Impian dan Matlamat Zulhilmi Tempoyak

ZULHILMI TEMPOYAK | 17.7.11 | 9 Comments

Bismillahirahmanirahim...

hari ini. aku ada pengumuman penting untuk semua...!!!!

TAHUKAH ANDA. Aku rasa matlamat jelas aku bermula dari sini. iaitu 15 Julai 2011 bersamaan hari Jumaat. pagi tu pegi ofis. tengah hari je terus memecutkan moto Kriss Biru yang serba laju aku ke UM. Alhamdulillah sempat jugak aku solat Jumaat dekat Masjid Kg. Kerinchi. haa... ada orang nak kata aku tak pegi solat la tu. ayat aku ni macam sedih dan tak ada perasaan pon ada jugak kan.

hari tu. aku pegi Konvensyen Goal Setting & Marketing Power 2011/2012 yang dijayakan eTiQa Takaful memberi peluang untuk aku belajar di mana sebenarnya nilai kita dan nilai wang kita. ayat aku ni memang berbelit sket. macam skema pon ada.

Sja nak tayang buku UM tu. aku kan UKM. 

Konvensyen ni bleh dikatakan ramai orang yang dah berpengalaman la. dan boleh dikatakan orang muda dan kiut dan tak berapa tau macam aku ni ada dalam 5 ke 6 orang ja. niat mula-mula nak gak cari jodoh kat sini. tapi pusing-pusing suma dah berstatus "married".

teroskan dengan konvensyen. Slot pertama oleh Dr. Irfan Khairi yang membentangkan mengenai Kaedah Mencapai Matlamat. slot beliau hanya 2 jam. tapi penat jugak tangan aku menconteng buku. sampai bila tengok balik. aku pon dah boleh jadi motivator dah. bleh la jemput aku bila-bila ye. free of charge. tapi ada makan-makan la ye. hihi...

kecik dan jambu je Dr. Irfan Khairi ni. ;p

Dalam slot ni. perkara nya panjang. tp aku ringkaskan kat sini. di mana sebenarnya matlamat kita. APA MATLAMAT ANDA..???  bila fikir balik. ada matlamat jangka panjang dan ada matlamat yang pendek. aku pon mulanya tak pasti. ingat nk kawen nk dapat anak ja matlamat aku. nak hidop senang camtu ja. tapi....

Bila Dr. Irfan Khairi yang kecik lagi jambu tu cakap... 

"Matlamat yang mudah dicapai adalah matlamat yang betulis..."

Aku pon terpikir. aku conteng main-main penah la tapi tak jelas. pastu Dr. Irfan Khairi pon cakap

"Matlamat yang mudah dicapai adalah matlamat yang jelas, mempunyai deadline, target dan usaha apa yang akan digunakan untuk capai matlamat tu."

Tapi dia cakap kat semua orang la. bukan nya dengar cakap aku ja. hihi... lalu dia sambung cakap lagi.

"Matlamat berdasarkan ciri-ciri tu dan diceritakan kepada orang adalah mudah tercapai."

Perlu jugak anda semua tahu. Irfan Khairi ni mula menulis matlamatnya secara jelas masa umur 18 tahun. yang mana dia nak jadi jutawan masa umur 30 tahun. Tapi Alhamdullillah... rezeki dia. umur 25 tahun dah bergelar jutawan. 7 tahun beb. 

Jadi hari ini. dalam blog ni. kalau satu dunia baca blog aku. aku nak gitau matlamat aku. matlamat aku...

Aku mahu bergelar Jutawan pada umur 27 tahun dan dengan itu aku akan mulakan perniagaan aku mula ni dengan pantas dan penuh strategi.  Amin....

Malu nk tulis sebenarnya takut kena kutuk. tapi harap-harap macam kata Irfan Khairi. tu la yang membina aku. ;p


Sekian,

Zulhilmi tempoyak

9 comments:

  1. jutawan umo 27 tahun?!
    so skang nih umo brape??
    brape tahun lagi nk bergelar jutawan..
    kot2 murah rezeki leh jadi jutawan next year kaa..
    gud luck bro..
    banyakkan usaha dan doa..

    ReplyDelete
  2. AIMIFIQA :
    i`m UKM tp Konvensyen dkt UM. sje bli UM nk nayang sket. hihi

    KYO_9 :
    umor 21. 7 years to succeed. hihi. thanks bro. hoping u will be to. ;p

    ReplyDelete
  3. SYRUPMASIN :
    all the best for both of us. ;)

    ReplyDelete
  4. Iera sokong apa saja cita-cita Zul. Insya'Allah berjaya. Amin!

    Tapi yg part hang pi ckp "kecik dan jambu je Dr. Irfan Khairi ni. ;p" Mmg tak boleh blah doh! hehe

    ReplyDelete
  5. IERA FAKHIRA :
    thanks. kt nk blnje tgok wyg..;p

    ReplyDelete
  6. jutawan muda. insyaAllah..
    jika rezeki halal, pasti berjaya.. goodluck mr.zul ^^

    ReplyDelete

Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger