Perkara paling bodoh dalam hidup aku. Hari ni la.

ZULHILMI TEMPOYAK | 14.7.11 | 4 Comments

Bismillahirahmanirahim..

Mula hidup hari ni dengan pergi ofis. Sampai ja semua staf skali dengan bos kena meeting kat luar. Tinggal aku ja. Dalam hati dok yepi....!!!!!!! kerja xda la hari ni. Tapi sebagai staf yang baik dan rajin serta berkaliber aku siapkan kerja aku yang dah tertunggak 2 minggu lepas. Siap kan pamplet usahawan dengan pamplet program.

Lepas siap ja. Hati rasa lega. Disebabkan hati rasa lega. Aku tengok X-Men first class. Punya best dok layan cerita, aku tengok jam di dinding dah pkol 1. Masa untuk rehat, korek hidong, makan dan solat. Tapi hari ni ingat nk makan jauh sket dari ofis. Dekat Azura lama area bangi. Wah...siap promote lg tu. Hari ni macam besa la. Makan nasik sikit. Ikan keli dengan sayur dan tak lupa air suam. Ingat nak diet la sket minggu ni. Mahal jugak makanan hari ni. Tapi disebabkan nafsu makan yang membuak-buak. Aku makan jugak smbil melihat-lihat sekeliling. Mana la tau kot ada awek yang tiba-tiba kenyit mata kat aku. Tapi sayang. Tak dak sorang pon yang kenyit.

pinjam gambar ye cik

Lepas ja makan, aku pegi la ke stesen minyak shell sebelah kedai Azura tu. Nak isi minyak kat moto Kriss Biru aku yang menarik lagi laju macam tuan dia tu. Pegi kat kaunter tu

 “Kak. Pam 3. Empat henget ye.”. 

bila nak pam tu aku terperasan ada tisu. Tisu gulung tu la. Orang kata tisu toilet. Masa tu jugak la aku teringat tadi aku tak lap mulut aku. Tadi Lap tangan ja. Jadi saja gatai-gatai tangan lap mulut pulak.

ni la kalau dah keadaannya.



Lepas ja aku lap mulut, aku terus men ‘start’kan enjin moto Kriss Biru aku dan pegi ke ofis. Smpai saja dekat simpang PKNS dekat Sg. Ramal tu baru prasan yang meter minyak aku tak naik. Dok pikir sekejap. Tak kan rosak kot. Pikir lama sekejap baru aku tau. Aku lap mulut pastu aku blah. Moto aku tak isi pon minyak itu.

Dengan kelajuan seperti micheal shumeker aku pon u-turn dan terus ke pam minyak . cubaan untuk tanya pasal minyak tadi gagal. Kak tu kt xda pa pon dalam sistem dia. Jadi dengan muka hampa aku menghulurkan 4 henget untuk pam yang tak disediakan tisu disebelah pam tu. Hampa btol sebab dah jadi pelupa kronik ni. 

Terasa panjang btol cerita aku ni.

Malam ni pon buat benda bodo lagi. masak megi guna air mineral sejuk tu. setengah jam dah aku tunggu tak kembang-kembang pon.

Kesimpulannya, utamakan yang berbayar berbanding yang free.

Sekian.

Zulhilmi Tempoyak

4 comments:

  1. hahaha! sumpah kelakar! :'D
    ni ada STM sama mcm iera. Kurang mkn kismis rasanya -_-"

    ReplyDelete
  2. kihkihkih...ape la...orang cmni pon ade...kalo t'lupa amek kad mesra or t'lupa amek duit baki dah biasa dengar dah, tapi kalau yang ni, memang 1st time dengar.hahaha...i follow!

    ReplyDelete
  3. cmana la boleh terlupa ya?
    len kali kena fokus, nak isi myk trus isi.. jangan pikir benda laen.. hihi..

    ReplyDelete
  4. IERA FAKHIRA :
    jgn nk gelak trok sgt...hahaha
    STM tu ape ye..??hahaha


    MISSXIDI :
    hahaha...thanks awk...tp dah kelam kelibut sket masa tu..haha


    ANNE NURAIN :
    baek bos...awk dah mcm motivator dah...haha

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger