di tanya kenapa tak cari kerja kilang sedangkan muda lagi? Jawapannya kalau gaji ikut bulan, hari-hari dia dengan keluarga nak makan apa. Jadi dia terpaksa cuci pinggan, kereta, potong rumput yang mana gaji hari demi sesuap nasi. Kadang-kadang ada kerja. kadang-kadang tak terduga. Terdetik dalam hati saya. Bagaimana jika orang yang saya kenal berada di tempat hamba Allah tu? Bayangkan kita yang masih berpeluang ni. Waallahualam…
Saya harap anda faham apa yang hendak saya sampaikan di atas. Sebahagian masyarakat menolak takaful dengan alasan tiada bajet, buat-buat ada takaful, tak nampak apa kebaikannya, dan yang paling best “Ini semua tipu ja ni. Nak makan duit orang”. Bukan mengeluh tapi kami di sini sedih disebabkan kami tidak dapat bantu orang yang lebih memerlukan. Hmmm… ayat pun macam pancing kan. Tapi inilah realiti.
Bila bayar dapat apa tah kan? Analoginya mudah, jika hari-hari anda beli dan makan gula-gula 20 sen dengan gaji anda RM500. Anda memang dapat rasa manisnya hari-hari dan anda tak terasa langsung bila keluarkan 20 sen tu. Tapi hari hari tu tetap ada pahitnya bila anda disahkan menghidap kencing manis. Hmmm.. manis jugak lah tu.
Berbanding takaful yang anda sumbang. Bukan bayar ye, sumbang. Yang mana hari-hari memang tak rasa manisnya. Yela asyik sumbang-sumbang bila nak dapat kan. Tapi bila berlaku musibah, adakah gaji anda akan dapat bantu anda sepenuhnya? Di sini lah fungsi takaful membantu meringan kan bebanan anda dari tabung tabaru`. Perlu di ingat, musibah bukan saja kematian ye. Kecacatan ataupun hilang upaya kekal ataupun penyakit yang menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan beribu ringgit hanya untuk ubat dan beribu ringgit untuk pembedahan.
Bagi yang memberi alasan tentang bajet. Andaikan esok majikan anda akan kurangkan gaji anda RM200 disebabkan masalah kewangan syarikat. Adakah anda akan tetap bekerja atau terus masa itu jugak berhenti dan cari kerja lain? Tidak bukan? Anda mesti mengambil masa sekurang-kurangnya minima 2 ke 3 bulan untuk kerja baru. Aik… boleh pulak hidup walaupun dah kurang RM200? Akal terbaik akan mencari jalan. Disini salah satu persimpangannya.
Saya hanya berkongsi apa yang patut dikongsi. Salah silap jangan dicaci kepada insan yang sehensem ini. Bersedia untuk menjadi sebahagian dari kami...?? heee....
Entah ada orang baca ke tak entry panjang berjela ni. Hahahaha…. Entry ini akan di update dari semasa ke semasa ye. Maaf kalau ada yang terasa atau tersilap tulis. Ringkas je ni. Heee....
pemahaman..?? 0193030738. :D
pemahaman..?? 0193030738. :D
Yang ingin bercerita
@hilmitempoyak