Keranamu MALAYSIA demimu HARIMAU MALAYA.

ZULHILMI TEMPOYAK | 1.8.11 | 13 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Argh..lama pulak tak update blog. Biasa lah. Sebok dengan seminar sket. Ceh. Sebenarnya itu bukan alasannya. Alasan sebetol-betolnya. Aku tak da beruk band atau wifi atau LAN untuk mengconnectkan laptop aku kepada internet disebabkan sekarang menumpang kat rumah orang. So lambat la sket aku nk boleh update n meng kentutkan diri aku kat blog-blog lain. Ni pon guna CC ja.
orang update pasal Ramadhan. aku update pasal bola. hihi

Hari kamis yg lalu, wah dah macam esei taim kecik-kecik dulu dah. Baik sambung ceritanya. Aku pegi la ke keje macam besa sampai pkol 5 teros pulang. Dan di sebabkan aku memiliki tiket world cup Malaysia lawan singa. Aku pon terus bersiap siaga dengan balik mandi dan kilat-kilat baju harimau malaya yang aku miliki.
tiket tu mahal sket sebab campur upah.
Seperti episod-episod lepas, moto kriss biru aku yang cool seperti aku mengambil peranan untuk membawa aku dari bangi ke bukit jalil. Disebabkan aku dengar bunyi yang tak berapa nak best dari moto aku ni, aku hanya membawa dengan kelajuan 40-50 km/h. Perjalanan yang biasa mengambil masa dalam 20 minit, menjadi 1 jam lebih atas faktor kelajuan angin yang menghalang moto dan faktor kesesakan kenderaan menyapu jem di bukit jalil.

Aku pegi ke stadium ni dengan harapan menjadi pemain ke-12 dan rajagopal panggil aku untuk bergandingan dengan sapee Sali. Ataupun pengganti kepada safiq rahim.
kosong sket la tengah ni awal lg.
Sampai je macam biasa la. Penoh orang. Moto kriss biru yang cool aku ni aku park pon ikot suka je la. Janji park tak kaco orang. Pergh... ramai gila orang, mula-mula niat di hati nk dok ngan mmbr aku. Tp niat tak kesampaian. Sebab nk kontek tak dapat macam mana nk jumpak geng kalau dah geng pon 3/100000 orang kan. Tapi tiba-tiba lak dapat idea nk g amek wudhu` dulu. Sebab jam pon dah dekat pukol 7. Selesai wudhu` tros ja aku masok stadium. Pusing-pusing cari tempat.

Last-last aku pusing-pusing. Dok kat satu kawasan ni. Tak dok la. Berdiri je.

Kawasan ni aku dok sebab happening. Memang happening wa cakap lu. Sebab dorang dikenali gak la. Dok nonggeng kat situ jap. Pastu tengok jap masa solat kan. Naik la atas tu. Fuh. Kebetulan lak dorang nk solat jemaah. Dah ada orang azan. Memang rzeki aku dapat join. Sebab depan mata je. Alhamdulillah... ad yang bawak sejadah untuk ditumpangkan kat orang len solat. Banyak bekalan sahabat ni nnt kan.
Islam itu indah dan mudah.
Selesai solat, aku tgok tempat yang aku dok td dah sesak. Panjat la dok kat satu tempat yang agak sempit gak la. Sebab tak boleh berdiri habes. Kena bongkok kalau nak bediri. Dok la kat situ sampai la pemain masok.

Separuh masa pertama. Permainan tak dapat dihayati sangat. Haa.. sila baca dengan nada yang marah ye. Sebab ada sorang pakcik banggang ni tak brenti nak tiup benda bising tu aku pon tak tau nama benda tu. Tiup kadang-kadang aku tak kesah. Ni tak brenti. Lepas tu. tempat aku dok dah la begema. Rmai gak maki. Aku maki kuat-kuat pon tak guna. Sebab aku rasa pakcik tu sendiri dah pekak. tak caye korang ce dengar smpai habes lagu negaraku ad bunyi yang mnyakitkan telinga.




Separuh masa kedua aku dapat peluang untuk turun ke bawah dan besorak sama ultras malaya. Hapening habes. Lagu dorang pon aku bleh la hapal sket-sket. Sebab ada orang bagi aku skrip lagu tu. Stail bro. Dan diseparuh masa kedua. Tu ada jaringan dari sapee Sali kan. Masa gol tu berpeluk-peluk habes. Yang tak kenal semua pelok. Tapi sama laki ja la. Pompan tak ye. Hihihi... jaringan sapee Sali tu menyebabkan semua girang gumbira macam suasana malam pertama.


Jaringan singa tu aku tak tau macam mana n aku tak mau ulas. Aku Cuma nak ulas pemaianan lakonan singa yang macam !@#$%^ tu. Disebabkan ketandusan pelakon yang berpotensi rasanya ramai pemain akan di rekrut untuk menjadi pelakon singa lepas ni. Walaupon lakonan tak de la berapa perfect tapi ref tetipu jugak.
gerakan terbaik Malaysia
Mana tak nya. Jatoh sendiri pon belakon sakit tak mau-mau. Lepas tu kena angkat pakai jescer la. Nak jalan tak larat la konon nya. Tapi sampai line di luar padang tu tros bangun nak masok balik. Tak letak ubat ke ais ke pon tros segar. Tak ke pandai gila babi lakonannya tu. Tahniah la singa. Ramai pelakon dapat grammy award nanti.
amek kau sian lak abang FRU.
Tak penah aku tengok lakonan seteruk ni. Tak de mood tros aku nak tulis. Hahahaha...xde la. Dah panjang sangat ni. Kang tak de orang nak baca lak.

Apa pon. Tahniah Malaysia. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya. Masih banyak yang perlu dibaiki dan dipelajari. Dan semuanya berasal dari minda. Wah... dah macam protege Dr. Azizan Othman dah. Apa-apa pon. Malaysia Boleh....!!!!!!!!!!

Sekian

Zulhilmi tempoyak.

13 comments:

  1. untunglaa kan dpt g stadium. sy sokong dr umah je ;)

    ReplyDelete
  2. SHAZLEENHAIRUDDINS :
    tak untung lah. sbb xjmpk anda..haha.
    rjin lak mmbc pagi2 ni..hahaha

    ReplyDelete
  3. xjmpe sape?? xjmpe sy??? HAHA
    sy mmg ajen. misi yg rajin, jelite, menawan & awesome gile lah ;D

    ReplyDelete
  4. SHAZLEENHAIUDDINS :
    hmmmmm.....speechless dah ni..haha

    ReplyDelete
  5. yg keeper singa act saket kpala tu lg bangang. haha. x ckup mnuntut ilmu berlakon lg tu.. =.=

    ReplyDelete
  6. Hihi .. lawak zul ni mengomel... bestnya dapat tengok bola kat stadiummmmm. Kat cni der stadium .. tapi tak de HARIMAU HAMALA hihihi.

    ReplyDelete
  7. lagi best tengok bola dekat rumah :D

    ReplyDelete
  8. MISS DYNDA :
    sabar ye...hahaha...

    MY LIFE`S JOURNEY :
    sy comel ke..??hahaha...HARIMAU HAMALA tu ape..??haha

    AMALINANASHIHIN :
    xbest.....hahahaha

    ReplyDelete
  9. untunglaaaaaaaaaaaa XD tp suka part amek wudhuk tue :)

    ReplyDelete
  10. hollywood kol pemain2 singapore sbb nk bagi oscar..lakonan yg mantap!

    ReplyDelete
  11. ASHIYA AEEN :
    untunglah ape...??hahaha

    AIN NADZIRAH :
    yeke....bape rmai dpt oscar..??haha

    ReplyDelete
  12. syoklah dpt tgk dpn mata..hehe..
    sgt untung..hehe ~

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger