perlu fikir. kita. agama. cinta. Islam

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.11 | 10 Comments

Bismillahirahmanirahim.

bangun je pagi tros aku tengok blog. tgok blog aku la. dengan harapan ada orang puji kecomelan aku. dan bedasarkan post yang lepas. bila aku letak gambar aku taim kecik tu. korang puji comel kan. sekarang ni aku letak gambar aku masa dah besar lak. dengan harapan ada la orang nak puji aku hensem pulak ke kan. ke kan. hahahahahaha...
cepat la puji. hahahaaha
baek la post kali ni. berdasarkan gaya aku post tu. memang maut. sebab aku taip post baru ni dengan keadaan goyang gerudi inul maut punya. haaaa... bayang sendiri la mamat hensem tembam ni goyang. 
post kali ni agak srius. tapi sengeh kena tetap ada.
baeklah dan akan tetapi sebenarnya hari ni aku nak kongsi. kongsi apa yang aku rasa perlu walaupun diri aku ni sebenarnya serba hina. perangai tak berapa baek tapi Alhamdulillah. hensem. sebab anugerah Nya. hihi...

kawan-kawan, kakak-kakak, abang-abang dan awek-awek yang dikasehi sekalian. cuba tengok IC anda. bagi warganegara Malaysia la. kalau bukan warganegara boleh tengok pasport ka pasword ka. apa agama tertera kat situ..?? ce tengok. ce tengok. haa. kalau yang tulis Islam tu. Alhamdulillah. dan bagi yang tak bertulis Islam tu tak apa. InsyaAllah. ada jalannya.


boleh jugak tonton video ni. cerita seorang Ulamak di US yang telah convert to Islam.



pernah tak kita tanya diri kita..??beruntungnya kita sebab telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk lahir-lahir dan teros ada agama yang benar. iaitu Islam. tapi kawan-kawan yang tidak seagama dengan kita. apa reaksi kita..?? tak ada ke jalan nak bantu mereka ni..?? dah adakah watak kita sudah cukop nak mengajak rakan-rakan yang tidak seagama dengan kita ini untuk  memeluk Islam..??


kadang-kadang kita hairan jugak kan. di Malaysia orang lebih berbangga dengan bangsa berbanding agama. kalau tak percaya. tanya la orang yang muka macam kacuk-kacuk sket dekat shopping complex tu. tanya ko orang apa. konpem dya akan kata Melayu berbanding dia kata dia Muslim. sebab kekadang saya pon macam tu walaupun saya kiut. hihi...
sebenarnya, saya nak mengajak rakan-rakan sekalian. sedar. bahawa jangan kita bangga dengan ada tulis Islam di IC kita. tapi kita lupa tentang solat 5 waktu, lupa tentang puasa bulan Ramadhan, lupa tentang zakat, lupa tentang Al-quran, malah ada yang tak tahu baca tulisan jawi dan tak tahu mengucap. masalah besar tu. 
marilah kita sama-sama berubah kalau kita terdiri dari golongan tak tahu ni.
Kepada rakan-rakan bukan Islam yang ada membaca post ni. saya bukanlah orang yang pakar. tapi sinar Islam sentiasa ada untuk yang dicari.
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatulqadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).
sebenarnya. terdetik nak tulis ni disebabkan kes serbuan gereja haritu dan post tentang seorang yang memeluk Islam dari sahabat fb saya saudara Khir Ariffin.


sekian,


zulhilmi tempoyak.

semua itu kenangan kita

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.8.11 | 58 Comments

Bismillahirahmanirahim.

lama dah tak update blog. saja tak nak update. malas nak update. besa la dah putus cinta jadi macam ni la. hihihi...

macam mana ngan ibadah anda-anda Ramadhan ni..?? ok ke ko. ingat ye kawan-kawan dan awek-awek sekalian. blom pasti kita dapat bertemu Ramadhan tahon depan. jadi kejarlah peluang ini. saya pesan kat anda-anda dan diri saya sendiri. wah... rasa dah macam motivator kelas F dah.
gua gangster dulu
sambil kita duduk ni. ingat tak dl..?? ala masa kecik-kecik dulu. taim kita mula-mula start posa. orang kata. taim-taim belom tumbuh bulu lagi. hahaha... banyak cabaran kan. aku start posa taim umor 7 tahon kot. rasanya la. kalau aku tulis kat sini kata aku posa penoh. konpem sangat la aku ni penipu beso kan. 

sambil dok ni. aku sebenarnya tesengeh. yela teringat skil-skil posa taim kecik-kecik dulu. skil ni aku yakin sangat ramai yang buat tapi mest lagi kretif kan.
skil pertama taim aku kecik dulu. main nyorok-nyorok.

ingat senang ke nak main nyorok-nyorok. ramai yang nyorok tempat susah-susah. aku nyorok kat dalam toilet pastu kepala tutop dengan baldi. sambil paip getah tu aku sambungkan ke pili. terbukak la air dan terus mengalirkan melalui mulut dan kenyang rasanya walaupun hanya air paip besi tetap rasa macam pepsi. haaa... tu pon bengap gak orang yang cari aku sampai tak jumpak. hahahaha...
skil kedua aku nak bukak posa. simpan kropok, coklat, air mineral dalam almari. 

yang skil paling best skali. kadang-kadang. kalau sahur tu makan ayam goreng. ayam goreng tu la aku sorok dalam almari. pastu masa tengahari je mula la nak buat-buat rajin untuk buat homework. mak jerit tnya buat apa dalam bilik sambil kunci. dengan selamba dan tiba-tiba rajinnya aku jawab aku buat homework. padahal esok kena tibai dengan cekgu sebab tak siap homework. wuaaa....
ketua kelas la sangat
skil ketiga yang ingat lagi la. rajin kemas dapur.

yela. dulu mak ngan ayah keja. kena la kemas rumah. tapi nak makan secara terang-terangan tak boleh lak. sebab kak ngan adek aku ni jenis kuat ngadu. padahal dorang pon 2 x 2 jugak. rajin kemas tu hilang la lauk-lauk yang sememangnya tak sedap pon jadi sedap.
skil keempat aku. buat-buat sakit. 


skil ni selalu aku kantoi. sebab muka jujur ikhlas aku ni tak pandai sangat nak buat saket. lagipon kang jadi saket btol. mau tak beraya aku taim tu. hihi...
skil kelima ni kalau dah tak tahu hukum. terkorek idong.

besa la. dulu kecik-kecik. korek-korek idong pastu makan. rasa macam choki-choki tu. puas korek. pastu baru teringat. eh-eh batal posa ni. tros gitau mak yang aku terbatal posa. jadi dah alang-alang batal tu. nak membatalkan secara sah la tros kan.
sekarang serabut lak
ni antara skil dulu la. sekarang ni tak pasti la pulak skil apa yang aku guna. erk... tapi sekarang aku posa penoh ye.

tapi ingatlah semua tu kenangan kita kot dan mungkin anda-anda pon ada kenangan jugak kan.


surat untuk mereka dan mereka punya surat

ZULHILMI TEMPOYAK | 10.8.11 | 33 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Kehadapan mak, ayah, adek, kakak, abang, jiran, kawan, saudara dan awek-awek tercinta.

Adalah ini dimaklumkan bahawa saya mohamad zulhilmi yang orang kata saya hensem tapi saya rasa saya kiut, akan pulang kerumah pada tarikh 10 ogos 2011. bersamaan hari ni la. 

apsal kecik bas ni. aku besar
saya akan terus ke terminal kajang pada jam 10.30 malam ini selepas selesai solat sunat trawih yang InsyaAllah akan saya lakukan antara 8-20 rakaat. tapi disebabkan surau sini buat 8 rakaat ja. kemungkinan besar saya akan ikot 8 rakaat jugak la.

Saya akan menaiki bas Eagle Ekspress yang saya rasa dah maju sebab dia dah ada tiket sendiri sebelum ni bagi resit ja. bas saya akan akan berjalan maksud saya dipandu oleh drebar bas dari kajang ke sungai nibong pulau pinang pada jam 11.15 malam dan saya ditempatkan ke single seat iaitu bernombor 5A. nombor macam nak dapat result upsr la pulak.
tiket ni la. ha. jangan curik pulak.
seterosnya bas ini dijangka berhenti di beberapa rehat dan rawat dan hentian tepi jalan untuk memudahkan para penumpang membuang air lebihan dari badan. tak kira la air kecik atau besar. yang berbau atau kurang bau.

saya dijangka tidor di dalam bas selama 5 jam yang mana saya rasa indahnya jika ada bantal untuk dipelok. kalau ada orang lagi best. dan akan menelepon ayah saya untuk mengambil saya kira-kira pada jam 5 pagi.

di sini saya cuma mohon doa anda. doakan supaya saya selamat sampai. dan kepada rakan-rakan, awek-awek  yang terserempak tu. sengeh-sengeh la. boleh la saya blanje dan promote bisnes saya.

Kaya dan berjaya. tiba-tiba pulak kan.

Sekian,

zulhilmi tempoyak


pesan dari awek dalam bulan posa

ZULHILMI TEMPOYAK | 7.8.11 | 42 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Selamat beposa. Jangan ponteng-ponteng ye. Tengok air paip kat toilet tu jangan p tegok pulak. Besa la. Dah posa-posa ni. Air paip besi pon bleh jadi air pepsi.

Dah lama tak update blog. Tak mengentutkan diri kat blog kawan-kawan ye. Mintak maap sebab on9 kat CC jadi nak on9 tu kan kena bawak kluar dana sket. Poket aku ada la sket bajet. Tapi simpan untuk kawen.
selamat beposa dari zulhilmi dan bini-bini
Anda ingat tak NurAin Syuhada yang pernah aku ceritakan dulu tu. Haa.. sapa tak tau klik la link tu nama NurAin Syuhada ni ye. Aku nak sambung kisahnya. Tiba-tiba rasa macam dah jadi kenyataan lak.

Hari tu. Tanggal brapa-brapa haribulan. Malam sebelum posa tu. Ain yang kadang-kadang sweet tu sempat meninggalkan 99 pesanan untuk saya. Haa... ada yang jeles la tu awek dia tak tinggalkan pesan kan. Hahahaha...


99 pesanan ain kat sy. Banyak tu nak taip. Pertama,

lepas ni jangan masok 7e selama 30 hari.
siap promote lagi ni
30 hari tu. Bila aku lintas 7e je tros aku tringat jangan masok. Jadi, kalau nak beli apa-apa dekat 7e tu aku menjerit dari luar je la. Disamping tu kena bedoa. Tak da orang cop aku gila. Dan buat-buat letih posa.

Seterusnya, pesanan kedua ain dari 99 kat aku. wah bunyi macam saiko ja.

Jangan tido lepas sahur. Tros subuh.

Pesanan kedua ni membuatkan aku rasa ain selalu mengendap aku. Harap-harap aku menutup aurat la masa ain ngendap

Pesanan ketiga ain. Yang rasa nya aku yang kiut ni tak tinggalkan lagi sampai hari ni.

Jangan tinggal terawih.

Pesanan keempat ain.

Jangan lupa yang 5 waktu.

Erk....Alhamdulillah. cukop kot.

Pesanan kelima ain. ayat aku pon dah nak lebih kurang sama dah.

Jangan ponteng posa

Aku dah berumur 21 tahun ye. Rasanya dah tak sanggup nak guna skil sakit perot, pastu minum air masa dalam toilet tu.

ape yang dia buat tah.
pastu sambung Pesanan keenam ain.

Jangan beli choki-choki bulan posa ni.

Bagos ain ni kan. Tak bagi aku beli choki-choki. Tapi dye yang pegi belikan.

Pesanan ketujuh ain yang kurang kiut dari aku.

Jangan korek idong sangat.

Ni yang aku tak puas hati ni. Kalau tak korek idong sangat. Susah o0ooo... yela mau penoh bijih-bijih kat hidong aku ni kang. Awek-awek nampak. Wah.. jatoh saham o0ooo...

Pesanan kelapan

Jangan tamak. Makan bepada-pada.

Yang ni aku paham. Ain sebenarnya nak soh aku diet dan berjimat. Yela berjimat untuk pesediaan merisik, meminang, mengahwin dan menimang ain la kan.
hari-hari tak banyak. macam ni je.
Pesanan ke sembilan puluh sembilan. sekejap dah akhir. penoh jugak la wall FB aku. opsss...kantoi lak. 

Jangan lupa Dia.

Harap-harap tak la. Jangan riso ain. Saya jaga nilai dan maruah saya ye. Macam ngada lak aku ni kan.

Saje la nak nayang pesanan awek. Besa la dah tak da awek macam aku ni. Mesti la nak tayang kan. Hahaha... tros hilang kesopanan dan kesusilaan aku.

Sekian

Zulhilmi tempoyak

we Muslim are more.

ZULHILMI TEMPOYAK | 2.8.11 | 18 Comments

Bismillahirahmanirahim.

sebelum tu. macam tak kena lak lagu blog aku dengan post ni. jadi bleh la mute kan dulu ye pc r laptop anda ye. mute je. jangan la pulak p ketuk sampai nak lingkup. 


suma blog yang aku dah kentut masa jalan-jalan mesti ada pasal Ramadhan kan. aku pon lambat nak tulis pasal Ramadhan ni. tapi sebagai seorang yang kiut serta hensem. opsss... maksud aku. sebagai seorang Muslim. aku ingin mengucapkan selamat menyambut dan beribadah di bulan Ramadhan ini. semoga Ramadhan kali ini lebih membawa khabar gembira. ikhlas dari zulhilmi hensem dan isteri-isteri.

aku tak da apa pon nk post. cuma nak update blog bagi bakal bini-bini aku baca kan. hihihi...

tapi kan. tolong hayati video ini. sebab anda akan gembira kerana anda berada dalam agama yang indah serta benar iaitu Islam. 



WE MUSLIM ARE MORE CHRISTIAN THEN CHRISTIAN THEMSEVES. haa... apa yang dia kata tu. indahnya Islam sampai tak terjawab saudara baru kita tu. Alhamdulillah.

tapi kan kawan-kawan. harapnya kita tak gembira saja la. sebab kita belum lagi di confirmkan syurga. 

InsyaAllah.  kita perlu tau. Iman para malaikat. constant. iman para Nabi makin meningkat-meningkat. dan iman manusia biasa ada naik turunnya. jadi sama-sama kita tambahkan amalan serta berusaha menguatkan iman dan taqwa kita. tengok aku dah macam penceramah bebas. ni suma sumber dari dengar ceramah dan tazkirah. ;)

tahukah anda. jangan kita nilai orang lain dengan melihat penampilan fizikalnya sahaja. sebab kita sendiri belum tau tebal nipis buku amalan kita. ;)

yang salah harap dibetulkan ye. sebab saya budak baru belajar.

sekian.

Zulhilmi

Keranamu MALAYSIA demimu HARIMAU MALAYA.

ZULHILMI TEMPOYAK | 1.8.11 | 13 Comments

Bismillahirahmanirahim.

Argh..lama pulak tak update blog. Biasa lah. Sebok dengan seminar sket. Ceh. Sebenarnya itu bukan alasannya. Alasan sebetol-betolnya. Aku tak da beruk band atau wifi atau LAN untuk mengconnectkan laptop aku kepada internet disebabkan sekarang menumpang kat rumah orang. So lambat la sket aku nk boleh update n meng kentutkan diri aku kat blog-blog lain. Ni pon guna CC ja.
orang update pasal Ramadhan. aku update pasal bola. hihi

Hari kamis yg lalu, wah dah macam esei taim kecik-kecik dulu dah. Baik sambung ceritanya. Aku pegi la ke keje macam besa sampai pkol 5 teros pulang. Dan di sebabkan aku memiliki tiket world cup Malaysia lawan singa. Aku pon terus bersiap siaga dengan balik mandi dan kilat-kilat baju harimau malaya yang aku miliki.
tiket tu mahal sket sebab campur upah.
Seperti episod-episod lepas, moto kriss biru aku yang cool seperti aku mengambil peranan untuk membawa aku dari bangi ke bukit jalil. Disebabkan aku dengar bunyi yang tak berapa nak best dari moto aku ni, aku hanya membawa dengan kelajuan 40-50 km/h. Perjalanan yang biasa mengambil masa dalam 20 minit, menjadi 1 jam lebih atas faktor kelajuan angin yang menghalang moto dan faktor kesesakan kenderaan menyapu jem di bukit jalil.

Aku pegi ke stadium ni dengan harapan menjadi pemain ke-12 dan rajagopal panggil aku untuk bergandingan dengan sapee Sali. Ataupun pengganti kepada safiq rahim.
kosong sket la tengah ni awal lg.
Sampai je macam biasa la. Penoh orang. Moto kriss biru yang cool aku ni aku park pon ikot suka je la. Janji park tak kaco orang. Pergh... ramai gila orang, mula-mula niat di hati nk dok ngan mmbr aku. Tp niat tak kesampaian. Sebab nk kontek tak dapat macam mana nk jumpak geng kalau dah geng pon 3/100000 orang kan. Tapi tiba-tiba lak dapat idea nk g amek wudhu` dulu. Sebab jam pon dah dekat pukol 7. Selesai wudhu` tros ja aku masok stadium. Pusing-pusing cari tempat.

Last-last aku pusing-pusing. Dok kat satu kawasan ni. Tak dok la. Berdiri je.

Kawasan ni aku dok sebab happening. Memang happening wa cakap lu. Sebab dorang dikenali gak la. Dok nonggeng kat situ jap. Pastu tengok jap masa solat kan. Naik la atas tu. Fuh. Kebetulan lak dorang nk solat jemaah. Dah ada orang azan. Memang rzeki aku dapat join. Sebab depan mata je. Alhamdulillah... ad yang bawak sejadah untuk ditumpangkan kat orang len solat. Banyak bekalan sahabat ni nnt kan.
Islam itu indah dan mudah.
Selesai solat, aku tgok tempat yang aku dok td dah sesak. Panjat la dok kat satu tempat yang agak sempit gak la. Sebab tak boleh berdiri habes. Kena bongkok kalau nak bediri. Dok la kat situ sampai la pemain masok.

Separuh masa pertama. Permainan tak dapat dihayati sangat. Haa.. sila baca dengan nada yang marah ye. Sebab ada sorang pakcik banggang ni tak brenti nak tiup benda bising tu aku pon tak tau nama benda tu. Tiup kadang-kadang aku tak kesah. Ni tak brenti. Lepas tu. tempat aku dok dah la begema. Rmai gak maki. Aku maki kuat-kuat pon tak guna. Sebab aku rasa pakcik tu sendiri dah pekak. tak caye korang ce dengar smpai habes lagu negaraku ad bunyi yang mnyakitkan telinga.




Separuh masa kedua aku dapat peluang untuk turun ke bawah dan besorak sama ultras malaya. Hapening habes. Lagu dorang pon aku bleh la hapal sket-sket. Sebab ada orang bagi aku skrip lagu tu. Stail bro. Dan diseparuh masa kedua. Tu ada jaringan dari sapee Sali kan. Masa gol tu berpeluk-peluk habes. Yang tak kenal semua pelok. Tapi sama laki ja la. Pompan tak ye. Hihihi... jaringan sapee Sali tu menyebabkan semua girang gumbira macam suasana malam pertama.


Jaringan singa tu aku tak tau macam mana n aku tak mau ulas. Aku Cuma nak ulas pemaianan lakonan singa yang macam !@#$%^ tu. Disebabkan ketandusan pelakon yang berpotensi rasanya ramai pemain akan di rekrut untuk menjadi pelakon singa lepas ni. Walaupon lakonan tak de la berapa perfect tapi ref tetipu jugak.
gerakan terbaik Malaysia
Mana tak nya. Jatoh sendiri pon belakon sakit tak mau-mau. Lepas tu kena angkat pakai jescer la. Nak jalan tak larat la konon nya. Tapi sampai line di luar padang tu tros bangun nak masok balik. Tak letak ubat ke ais ke pon tros segar. Tak ke pandai gila babi lakonannya tu. Tahniah la singa. Ramai pelakon dapat grammy award nanti.
amek kau sian lak abang FRU.
Tak penah aku tengok lakonan seteruk ni. Tak de mood tros aku nak tulis. Hahahaha...xde la. Dah panjang sangat ni. Kang tak de orang nak baca lak.

Apa pon. Tahniah Malaysia. Kalah sekali bukan bermakna kalah selamanya. Masih banyak yang perlu dibaiki dan dipelajari. Dan semuanya berasal dari minda. Wah... dah macam protege Dr. Azizan Othman dah. Apa-apa pon. Malaysia Boleh....!!!!!!!!!!

Sekian

Zulhilmi tempoyak.
Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger