BERSIH
29.4.12
Bismillahirahmanirahim...
Mengelap mata pagi hari. Melihat gambar dan video yang digembar-gemburkan dengan mengata PDRM salah, BERSIH salah dan semua salah. Jejari runcing giat menaip keyboard untuk mencari salah. sepuluh ribu satu kisah,
sepuluh ribu satu ceria,
sepuluh ribu satu derita,
sepuluh ribu satu media,
sepuluh ribu satu gambar,
sepuluh ribu satu video dan masalah utama kita tak tahu mana satu yang nak percaya. Pengaruh politik menguasai jiwa. Sebab kita tidak semua kita di sana.
Sebelum itu mari kita duduk dan baca sejenak apa yang dituntut BERSIH 3.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Perlu ditekankan disini, rakyat yang hadir ke BERSIH bukanlah semua menyokong Ambiga tetapi menyokong bahawa perjuangan untuk mendapatkan negara yang semakin baik perlu untuk setiap rakyat Malaysia. Perlu diingat juga, A. Samad Said Sasterawan negara adalah Pengerusi bersama BERSIH. Dan jika ini di kata agenda pembangkang, mengapa ada pewakilan dari komponen kerajaan yang turut serta. Adakah dah lompat parti?
Kenapa BERSIH 3.0 berlaku? semestinya disebabkan sebahagian rakyat yakin bahawa tuntutan mereka dalam BERSIH 2.0 tidak dilihat dan ditangani secara serius. Bukan untuk menjatuhkan kerajaan lagikan pula menjatuhkan negara. Tetapi bersama-sama berusaha mewujudkan negara yang bukan membangun biasa tetapi membangun dan berwibawa. Tidak kira siapa memerintah, anda merayu undi rakyat jadi perlu dengar kerisauan rakyat. Sejujurnya BERSIH 1.0, BERSIH 2.0, mahupun BERSIH 3.0 sepatutnya dijadikan senjata oleh kerajaan untuk menawan hati rakyat kembali.
Bukan senjata melawan rakyat. Tapi senjata untuk bangkit bersama rakyat dalam memerangi pemimpin yang penuh dengan korupsi dan taktik kotor dalam pemerintahan serta memantapkan institusi awam lebih dari pengurusan institusi swasta. InsyaAllah, aku yakin kerajaan mampu. Aku pun hairan dan tertanya-tanya bagaimana seorang yang pernah didakwa rasuah masih boleh memegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan. Sangat tidak boleh diterima akal. Sedangkan kita bukannya negara yang ketandusan nilai kepimpinan.
Apakah tidak cukup apa yang kerajaan bagi sebelum ini? Seperti yang telah aku nyatakan dalam isu sebelum ini sememangnya tidak cukup. Kita dikaburi dengan pembangunan semata-mata. Tak perlu berhujah tentang pembangunan kalau kemiskinan masih ada dan nilai agama kita sendiri suatu hari nanti akan tergadai. Lihat saja IFF dan sudah berapa lama agaknya kita tak dengar OIC yang sering Malaysia pengerusikan.
Mengapa demonstrasi? Tak ada cara lain ke? Bila huru-hara semua susah, orang awam yang rugi, bangunan rosak, KL jadi kotor, kecederaan, kerugian anggota keselamatan untuk berjaga di kawasan lain, dan kematian serta reputasi negara kita bagaimana? Sefaham aku, BERSIH kali ini nak duduk bantah bersama komuniti Malaysia di Dataran Merdeka. sekali lagi, duduk bantah. Tetapi tidak diberikan perluang untuk duduk bantah di Dataran Merdeka. Tapi kita lebih suka guna perkataan "kalau". Kalau macam ni, kalau macam tu. Kalau jadi tu.
Perancangan awal untuk duduk bantah gagal sebab tak ada tempat duduklah terpaksa berdiri dan berjalan merata-rata. Dan point inilah yang digunakan untuk mencetuskan provokasi bagi rakyat yang suka tunjuk terer ketika dalam kumpulan padahal takut ketika kesorangan. Jika dibenarkan duduk dari perancangan awal, aku yakin penggunaan kakitangan keselamatan di kawasan tersebut hanyalah sekadar membantu rakyat untuk aliran lalu lintas, jualan air meningkat, tiada huru-hara, InsyaAllah tiada kecederaan dan kematian. Dan kebersihan KL... erkk... yang ini sukar diulas sebab dah memang budaya sebahagian dari kita malas mencari tong sampah. dan diteruskan dengan Reputasi negara meningkat kerana kita menentang habis-habisan budaya penipuan dalam pemilihan bukan sahaja di Malaysia malahan dunia. woooooowww.....
Perancangan awal untuk duduk bantah gagal sebab tak ada tempat duduklah terpaksa berdiri dan berjalan merata-rata. Dan point inilah yang digunakan untuk mencetuskan provokasi bagi rakyat yang suka tunjuk terer ketika dalam kumpulan padahal takut ketika kesorangan. Jika dibenarkan duduk dari perancangan awal, aku yakin penggunaan kakitangan keselamatan di kawasan tersebut hanyalah sekadar membantu rakyat untuk aliran lalu lintas, jualan air meningkat, tiada huru-hara, InsyaAllah tiada kecederaan dan kematian. Dan kebersihan KL... erkk... yang ini sukar diulas sebab dah memang budaya sebahagian dari kita malas mencari tong sampah. dan diteruskan dengan Reputasi negara meningkat kerana kita menentang habis-habisan budaya penipuan dalam pemilihan bukan sahaja di Malaysia malahan dunia. woooooowww.....
Jadi di mana suara rakyat akan kedengaran? Ada yang akan menjawab di peti undi dan ada yang menjawab dengan cara perbincangan. Apakah kita duduk duduk depan laptop dan terus mengkritik macam aku ni akan dapat perhatian dari kerajaan? Sukar sama sekali kan. Dengan cara undi? Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Tidak mungkin akan ada tuntutan 1 hingga 3 kan. Jadi di mana? terus senyap untuk biarkan mereka yang tak sepatutnya senyum gembira? Dengan cara berbincang? hmmmmm.....
"Apa BERSIH ni. Saya taknak korbankan keamanan negara tolonglah." - ayat yang mudah kita dapat dari laman sosial. ?Tapi sedar tak sedar, keamanan kita agak goyang dengan lambakan orang asing, pekerja asing dan belum lagi makhluk asing. Orang asing tu jugak bila naik ktm duduk senang lenang tapi kita berdiri kepanasan, orang asing tu jugak tak malu kacau anak dara bagi jadi keldai dadah, orang asing tu jugak baru-baru ini nak rogol wanita warganegara, orang asing tu jugak yang meningkatkan statistik jenayah negara. Indahnya Malaysia. Bakal berbilang warganegara. IC percuma? aku tak tau yang tu.
Aku sangat tertarik dengan debat KJ dan Ambiga tempoh hari di The MalayMail, KJ memang berani sebab tak ada lagi rasanya seorang dari kerajaan berani tampil kedepan dan berhujah begitu. Sememangnya hatiku tertambat dengan kenyataan KJ tetapi debat itu cuma lebih kepada hujah tanpa fakta. Debat itu juga lebih jelas menunjukkan kepincangan antara SPR dan JPN. Pengurusan tentang kematian dan alamat baru tidak sekata antara kedua pihak. Analisis dan semak daftar pengundi oleh pihak pembangkang hinggakan ada pengundi lebih dari usia 150. Dah boleh buat rekod dah tu. Jadi Dimana atau salah siapa?
Aku sangat tertarik dengan debat KJ dan Ambiga tempoh hari di The MalayMail, KJ memang berani sebab tak ada lagi rasanya seorang dari kerajaan berani tampil kedepan dan berhujah begitu. Sememangnya hatiku tertambat dengan kenyataan KJ tetapi debat itu cuma lebih kepada hujah tanpa fakta. Debat itu juga lebih jelas menunjukkan kepincangan antara SPR dan JPN. Pengurusan tentang kematian dan alamat baru tidak sekata antara kedua pihak. Analisis dan semak daftar pengundi oleh pihak pembangkang hinggakan ada pengundi lebih dari usia 150. Dah boleh buat rekod dah tu. Jadi Dimana atau salah siapa?
Semasa menaip ni aku yakin bahawa sebenarnya Dataran Merdeka itu sebenarnya hanyalah tempat untuk couple berkumpul di malam hari. Sila la pergi kalau tak percaya. Dan sememangnya konsert je masa untuk rakyat berkumpul kan?
Aku teringin sangat nak dengar perkataan minta maaf dari pemimpin kita, contohnya la kan
"Minta maaf jika anda tidak berpuas hati dengan saya, saya tak dapat puaskan hati semua pihak, tapi saya berusaha sediakan yang terbaik untuk semua pihak."
"Minta maaf jika saya ada terlanjur kata, ingatkan saya kalau saya lupa yang berdiri saya hari ni hasil dari undi anda."
keyword minta maaf tu macam terasa rendah diri seorang pemimpin.
Maaf jika aku ada menguris hati mana-mana pihak. pendapat kita mungkin berbeza. tapi pemikiran dan niat kita sama. demi sayang dan cintakan Agama, bangsa dan negara. Post di facebook tentang membersihkan rumah, bersihkan hati, bersihkan muka tidak cukup jika kita sekadar niat memandang rendah pandangan orang lain. Jeritlah komen anda disini. mungkin ada yang lebih nyata.
Kenapa aku tulis semua ni? Sebab panjang sikit karangan banding update di facebook. heee.... Harap maaf dan beri tunjuk ajar jika tersasul dan tersilap karang. Kerana aku juga manusia yang punya kesilapan dan hamba Allah seperti anda.
*Pendapat ini mungkin akan diupdate lagi jika berlaku kelompangan.
Sekadar Pendapat. mohon jangan tibai saya.
@hilmitempoyak
17 kata zulhilmi kiut
hurm..tkot...
ReplyDeletesebenarnye aku ada benda banyak nak cakap pasal bersih 3.0 ni. tapi, takpe lah, aku belum ada keyakinan yg tinggi lagi nak melontarkan suara. haha
ReplyDeletethanks ... kita sebagai rakyat hendaklah bersatu hati untuk membentuk masyaralat yang berjaya ,
ReplyDeletesetiap tidak tanduk kita kini sudah dimanipulasi oleh puak YAHUDI ...
blogger yg dirahmati ,mudah-mudahan kita dapat membina satu institusi kebangkitan yang lebih baik dan mujarab dan terdidik
Tak berani nak komen pape pasal benda macamni :)
ReplyDeletemacam tak percaya ulasan ni diulas oleh zulhilmi~
ReplyDeletetakot betul tngok perhimpunan bersih
ReplyDeleteaku cuma sedih tengok dorang berdemonstrasi sampai ada yang berdarah sana-sini. tu je.
ReplyDeletewahhh hebat ulasan zulhilmi
ReplyDeletebravo
erk, no komen.. heeeee
ReplyDeletememang duduk bantah tapi ramai yang tak reti nak duduk...
ReplyDeletetak suka bersih sebab bagi kesan besar pada negara, ramai orang cedera sana sini, kalau tak adakan semua tu, tak akan ada sape cedera....
dan paling paling paling tak suka...melayu sama melayu...lebih jelas lagi...ISLAM sama ISLAM bergaduh....bukan nak racist, tapi ada ke kaum lain buat macam apa yang berlaku dalam bersih? melayu islam yang ramai pukul sana sini...berdarahnya sape? melayu islam juga....
just my opinion~ jangan tembak saya...
HAHA! peace!
perhimpunan secara aman adalah harus dalam islam sekiranya tujuan untuk kepentingan kebaikan masyarakat ramai...namun ia akan menjadi haram apabila berlaku kekacauan dan menganggu gugat kepentingan awam ...dan perhimpunan aman tidak akan menjadi aman selagi ada segelintir mereka yang bodoh yang selalunya mengambil kesempatan untuk melakukan huru hara ...aku sokong perhimpunan aman tapi sedih dgn apa yang berlaku ...soalnya siapa yg akn brtanggungjawab ?
ReplyDeleteWah ulasan zulhilmi padat :) tak berani nak komen lebih2.. masing2 ada salah dan silapnya.. Kita nie bertuah dilahirkan di negara yang aman dan harmoni macam Malaysia nie.. langsung tak ada bencana alam yang teruk2.. mungkin sebab tu rakyat tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada..
ReplyDeletesokong entry awk 100%.. Bersih lah sgt, konon nk memprjuangkn itu ini, byklah.. mmburukkan imej Malaysia lg ad la.. =.=!
ReplyDeleteAku stju. Stju sgt. Aku pn ada jgk hr tu nak terangkn apa yg aku faham dgn BERSIH ni. Aku rasa btggjwb pula nk jelaskan apa yg aku tahu. Aku rasa kasihan dgn mrka yg msh dtipu dan dprb0dohkan oleh media arus pdna. Sah2 la lap0ran beritanya berat sblh. Tp e2 la yg mrka pcya dan laung2kan.. Susah nk terangkan bila mrka trlalu bgantung pd satu sumber dan terlalu taksub. Mrka x brfikir dgn betul2. Mereka xdpt brhujah dgn baik. Er, mcm la aku dpt brhujah dgn baik. Hehe. Tp skurg2nya aku tahu.
ReplyDeletePanjg dh k0t komen aku lgpn taip gn hp je ni.
Agenda yang satu itu, mansuhkan PTPTN bukan bersih ke?
ReplyDeletesokong entry awak ni.mereka perlu faham apa maksud di sebalik perhimpunan bersih tu.
ReplyDeletefirst time ni baca entri panjang gila tanpa skip2..kehkeh..sangat setuju!;D
ReplyDelete