PTPTN

ZULHILMI TEMPOYAK | 15.4.12 | 45 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi yang indah. Suasana yang nyaman. Burung menyanyi keriangan. Dengan bangganya aku membuka facebook dan twitter. Ternyata topik hari semalam, dan hari ini serta mungkin beberapa hari ini adalah PTPTN bakal memenuhi timeline. Antara tahu dan tak tahu PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Satu badan yang menguruskan pinjaman rakyat Malaysia untuk meneruskan pengajian ke IPTA dan IPTS. Mungkin ramai yang akan terkejut sebab zulhilmi update tentang perkara yang lebih up to date kata orang puteh.

Merujuk isu yang penuh didada akhbar, tajuk utama blog berita semasa dan tidak akan diupdate blog hiburan iaitu "Mansuhkan PTPTN". Membincangkan isu mansuh PTPTN dari pelbagai sudut pelbagai pendapat dan pelbagai perahan idea adalah perlu bagi membantu kerajaan mahupun pembangkang untuk terus membangunkan negara. Pertama sekali perlu kita tahu maksud mansuh itu sendiri.
Merujuk kamus Dewan Bahasa Edisi ke empat - 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan
Aku adalah seorang pelajar IPTA, masih menuntut dan seorang peminjam PTPTN. Seorang warganegara yang layak mengundi dengan memiliki IC biru dan dibesarkan dikalangan masyarakat yang bertaraf hidup sederhana. Mungkin pendapat aku akan dibaca atau terbaca oleh pemimpin kita. Mungkin juga perbincangan pendapat antara kita rakyat bawahan. Mungkin juga hanya perasaan perasan aku. 

Aku tidak menyokong Memansuhkan PTPTN tetapi aku menyokong sepenuhnya jika diberi yuran Pengajian percuma di IPTA. Mengapa aku tidak menyokong memansuhkan PTPTN? Pertama sekali PTPTN itu adalah pilihan. Samaada kita sendiri memilih mahu berhutang atau tidak berhutang. Ya, aku yakin ada yang akan menyatakan tentang "kami orang susah, yuran terlalu mahal untuk kami jadi bagaimana kami mahu membayar yuran pengajian?". Perkara ini tidak dapat dijawab oleh aku, sebab kerajaan hari ini melaung-laung "kita negara maju banyak pembangunan telah dilakukan..". Adakah ini hanya laungan pembangunan tetapi rakyat diabaikan? Tepuk dada, tanya la jiran sebelah. Sebab itu aku menyokong Pengajian percuma di IPTA. Sekali lagi, IPTA. 

Pelajar hari ini agak diberi pelbagai peluang. Mengapa aku menyokong Yuran pengajian IPTA yang percuma? Kerana ia lebih munasabah berbanding mansuhkan PTPTN. Aku tekankan sekali lagi, jika dibandingkan dengan mansuhkan PTPTN. Sememang orang akan kata kita terlalu manjakan rakyat hari ini. Sampai semua nak percuma. Tak cukup lagi ke apa yang kerajaan bagi? Jawapannya tidak cukup, kalau dikatakan cukup tidak akan ada rompakan, samun hari-hari dan tidak akan ada pelajar yang tawar diri untuk jadi pelacur. Ehhh... ada ke sampai melacur tu? Pergi Star Hill jam 1 pagi. Ada jawapannya.

Tetapi apalah sangat dengan yuran IPTA percuma. Pelajar pasti berlumba-lumba nak masuk IPTA. Dan kalau melihat kepada kos sara hidup yang tinggi. Hari ini, sebagai pelajar kita perlu bersedia untuk bayaran asrama, makan, minum, kenderaan, prasarana rumah, pakaian, buku, bahan belajar, perkakas harian, bagi pelajar yang giat berpesatuan memerlukan belanja sampingan tak dijangka. Semuanya tidak ada yang percuma. 

Pemikiran hari ini, apabila masih menuntut, kita tidak terfikir sangat PTPTN itu adalah hutang. Hal ini adalah disebabkan kita tidak merasai seksanya untuk bayar balik hutang itu lagi. Dengan menyelesaikan hutang PTPTN pelajar sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan sememangnya akan mengembirakan pelajar. Siapa tak nak? Tetapi adakah berbaloi jika sebahagian penghutang PTPTN itu telah menggunakan hutang tersebut dengan membeli henfon baru, main boling, tonton wayang, belanja awek, clubbing dan makan mewah padahal kita sedia maklum itu adalah hutang. Sekali lagi ditegaskan disini bukan semua penghutang tapi sebahagian.  

Ada strategi yang mengatakan kita mampu untuk memansuhkan PTPTN. Aku juga yakin kita sememangnya mampu jika disebabkan ketirisan kewangan dalam pentadbiran hari ini. Sememangnya mampu dimansuhkan, tapi aku berpendapat, lebih elok kiranya dana itu digunakan kepada keseluruhan rakyat berbanding membiayai penghutang PTPTN. Lebih molek kiranya dana tersebut digunakan untuk membina syarikat mewujudkan pekerjaan, meningkatkan research base dari sudut kajian sains, meningkatkan taraf fasiliti pendidikan, tingkatkan kualiti pengangkutan awam, wujudkan tabung bantuan anak rakyat miskin untuk ke universiti, mewujudkan Badan Ahli Akademik yang lebih pakar dalam mengkaji haluan agenda baru negara. 

Mansuhkan caj perkhidmatan adalah lebih munasabah. Elok kiranya juga PTPTN ditukarkan konsep dengan memberi diskaun kepada pelajar. Mungkin mengikut cara MARA mengendalikan peminjam mereka. Konsep biasiswa dan konsep diskaun mengikut PNGK pelajar. Itu lebih meningkatkan persaingan antara pelajar dari sudut semangat belajar. Berbanding mengharapkan semuanya dibayar percuma sehingga makan minum juga dibayar dan diberi alasan, "kami pelajar...". Sedangkan kita sendiri mempunyai peluang untuk membuat part time seperti pelajar di luar negara.


Berhutang perlu dibayar. Andai sudah bergraduan ada yang bekerja ada yang jual anggur. Yang bekerja liat bayar tu masalah tanggungjawab. Yang jual anggur a.k.a menganggur tak mampu nak bayar antara masalah kurang peluang pekerjaan, terlalu memilih atau ketidakbolehpasaran graduan kita. 

Analoginya mudah hari ini, yang mana kita lebih melihat hendak bina penjara berbanding mencari kaedah bagaimana kita nak basmi dari penambahan penumpang penjara. Begitu juga PTPTN yang mana kita lebih melihat cara nak bayar berbanding bagaimana kita hendak mengelak dari meminjam PTPTN. PTPTN juga perlu sedar tentang pengangguran dan RM3000 gaji hari ini boleh juga ditarafkan sebagai miskin dengan harga jual beli yang menggila.


Di mana sebenarnya silap kita? 

1. Kurang dilatih dan diberi pengetahuan tentang budaya menabung dari kecil. Kesedaran untuk menabung hanya sedar bila sudah layak untuk belajar. Dapat surat tawaran baru fikir nak cekau duit dekat mana.

2. Dilatih berhutang melalui persekitaran. Dari kecil dok tengok parent hutang gelang, hutang beli karpet. Meluntur buluh biar dari rebungnya.

3. Tak tahu mana yang perlu, mana yang hendak. Sebab tengok orang ada. kita pun nak ada. Tapi hanya segelintir saja dari bahagian ini.

4. Harga minyak, harga gula, harga pakaian semua dibandingkan dengan negara-negara jiran dan serantau. Tapi pernah kita tengok kerajaan bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan serantau? u got what i mean kan. 


Kerajaan dilantik bukan untuk membangunkan negara sahaja, tetapi menyampaikan pengetahuan secukupnya kepada rakyat. Hari hari dada akhbar papar kelemahan lawan, kelemahan lawan dan kelemahan lawan. Asyik tunjuk kelemahan lawan, sampai lupa sendiri pun tak punya kelebihan. Bila kita tunjuk kelemahan lawan kita sebenarnya merasakan kita berada di bawah lawan kita tu. Tunjuk yang baik dan kelebihan kita itu kan lebih meyakinkan. Adakah kita berani berubah? Sekali la tepuk dada tanya jiran sebelah. Aku berani. Heee...  :)

Kenapa aku tulis semua ni? Sebab kita kan rakyat Malaysia. Kita la yang akan mendemokrasikannya. Harap maaf dan beri tunjuk ajar jika tersasul dan tersilap karang. Kerana aku juga manusia yang punya kesilapan dan hamba Allah seperti anda. 

*Pendapat ini mungkin akan diupdate lagi jika berlaku kelompangan.


Sekadar Pendapat mohon jangan tibai saya. 

@hilmitempoyak

45 comments:

  1. Setuju dengan pendapat anda, ptptn adalah pilihan. Kita perlu ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete
  2. yuppp... kalau mansuh teruk sgt lah... tukar kan pada plan lain kan...

    ReplyDelete
  3. kalo potong riba tu pon dah cukup. kalo mansuh lagi lah cukup cukup sgt

    ReplyDelete
  4. rasanya pengajian percuma di IPTA tak relevan sgt kot.
    sb kos yuran dy lebeh rendah dri ipts.
    kire berbaloi.
    ce cari mana mana negara pelosok dunia yang bagi pendidikan free 100%

    ReplyDelete
  5. free higher education? bukti rakyat semakin manja!

    ReplyDelete
  6. astaghfirullah halazim ! nak mansuhkan ptptn ? maya ni dah la orang sederhana...

    tak perlu ubah... cuma pastukan orang bayar balik. itu sahaja. sekarang dah baik dah.. orang yang dah pinjam tu taknak bayar.

    ReplyDelete
  7. aku rase klu bole diberikan pendidikan percuma pun x m'gapa..m'gkin s'gelinter tu blum merasa pebyrn balik ptptn.. aku berikn cnth dgn gaji permulaan RM2500..tolak duit rumah sewa RM300, duti kereta RM500 dan duit belanja 500...tu belum masuk duit mnyk keta..duit nk blik kmpung klu cuti, sakit..dan lain-lain emergency expenses..aku ni bkn pmjm ptptn tp aku dpt merasakan kesusahn t'sebut..ni blum lg ckup GST y akan d'perkenlkn mampus lps tu..

    ReplyDelete
  8. untunglah byk duittt.. mansuhkan ptptn.. KAN..

    bolat msuk half swasta,half krjaan.. =.=

    ptptn dpt rase pun rm100.. lain2 dh byar yuran

    ReplyDelete
  9. nak sokong komen Wadi AR. woot2

    ReplyDelete
  10. " Harga minyak, harga gula, harga pakaian semua dibandingkan dengan negara-negara jiran dan serantau. Tapi pernah kita tengok kerajaan bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan serantau? "


    Part ni aku sokong.. ikutkan gaji pekerja Malaysia lagi rendah dr gaji pekerja luar negara. Thats why byk rakyat malaysia yang berkerja taraf professional tukar kerakyatan sanggup jd penduduk negara lain bekerja di negara asing sebab gaji lumayan..

    ReplyDelete
  11. kalau nak mansuhkan PTPTN,habislah duit Malaysia ni.agak2 la kan tp jgn sampai mansuh PTPTN.majoriti semua mahasiswa/siswi pinjam, yang tak bayar tu usahalah jugak bayarnya.yuran pengajian IPTA percuma?agak kurang setuju.

    ReplyDelete
  12. xlogik je nak mansuh kan.
    hutang tetap hutang.
    err,kdg menabung beb.cuma bila kos
    itu mhl mmg xde pilihan selain ptptn
    72k woi.xpe lah.ni propa lbh je nak
    mansuh.

    "Sekadar Pendapat mohon jangan tibai saya. " hahahaha

    ReplyDelete
  13. kalau segala faedah tu dipotong ok lah tak beban sgt, tapi nak mansuh kan mcm tak logik giler....lagi pun dah nama nya HUTANG. mesti dibayar dan dilunaskan.

    nanti tak pasal2 bila ke alam roh tersangkut kat tgh2 jalan. lagi haru

    sekadar pandangan
    salam kenal bro

    ReplyDelete
  14. okey zulhilmi kiut !!! :) huhu..


    bdw, sy dulu pown pinjam PTPTN..almaklumla kita bukan orang kaya kn..hehe..memansuhkan??..saye tidak setuju !!

    ReplyDelete
  15. sya tidak thu apa2 brkaitan ptptn sbb dlm pinjaman mara. mungkin sma kot dlm kalangan org berhutang.

    ReplyDelete
  16. terima sudi singgah dan komen kat blog aku. anyway aku dah follow sini :D

    ReplyDelete
  17. sebenarnya mmg xlogik langsung nak mansuhkan ptptn tu.. pelik2 je manusia zaman sekarang ni. dh pinjam tu pandai2 la ganti. sekarang ni pun kerajaan dh kurangkan interest ptptn. melebih la pulak sampai nak mansuhkan. dh belajar guna duit rakyat, nak sedap2 free lak. lainlah kalau pandai sgt tahap gaban. haa yg tu mmg boleh bg free. betul idok?

    ReplyDelete
  18. keputusan yang dibuat ada baik dan ada buruknya. arghh risau pula dengan negara zaman kini

    ReplyDelete
  19. kiutnya zulhilmi ni. huahaha

    kalau ptptn mansuh habis nak belajar nak carik duit kat mana.. yuran dah la mahal.. kalau parents org senang sikit takpe.. ni kalau yg susah tu, pakat tak sambung belajar, pakat takde orang pandai2 lah kat malaysia ni.. tak maju jugak..

    ReplyDelete
  20. "sekadar pandangan jgn tibaisaya" hihi :DD

    ReplyDelete
  21. sangat setuju dengan pendapat awk..actually memang PTPTN tu solution yg bagus utk mereka yg continue study, tp lg bgus if kite mansuhkan yuran pengajian di IPTA.sebab pendapatan kite bukan banyak pon nak bayar utg PTPTN n lain2 keperluan. Alhamdulillah saya bukan peminjam PTPTN, n disupport sepenuhnye olh MARA..:)

    ReplyDelete
  22. Ini lah yang terbaik dari posisi pelajar yang berkepimpinan. Melihat dari sisinya, lebih keterbukaan dan menyingkap segenap aspek yang dicadangkan. Please. Do spread your words sebab kita yang bakal "menyedarkan" rakyat dari tidur dan teus dibuai mimpi.

    ReplyDelete
  23. tak brape stuju mansuhkan ptptn. lagi setuju mansuhkan caj perkhidmtn. student byr skdr y dipinjam. sebab mmg tujuannye ptptn tu dipnjam utk truskn pngjian. ataupun caj ikut islam.wallahualam =)

    ReplyDelete
  24. hyeee..;p

    panjangnya biodata awk..sy mls nk tulis kat sini..lain kali je la yea..;p

    heee..ehemmm bab ptptn ni kalo rs mampu xyah la amik..huuu..pastu gunakan duit y dpt tu sebaiknya...bkn beli hp..huu..psl mansuhkan smua ni kesian org y btol2 perlukan tu...

    ReplyDelete
  25. PTPTN banyak membantu student berjaya abiskan study.kalau nak mansuhkan PTPTN agak tak patut sebab akan membebankan student untuk bayar yuran dan perbelanjaan study.Betul juga tu kalau mansuhkan PTPTN,mansuhkan juga yuran.^__^

    ReplyDelete
  26. aku sokong kalau Mat Sentul dihidupkan balik seandainya PTPTN dihapuskan. Aku dah bnyak kali dapat surat mahkamah pasal kes PTPTN ni ngan kes sekandel aku ngan Rozita Che Wan. Ada aku bayar RM1000 haritu.. senyap la sekejap

    ReplyDelete
  27. Taktahu nak cakap apa kat sini. Panjang sangat tulisnya. So buat-buat paham je lah *sambil angguk-angguk. Haha :D

    ReplyDelete
  28. Salam, seperti inilah yang kita cari, bukan yang tak sedar diri :D

    Di German, yuran pembelajaran tertiary education adalah percuma.

    Fakta, ramai pelajar yang meminjam dari PTPTN tidak sedar yang mereka meminjam. Bukti terlalu banyak, boleh lihat keadaan sekeliling.

    Saya sangat menyokong cadangan untuk memansuhkan yuran di IPTA. Kerana masih banyak lagi kos yang lain perlu ditanggung oleh pelajar. Tentunya ada beberapa implikasi yang negatif kepada akademik dan sebagainya. Peraturan ke universiti perlu diketatkan. Pengalaman di Germany, walaupun yuran pengajian percuma, pelajar sangat berdikari dan kebanyakannya mempunyai pekerjaan sampingan kerana ibubapa tidak tanggung anak-anak mereka sepenuhnya selepas mencapai sesuatu tahap umur. Tidak timbul isu penurunan pencapaian akademik yang serius di sana.

    Syarat kelulusan jumlah pinjaman PTPTN perlu diperketatkan lagi berdasarkan beberapa kriteria-kriteria pelajar. Berapa yang mereka PERLUkan? Ada beza antara kehendak dan keperluan.

    Fakta, rakyat Malaysia tidak peka tentang ekonomi negara sendiri. Interest rate? GDP Growth? None. Mungkin agenda busuk kerajaan?

    Kesimpulannya, remaja sekarang ditatah seperti berlian. Buktinya, sibuk dengan fesyen, social life, berbanding isu semasa. Tak mengira gender. Remaja sekarang perlu berfikiran kritis dan terbuka dalam isu politik dan isu semasa.

    Komentar di sini pun seperti tak habis baca entry :D maaf kalau terasa :D

    ReplyDelete
  29. mmg sgt nice lah zul! thumbs up utk entry nie

    tp btl laa bila pinjam org yg pinjam kene igt byr blk yg die pinjam

    yg yuran pengajian tu mmg sgt best klu dimansuhkan

    atau lg bagusnya kalau kerajaan mansuhkan interest tu sgt sgt sgt sgt setuju..bape byk pinjam byk tu jgk byr balik.

    -pelajar yg pinjam PT- -.-'

    ReplyDelete
  30. PTPTN tu aku harap mansuh riba jeh. tu jeh. >.<

    ReplyDelete
  31. ek? sini sana ptptn ni hahaha.
    Biarlah kerajaan urusskan segalanya.. mereka tahu ape yang terbaik. Kita hanya dapat memberikan pendapat bernas kite. harap termakbul la doa kite :3

    ReplyDelete
  32. setuju dgn pendapat oki!!

    eh, nak guna duit rakyat free?? JPA kan ada. mintak la.. peace!

    ReplyDelete
  33. suka entry zulhilmi yang ni.. mmg best bro!! Nice one!

    ReplyDelete
  34. Lat'z blajar tak samapi masuk U tp dapat juga kerja dgn goverment..nasib tak maasuk U sbb tiada pinjaman PTPTN dibuat..kazen Lat'z ada pinjam PTPTN, tak habis blajar sbb pregnant lalu kawin..sampai sekarang masih berhutang dgn PTPTN tp dapat juga kerja govement..O.o

    ReplyDelete
  35. lau dorg mansuhkan, mcm mane laa org yg xseberapa tu nk smbg blaja.. hmmm

    ReplyDelete
  36. menggatal dengan tempoyak ?hahahah XD
    btw follow sini :)

    ReplyDelete
  37. saya setuju dengan pendapat awak.sy tak kisah nak bayar ptptn yg dah sy gunakan cuma tak perlu nak ade caj perkhidmatan.dan saya jugak sokong dengan pendidikan percuma tu.

    ReplyDelete
  38. taktau nak cakap apa.
    sebab chemay tak ditanggung oleh ptptn untuk belajar.
    chemay fully support by KKM.
    syukur sangat sebab tak perlu nak berhutang2.
    if mati satu hari nanti pon.
    takde lah seksa dalam kubur sebab hutang tak habis bayar.
    :)

    ReplyDelete
  39. nice entry. sokong dengan pendapat kamoo.

    ReplyDelete
  40. thanks for all of ur supportive comment.

    we hope and we pray that government will read all the comment and know what citizen need not what they need.

    InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  41. Balik pada asal. Macam ustad saye kate, pinjaman boleh diubah. Zaman dia blaja dulu, pinjam 16K, bayar 20% je, jadi 4K.

    ReplyDelete
  42. setuju dengan kau sebab PTPTN hanya PILIHAN dan kita yang pilih. PTPTN habis kat sara hidup sebagai pelajar sebenarnya...dan lagi satu HUTANG kena BAYAR mana boleh MANSUH melainkan "kau halalkan jelah hutang aku tu...." ratusan juta boleh lupus inikan pula puluh ribu-ribuankannn.HAHA. errr...tapi aku pilih bayar balik sebab hutang aku kan aku yang PINJAM.

    ReplyDelete
  43. Kos PTPTN ujrah 1% adalah riba-saya harap ada individu atau kumpulan dapat anjurkan tunjuk perasaan bantah riba ini.Inilah dosa2 dan kesan riba

    http://www.lamanunitamanah.com/dahsyatnya-dosa-riba/

    http://yanty82.blogspot.com/2008/11/dosa-riba.html

    ReplyDelete
  44. Stju.
    Hanya mrka yg benar2 susah je fhm bgmn bratnya nk byr htg ptptn. Duk brmewah? Mana ada. Nk mkn pn kena jimat2. E2 yg lgsg xdbntu oleh ssiapa.
    Krjn mampu bg pndidikan percuma. Hrp tiada ktirisan lg dlm dana kewangan Msia.

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger