kesah dating di hari ahad dengan awek PART 2.

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.7.11 | 36 Comments

Bismillahirahmanirahim. 

* ni sambungan dari part 1. sape tak baca lagi. sila skroll bawah ye. hihi


cerita dating aku pon dah macam cerita harry potter dah. ada part-part.

.....Little Taiwan. tu la peberet tempat aku menjilat ais krem kalau jalan sorang-sorang ke ngan sape-sape ke. ni tambah pulak dengan awek kan. wah... nayang awek gitu. cite habes dalam pkol 3.30 camtu kan. tapi sekarang dah pukol nak pukol 4. sambil jilat es krem tu aku pon teringat. yang aku tak solat zohor lagi.
awak... saya baru tringat. kite tak solat zohor lagikan. awak holiday dari solat ke rini..?? "
ain pon tunduk pastu ngade-ngade buat blushing. lalu aku pon sambung.
kalau awak holiday. awak tolong pegangkan es krem saya ni. pegang je tau. jangan try-try nak test pulak. walaupon beli es krem ni guna duet awak. hahaha..."
sebenarnya waktu aku nak solat zohor tu dah dekat sangat dah ngan asar. so.. lepas solat zohor aku msg la ain untuk tunggu sampai asar yang bakal menjelma kejap je lagi. terok btol aku ni. solat dihujung waktu. ingat ye kawan-kawan. walaupon muka hensem dan kiut macam aku. tapi solat kena jaga. jangan lewat sangat ye.

solat ye kawan-kawan
pastu dalam dekat pukol 5 tu dah selesai suma. kami pon jalan-jalan. ada la dalam 2 langkah macam tu. ain ajak aku g makan kat food court. tapi disebabkan kemengadaan aku. aku kata aku layan mcD je. ain pon tak menolak. teros je jalan g mcd. nampak cara jalan tu macam nak tak nak je. tapi kesah ape aku kan. jalan je. 

dalam mcD. aku pesan Happy Meal. ain makan set lunch plate ke ape tah masa tu. tapi gaya makan dye macam lapar dari aku je. kami pon besembang la macam besa. tapi soalan first dari ain ni agak killer gak la.
zulhilmi. yang awak order Happy Meal ni. awak nak mainan mcD ke awak nak diet..??"
soalan tu agak menusuk kalbu jugak la. lalu aku pon membidas.
ala. awak ni. saya nak diet sikit la. kang saya makin gemok kang. awak lari lak. "
pastu dengan yakinnya dan srius ain menjawab.
ala... jangan riso awak ye. kalau tuhan dah tentukan kita bersama. InsyaAllah. saya milik awak. hmm...walaupun perot awak tu dah berlipat sampai empat. hihihi....
wah... siap kutuk perot aku belipat lagi tu. aku pon tiba-tiba blushing. tapi disebabkan perasaan yang tidak puas hati. sebab dye memblushing kan aku. aku pon tanya. 
ain. tadi awak dengar tak. dalam wayang tadi ada bunyik yang macam familiar masa awal-awal kita masok wayang..??"
ain pon jawab dengan nada sinisnya 
yela. tau la perot ain berbunyik pon tadi kan. tapi... sume sebab orang yang jadi pakwe ain tu awal sangat datang amek pastu bawak choki-choki sebatang je. cam mana la nak jaga ain nanti kan."
wah... ni lagi mendalam ayat dye. tapi aku buat-buat tak dengar je sambil korek-korek idong. dengan harapan dye malu sket sket dok ngan aku pastu berenti beleter. tapi tengok-tengok dye masokkan straw minuman aku untuk aku buat korek idong.sambil gelak tebahak-bahak. betuah punya awek. hahaha.. 

masa berjalan ngan pantas. lepas makan je kami round alamanda 2 kali. ain beli baju ngan henbeg dye. aku cuma jadi tukang pilih ngan tukang tengok je. sebab duet tak da. lepas lama jugak kami pusing-pusing sambil buat-buat sweet depan orang ramai. sambil dua-dua dok kunyak choki-choki. sambil tu jugak kami ngupat orang-orang n kapel-kapel yang tiba-tiba lintas depan kami. kuat ngupat jugak ain ni sebenarnya.

dalam dok shopping tu. kehairanan dan kekhuatiran pon wujud. banyak jugak ain ni beli. muat ke tak tah raga moto kriss biru aku tu nanti.

banyaknye beli.
dalam pokol 8.3o lebeh tu. moto kriss aku yang super duper cool tu pon mula beraksi untuk bawak pasangan yang bajet sweet ni kan. ondaway pulang dari alamanda. kami berenti makan kat warong sekitar jalan nak pegi putrajaya tu. ain makan sikit pulak. nak ngutuk kang takut aku pon kena kutuk balik. so... makan je la sambil main kenyit-kenyit mata ngan awek meja sebelah. awek yang jaga casher tu pon boleh tahan kiut nya. hahaha...

abes ja makan aku bawak g singgah kedai runcit nak beli biskut sebab ngah sengkek. biskut tu pon ain yang blanje. hihi...

dah pkol 11 malam tu pulak dah selesai. aku terus hantar dye balik rumah sewa dye balik. tapi  sebelum pulang tu... sebagai pakwe yang kiut mesti la nak something dari awek dye kan. hihi... malunya aku. blushing ni tau. yela. sebagai pakwe yang baik lagi sopan aku nak la helmet yang awek aku pakai tu. sebab aku pon rembat helmet orang kan. ada yang pikiran kuning la tu.  dan sebelum pulang tu aku pon kata la.
selamat malam awak. tima kaseh untuk ruangan awak, masa awak dan duet awak. harap-harap minggu depan ada lagi la ye."
pastu ain awek aku yang prasan comel lagi busuk sebab seharian tak mandi tu pon kata.
saya pon harap-harap minggu depan saya dapat bagi awak ruangan saya, masa saya tapi duet awak."
dalam hati aku pon kata. 
ni ikhlas ke tak blanje aku ni. hihihi..."
aku pon dengan machonya teros beredar a.k.a blah dari situ. takot gak kena tangkap ngan jiran-jiran sebab ngendap anak dara orang. wah... macam tak kena ngena je kan. pastu aku balik la sampai ke kolej kesayangan aku bersama-sama moto Kriss biru aku yang cool serta berlampu malap ni. 

landing taim.
sampai je bilik. aku terus melabuhkan badan aku yang 120kg ni ke katil. perhatian ye. 120kg tu temasok daki-daki masa aku jalan. lega rasanya. tambah lak hari ni. dapat pakej istimewa. makan free, tengok wayang free, korek idong free kn. pastu selang beberapa minit tiba-tiba ada msg.
awak... awak ngantok tak lagi. saya lapar. temankan saya makan boleh...???
dalam hati aku pon tetanya-tanya. ni ain ke sape ni. rasa macam baru makan je. lalu. disebabkan aku pakwe yang baik dan sejati aku pon pegi la rumah dya nak g amek pegi makan. sampai je tros aku menyoal.
tadi kite bukan baru makan ke. ke saya makan ngan orang len. ni yang meremang bulu ketiak ni. hmmm... ain nak makan n dekat mana ni..??"
ain ngan buat-buat kiut pon jawab.
tadi tu ain makan sket je. sebab dah makan mcD banyak petang tadi. pastu tiba-tiba malam ni lapar lak. tapi ain lapar sket je. ikot awak la nak makan apa kat mana pon."
dengan lajunya bersama-sama moto kriss aku. aku bawak pegi seben eleben. beli megi cup 2 siap letak air panas n tak lupa choki-choki tercinta satu paket. n tros bawak pegi putrajaya. sampai sana megi memang dah cukop kembang dah. 

aku ngan ain makan megi kat putrajaya tu. sambil tengok tasik. walaupon aku tak tau sangat motip aku dok tepi tasik tu. aku layankan je la sebab tengok drama ke movie ke ape orang selalu bawak ke tempat macam tu malam-malam. tapi taim tu manis sangat. sebab waktu tu la suap mnyuap berlaku walaupon aku mula-mula kekok gak. tak da la sedap mana pon megi tu sebenarnya. tapi dah dok ngan awek kan. tos jadi sedap.

bukan megi kami
btol orang cakap. saat dan masa tu lebih manis dari apa yang dibawak. saat malam tu lebih manis dari megi yang aku beli tu.

habes je sume. sambil sembang-sembang mrepek aku tros aku hantar dye balik n aku balik skali. dalam hati punya la penat. tapi hepi sekali. pastu skali lagi. disaat aku meluruhkan badan. sampai je msg. aku dok ingat dye nak ajak makan lagi ke. ke nak ajak kentut sekali ke. rupa-rupanya. msg betulis.
tahukah awak. saya tak kesah saya jadi milik sape pon. tapi saya kesah kalau orang bernama zulhilmi ni jadi bukan milik saya.
aku tak bape paham sangat. tapi rasa sweet lak kadang-kadang.

tapi kan...

hahaha.....!!!

SUME KENA TIPU. AKU TIDO SEHARIAN KAT BILIK JE HARI TU.
AKU MANA ADA AWEK.
HAHAHAHAHAHA.....

kesah dating di hari ahad dengan awek PART 1.

ZULHILMI TEMPOYAK | 25.7.11 | 16 Comments

Bismillahirahmanirahim..

bangun je pagi aku teros mandi. besa la dah nak dating ngan awek. dah pukol 8 masa bangun ni. kena Qada solat subuh dulu ni. mandi pagi ni agak sejuk jugak. gigi gosok guna jari pastu kumur pakai listerine dah la. wangi n segar je mulut. sahve jambang ngan misai pulak bagi nampak muda sket. then. masok jamban. buat...... hihi. dan teros mandi. sabun pon dah habes. naseb baik ada sabun yang aku rembat dekat hotel hari tu.


sejuknya mandi

sesusah selesai je mandi. tros aku besiap suma la. pakai baju yang semalam aku dah pakai. tapi dah peram ngan perfume la bagi senang awek aku nak tumpang letak kepala dekat bahu. deodarant wajib pakai ye. siap-siap dengan makan kismis yang tiba-tiba ada depan mata dan minuman diet yang seminggu sekali aku minum ikot mood.

perjalanan amek awek diteruskan dengan menggunakan moto Kriss biru laju, macho dan cool aku tu. pinjam helmet moto sebelah a.k.a curik sekejap dan terus men start kan enjin moto. rasa yakin terdambar di wajah. besa la nak date ngan awek. moto aku di bawak dengan penoh berhati-hati dan sopan. dalam perjalanan tu beli la kueh 5 ketul. mula-mula niat di hati nak makan share ngan awek. tapi masa atas moto tah macam mana boleh termakan habes. 

tahukah anda. awek aku tu nama dye NurAin Syuhada. aku panggil ain je. sedap gak nama dye sesedap kueh yang aku makan tadi.


choki-choki sapa tah
sebelum apa-apa. aku singgah la seben eleben. belikan choki-choki. ada sebabnya. sebenarnya janji dalam pukol 9 mcam tu nk gerak n breakfast sama tapi sebab aku ni sopan masa mandi, sopan pakai baju dan sopan masa bawak moto. dah pukol 10. tu pon tak sampai-sampai lagi. mau kena blasah aku ni. atas moto tu jangan cakap la. berapa kali awek aku kol. tapi satu pon aku tak jawab. besa la. kalau angkat kang alasan tak menjadi lak nak dating.

dalam 10.35 pagi tu sampai gak depan rumah.

 hai sayang...."- dalam hati je la aku sebut.

luarnya..

 Assalamualaikum....lame tunggu..?? tak sampai 2 jam lagi kan. hihi"

awek aku tayang dengan muka masam yang aku dah bajet dah akan jadi.

 saya mintak maap saya lambat. bukan saya saja-saja lambat. kalau saya awal kang saya tak dak topik nak sembang ngan awak. nah...ni choki-choki. makan la. ada satu je. sebab dalam poket saya ada singgit je. duet makan, minyak moto ngan wayang apa suma. awak kata awak nak support kan. hihi... lagipon choki-choki ni je yang saya ada untuk maniskan muka awak yang masam tu.. "

pastu dye masok dalam rumah. dalam hati aku dok ingat dye mrajuk n cancel dating. rupanya dya pegi potong choki-choki satu tadi tu bagi kat aku separuh. sweet gak awek aku ni rupanya. ingatkan kaki marah ngan kaki busuk ja awek aku ni. 

hmmm.. ain...awak dah makan..?? kalau awak nak breakfast bleh je saya bawak. tapi awak kena makan cepat la. tak boleh terhegeh-hegeh macam selalu tu. sebab tiket wayang kite pukol book pkol 12.45. nak masok tu pukol 12.30. sekarang dah pkol 11.15. alamanda tu sekejap je kalau saya bawak ferari yang bakal saya beli 20 tahon lagi. tapi saya bawak Kriss biru ni. lama jugak la masanya. "
ain pon kata dye tak makan pon takpe. janji saya pon tak makan same. padahal dye tak tahu yang aku dah makan kueh masa ondway datang. hihi...


pinjam alamanda
perjalanan diteruskan. g alamanda ngan moto kriss biru. ada penyeri sket la sebab ada ain. tak laju sangat. sebab banyak keta hujung minggu macam ni. then... sesampai je kat alamanda. tros aku lari ke kaunter. tiket book memang dah burn la sebab dah lewat dah. tgok cite Harry Potter part 2 ingatkan nk tengok 3D. tapi kesian lak kat ain. hihi... baik gak aku ni kan.

then. wayang pkol 1. cite harry potter. kesian lak aku kat ain ni. tak makan lagi. aku pulak malas nak pg cucok duet atm tu. so buat tak tau la. dok je la tgok dalam 2 jam tu. popcorn pon  tak bli. air pon tak bli. tengok je la. selang 20 minit tu. tiba-tiba kedengaran bunyi yang pelik. tapi bunyi tu macam familiar. aku pon scan la. rupenya bunyi tu datang dari perut ain. muka dye aku tak nampak. so dok gelak je la. dalam hati nak kat luar tak sampai hati pon ada. tapi tahan ja. sebab aku nak gelak masa tulis blog ni. hahahaha....


bukan perut ain
lupa sekejap. movie diteruskan tapi dah jadi habit aku. dalam 1 jam je tros telelap. so ending baru aku bangun. hihi... marah gak muka ain tu. rugi duet dye. selesai je wayang. tros aku bawak ain g kedai feberet aku kat alamanda. besa la. dah ain nak blanje kan. bawak la pg.....


bersambung.... ;p


kelebihan ada pencuri dan penyamun kat dunia.

ZULHILMI TEMPOYAK | 21.7.11 | 10 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Tahukah anda. Sebenarnya banyak kelebihan kalau ada pencuri bersamaan dengan penyamun dekat dunia ni. bukan apa. bak kata pakar-pakar lebih baik berpikiran positif. jadi aku pon ada pemikiran positif aku sendiri. 
akulah tengkorak kiut
kelebihan pertama aku dapat tengok kan. sebenarnya dia menambahkan pendapatan warga Malaysia. haa... bagos kan penyamun ni. kebiasaannya kan. penyamun akan curi emas, duit-duit dari lebihan wang orang lain a.k.a simpanan orang utk taim-taim kecemasan. jadi, dari orang tu tak guna. baik penyamun tu amek. secara tak langsung jugak, dapat la dia membeli beli dan sekali lagi secara tak langsung, dapat la tambah income penjual-penjual kat negara. seterusnya akan meningkatkan KDNK negara. wah... ayat macam pakar ekonomi padahal kena repick paper 2 kali dah.

keduanya, penyamun ni ada laki ada pompan. laki hensem n pompan kiut ja biasanya taim kita tengok dalam paper a.k.a surat khabar. mana lah tau dengan adanya bertemu jodoh masa merompak laki perompak n pompan di rompak. fuh... boleh la mahal sket mas kawen sebab laki tu perompak. kan dah mampu mendirikan masjid dan seterusnya mengelak zina.

chak...!! tak terkejut ke..??

walaubagaimanapun dan selain itu, hihi...saja nak guna ayat sambungan macam blaja bahasa Malaysia taim SPM dulu. kelebihan ketiga sebenarnya aku dapat tengok kan. dengan adanya perompak ni mampu meluaskan bidang pekerjaan dekat malaysia. tengok la. sekarang ni security guard ada, cctv ada, peralatan nk pukul orang ada, gate berdawai ada, semua ini adalah hasil dari kerjasama perompak-perompak ni. kalau tak ada perompak masakan syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja dari security guard, cctv, peralatan pukul orang dan gate berdawai tu nak laku jualannya.

anda dan anda pikir lah baik-baik. sebenarnya perompak ni baik sangat hatinya. kita tengok saja situasi macam bank dirompak dan rumah dirompak. akan berlaku orang saling tnya menanya. saling tegur bertanya apa yang berlaku dan sebagainya tentang tempat kejadian. dan seterusnya mengeratkan silaturahim sesama manusia.

rompak pon sopan tau

jadi. jutaan terima kaseh kepada perompak dan penyamun dan pencuri.

aku buat post ni sebab aku baru di samun ataupun dicuri ataupun dirompak. aku dicuri ataupun dirompak ataupun disamun perasaan jiwang oleh seorang awek yang aku tak kenal dan tak kenal dan tak kenal dan... ayat nak macam @#$% ja kan. hihi..

Sekian,

Zulhilmi tempoyak.


Impian dan Matlamat Zulhilmi Tempoyak

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.7.11 | 9 Comments

Bismillahirahmanirahim...

hari ini. aku ada pengumuman penting untuk semua...!!!!

TAHUKAH ANDA. Aku rasa matlamat jelas aku bermula dari sini. iaitu 15 Julai 2011 bersamaan hari Jumaat. pagi tu pegi ofis. tengah hari je terus memecutkan moto Kriss Biru yang serba laju aku ke UM. Alhamdulillah sempat jugak aku solat Jumaat dekat Masjid Kg. Kerinchi. haa... ada orang nak kata aku tak pegi solat la tu. ayat aku ni macam sedih dan tak ada perasaan pon ada jugak kan.

hari tu. aku pegi Konvensyen Goal Setting & Marketing Power 2011/2012 yang dijayakan eTiQa Takaful memberi peluang untuk aku belajar di mana sebenarnya nilai kita dan nilai wang kita. ayat aku ni memang berbelit sket. macam skema pon ada.

Sja nak tayang buku UM tu. aku kan UKM. 

Konvensyen ni bleh dikatakan ramai orang yang dah berpengalaman la. dan boleh dikatakan orang muda dan kiut dan tak berapa tau macam aku ni ada dalam 5 ke 6 orang ja. niat mula-mula nak gak cari jodoh kat sini. tapi pusing-pusing suma dah berstatus "married".

teroskan dengan konvensyen. Slot pertama oleh Dr. Irfan Khairi yang membentangkan mengenai Kaedah Mencapai Matlamat. slot beliau hanya 2 jam. tapi penat jugak tangan aku menconteng buku. sampai bila tengok balik. aku pon dah boleh jadi motivator dah. bleh la jemput aku bila-bila ye. free of charge. tapi ada makan-makan la ye. hihi...

kecik dan jambu je Dr. Irfan Khairi ni. ;p

Dalam slot ni. perkara nya panjang. tp aku ringkaskan kat sini. di mana sebenarnya matlamat kita. APA MATLAMAT ANDA..???  bila fikir balik. ada matlamat jangka panjang dan ada matlamat yang pendek. aku pon mulanya tak pasti. ingat nk kawen nk dapat anak ja matlamat aku. nak hidop senang camtu ja. tapi....

Bila Dr. Irfan Khairi yang kecik lagi jambu tu cakap... 

"Matlamat yang mudah dicapai adalah matlamat yang betulis..."

Aku pon terpikir. aku conteng main-main penah la tapi tak jelas. pastu Dr. Irfan Khairi pon cakap

"Matlamat yang mudah dicapai adalah matlamat yang jelas, mempunyai deadline, target dan usaha apa yang akan digunakan untuk capai matlamat tu."

Tapi dia cakap kat semua orang la. bukan nya dengar cakap aku ja. hihi... lalu dia sambung cakap lagi.

"Matlamat berdasarkan ciri-ciri tu dan diceritakan kepada orang adalah mudah tercapai."

Perlu jugak anda semua tahu. Irfan Khairi ni mula menulis matlamatnya secara jelas masa umur 18 tahun. yang mana dia nak jadi jutawan masa umur 30 tahun. Tapi Alhamdullillah... rezeki dia. umur 25 tahun dah bergelar jutawan. 7 tahun beb. 

Jadi hari ini. dalam blog ni. kalau satu dunia baca blog aku. aku nak gitau matlamat aku. matlamat aku...

Aku mahu bergelar Jutawan pada umur 27 tahun dan dengan itu aku akan mulakan perniagaan aku mula ni dengan pantas dan penuh strategi.  Amin....

Malu nk tulis sebenarnya takut kena kutuk. tapi harap-harap macam kata Irfan Khairi. tu la yang membina aku. ;p


Sekian,

Zulhilmi tempoyak

Perkara paling bodoh dalam hidup aku. Hari ni la.

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.7.11 | 4 Comments

Bismillahirahmanirahim..

Mula hidup hari ni dengan pergi ofis. Sampai ja semua staf skali dengan bos kena meeting kat luar. Tinggal aku ja. Dalam hati dok yepi....!!!!!!! kerja xda la hari ni. Tapi sebagai staf yang baik dan rajin serta berkaliber aku siapkan kerja aku yang dah tertunggak 2 minggu lepas. Siap kan pamplet usahawan dengan pamplet program.

Lepas siap ja. Hati rasa lega. Disebabkan hati rasa lega. Aku tengok X-Men first class. Punya best dok layan cerita, aku tengok jam di dinding dah pkol 1. Masa untuk rehat, korek hidong, makan dan solat. Tapi hari ni ingat nk makan jauh sket dari ofis. Dekat Azura lama area bangi. Wah...siap promote lg tu. Hari ni macam besa la. Makan nasik sikit. Ikan keli dengan sayur dan tak lupa air suam. Ingat nak diet la sket minggu ni. Mahal jugak makanan hari ni. Tapi disebabkan nafsu makan yang membuak-buak. Aku makan jugak smbil melihat-lihat sekeliling. Mana la tau kot ada awek yang tiba-tiba kenyit mata kat aku. Tapi sayang. Tak dak sorang pon yang kenyit.

pinjam gambar ye cik

Lepas ja makan, aku pegi la ke stesen minyak shell sebelah kedai Azura tu. Nak isi minyak kat moto Kriss Biru aku yang menarik lagi laju macam tuan dia tu. Pegi kat kaunter tu

 “Kak. Pam 3. Empat henget ye.”. 

bila nak pam tu aku terperasan ada tisu. Tisu gulung tu la. Orang kata tisu toilet. Masa tu jugak la aku teringat tadi aku tak lap mulut aku. Tadi Lap tangan ja. Jadi saja gatai-gatai tangan lap mulut pulak.

ni la kalau dah keadaannya.



Lepas ja aku lap mulut, aku terus men ‘start’kan enjin moto Kriss Biru aku dan pegi ke ofis. Smpai saja dekat simpang PKNS dekat Sg. Ramal tu baru prasan yang meter minyak aku tak naik. Dok pikir sekejap. Tak kan rosak kot. Pikir lama sekejap baru aku tau. Aku lap mulut pastu aku blah. Moto aku tak isi pon minyak itu.

Dengan kelajuan seperti micheal shumeker aku pon u-turn dan terus ke pam minyak . cubaan untuk tanya pasal minyak tadi gagal. Kak tu kt xda pa pon dalam sistem dia. Jadi dengan muka hampa aku menghulurkan 4 henget untuk pam yang tak disediakan tisu disebelah pam tu. Hampa btol sebab dah jadi pelupa kronik ni. 

Terasa panjang btol cerita aku ni.

Malam ni pon buat benda bodo lagi. masak megi guna air mineral sejuk tu. setengah jam dah aku tunggu tak kembang-kembang pon.

Kesimpulannya, utamakan yang berbayar berbanding yang free.

Sekian.

Zulhilmi Tempoyak

This is the new world of zulhilmi tempoyak.

ZULHILMI TEMPOYAK | 11.7.11 | 1 Comments
Alhamdulillah...

First of all i wanna thanks to all my beloved family n friends that willing to wish me for my 21st birthday on 10 of July 2011.

Tulis orang puteh la pulak kan. Terima kaseh ye kawan-kawan sebab sudi ucap dan mengukir senyuman untuk hari lahir untuk tahun ke 21. Fuhh.. dah besar kan. Dah boleh kawen dah. Tapi xdak orang bekenan lagi. Nasib2. Dah mula merepek dah...

Tahukah anda. Aku teruskan dengan ucapan Terima kaseh ikhlas yang pertama aku nak ucapkan kepada kedua ibu bapa aku. Sebab kegigihan dan keikhlasan mereka membesarkan aku. Biasa la... aku kan sperma yang paling hebat sebab tu aku ada kat muka bumi ni. Gembira campur sedeh campur dengan tawa terukir bila ayah yang selalu cakap selamat hari lahir ja tiba-tiba nyanyi kat aku. Rasa macam budak-budak lak bila ayah nyanyi “hepi bufday to u..” orang puteh jugak ayah aku ni.

Tahukah anda. Justin bibir pon nyanyi kat aku tau. Tengok ni kalau tak caya.



Kepada kawan-kawan mukabuku aku. Macam yang dalam status aku mukabuku la 

tahukah anda. sy nk ucapkan tima kaseh kpd semua yang wish. tp wish sja tak lengkap tanpa hadiahnya...hahaha... ♥”. 

Hihi...terima kaseh sangat. Aku harap aku dah reply semua wall post anda ye. Harap xdak yang amek hati sangat bila aku tulis post meraban tu ye.


Tak lupa kawan-kawan yang kol. Bos-bos yang blanja makan dan awek-awek yang text. Hihihi...

Beside that... terima kaseh kepada semua yang terlibat untuk menyengehkan aku.

Ikhlas dari Zulhilmi.
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger