AYAH PASTI DIRINDUI

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.2.17 | 18 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Seminggu sebelum zulhilmi nikah dulu, tiba-tiba dikejutkan dengan ayah. Ya.. ayah tiba-tiba jatuh dan terlantar di hospital. MasyaAllah.... masa nak tulis ni pun rasa menitik air mata.

Yang terkejutnya sebab kita baru sembang whatsapp happy-happy. Ayah siap melawak lagi sebab di Pangkor untuk meeting urusan orang kampung. Tak ada sakit yang dikongsi. Tiba-tiba "PAP" adik call kata ayah masuk emergency. 

21 Oktober 2016 ayah pergi menghadap Ilahi. 
28 Oktober 2016 zulhilmi bernikah. 



Almarhum Zulkefli Abdul Rahman. 

Macam mana perjalanannya? 

Alhamdulillah. Urusan jenazah sangat lancar. Urusan pernikahan lancar. Tapi... hati mana yang kata tak merindui orang yang beriya ready.

Kali ni nak rasa lepas rindu pada ayah ja. Semoga Ayah, semua ahli keluarga, Umat Muhammad SAW dipelihara di alam kubur dan di tempatkan dalam syurga Allah.

Syukur tak terhingga sebab dapat keluarga mertua yang sangat caring. Drive dari Johor untuk datang jenguk. Untuk tanya khabar dan untuk tanya keadaan.
Sayang ayah. Sayang sangat-sangat ayah.
Terima kasih semua yang doakan dan ingatan. Maaf juga sebenarnya tak ramai tau masa Zulhilmi nak dan selepas bernikah.

Nanti aku kongsi lagi. Selama 2 hari ayah jatuh dan koma. Apa yang kami fikir, buat dan bertapa mudahnya perjalanan ayah pergi. Alhamdulillah.



DAH SELAMAT DAH

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.1.17 | 27 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pertama sekali maaf la lama tak hapdate story dekat sini. Sepanjang bulan-bulan ni tak tahu macam mana nak mula tulis. Al maklumlah macam-macam cabaran sebelum dan selepas kahwin ni.


Terima kasih atas doa ampa pada zulhilmi ni. Semoga apa yang didoakan kita dapat keberkatan bersama.

Esok insyaAllah aku hapdate lain. Apa yang terjadi seminggu sebelum aku bernikah dan apa yang aku rasa. Pilu dan bercampur baur.

Siapa yang memang nak baca komen la sket "nak" ka apa. Semangat la sikit nak menulis. Hehehehe..

Yang tiba-tiba terbukak blogspot
zulhilmi

NERVOUS WEH NAK KAWEN. APA YANG AMPA PALING NERVOUS?

ZULHILMI TEMPOYAK | 19.9.16 | 36 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Fuhhhh… terima kasih kawan-kawan yang rajin kongsi. Maaflah, sibuk sikit memandangkan housemate ni tarikh dia dah dekat. So… banyak pulak koje bila tarikh makin dekat ni kan. Duit pulak keluaq macam ayaq terjun yang mengalir. Deraih betoi.

Ni baru majlis kawan kan. Kahkahkahkah… (gelak sopan ni)

Appreciate sangat yang ampa share. Bila nak dapat compile kan semua yang ampa dah share tah. InsyaAllah dalam masa terdekat la yak. Minggu ni memang khas untuk kentut dekat blog ampa. So.. jangan dok acah-acah malaih nak update. (Hahahaha… Nampak buat rajin ni)

Sebenaqnya setiap minggu ada majlis nikah atau kahwin member member. Sambil tu dok perati la. Bukan kata nak membandingkan level majlis. Cuma just nak tau macam mana persiapan dari sudut flow majlis dengan bajet kewangan yang aku ada. Maksud aku, housemate aku ada. 

Kahkahkah… lempang mau?

Aku sekarang masih dok terpikir-pikir. Masa nikah tu kan, atau masa sebelum nikah kan. Apa benda yang paling menakutkan. Walau tak tau takut apa.. tapi tetap rasa takut ni. Ampa yang ada pengalaman share la sikit. Jangan peram sangat. Luahkannnn…

Mengada-ngada la poyak ni kan. Asai orang singgah blog dia kena share kan.

Takut nasik tak cukup ka. Takut tak sempat selfie ka. Takut nanti lafaz akad 5 kali ka. Takut tok kadi nervous ka. Takut pengapit hensem sangat ka.

Sepanjang aku jadi photog amek gambaq kahwin kan. 2 benda ni aku tengok orang paling keliru, 
1. Masa berarak cover cantik tu kan, nak ke pelamin ka nak ke meja makan beradab.
2. Kalau ke meja makan, tak pasti bila nak dapat Q pi pelamin. Bila ke pelamin pulak tak pasti bila nak pi meja makan.
3. Lepaih potong kek, jadi apa? Kadang ada yang macam krik.. krik…

Ehhh.. ni dah jadi 3. 

Maksud kata… aku pon kalau kawen nanti mungkin akan jadi keliru jugak.

Barang dah start cari. - kata housemate

Nasib baik kawen satu kan. Kalau kawen 2, 3, 4. Fuhhh… jenuh. 

Haaa… cuba la share sikit. Apa yang paling merisaukan atau yang dok main kat kepala sebelum majlis Nikah berlangsung ni.



PERSEDIAAN ANDA MENGHADAPI HARI ISTIMEWA.

ZULHILMI TEMPOYAK | 6.9.16 | 29 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Terima kasih bagi kawan-kawan yang berkongsi tentang apa yang merisaukan atau yang mungkin terlepas pandang masa Majlis Nikah atau Majlis Bersanding nanti. Nanti aku akan senaraikan dan kongsi dengan orang bujang yang ramai dekat luaq sana. Haaa.. bagus kan perkongsian untuk orang newbie yang kawen first time.

Harap memang first time and ever la yak.

Alright.. kali ni aku perlukan bantuan ampa sekali lagi. Maaf la kalau sampai asal baca blog ni ja kena kongsi idea. Asal singgah blog ni ja kena kongsi idea. Aku perlukan idea untuk apa persediaan ampa biasa buat dalam 2 bulan sebelum menghadapi hari istimewa. Tak kisah la majlis istimewa apa pun. Bersunat pun boleh. 

Contoh.. catering dah confirm deposit. Baju Nikah dah siap. Doorgift! (Arghhh)

Rasa macam serius sangat la entry ni. Cuba gelak sorang-sorang sikit. Kahkahkahkahkah...

Gila! (Aku la... Hahaha...)

Aku menanti sambil tak lupa kentut kat blog ampa.

Iya... ni memang tips untuk housemate aku yang nak majlis tak lama lagi. Tak kan la aku kannn, Housemate aku memang suka baca blog-blog ni. So.. ni cara untuk hook dia masuk blog aku la. Jadi tak cara coverline aku? (Kahkahkahkah...)


Haa... atas ni gambar persediaan aku untuk HADIR ke majlis Nikah kawan aku. Tengok... baik tak. Nak hadir ja pun siap pi joging. Aku tak cerita kat sapa pun weh. Takut 2 hari ja pi. Nanti kena bahan pulak.

Kahkahkah... (Hmmm.. dah pasaipa)




EHHHH... DAH HABIS. ALA TERLUPA LA NAK.

ZULHILMI TEMPOYAK | 27.8.16 | 35 Comments
Bismillahirahmanirahim...

4 hari tak hapdate blog rasa macam tak lengkap ja harian ni. Aicehhh... 4 bulan tak hapdate haritu elok pulak kan. Kahkahkah... Sihat ka kawan-kawan semua. Semoga semua kita ni serta ibu bapa kita, rakan-rakan kita, diberi keberkatan dalam usia dan kehidupan. Ameen.

Haaa... rasa ustaz sikit mukadimah ni.

Sebelum ni aku ada update tentang tema untuk nikah kan. Aku pun belum decide lagi warna apa yang betoi sesuai. Kalau ampa ada gambaq ka share-share la sikit moment-moment manis gitu. Jangan la simpan dalam album bawah katil tu. Cuba bawak keluaq share sama dengan anak cucu. Sampai cucu tuuuu...


Okay... kali ni aku macam nak tanya sikit. Soalan ni khas untuk mereka yang dah berkahwin. Maksud kata yang single boleh belajaq la no. Sabaq jodoh nak sampai.

Cuma nak tanya 1 ja. Apa benda yang dah settle majlis baru ampa teringat. 

"Alaa... tadi sebenaqnya nak buat macam ni."
"Alaa... tadi sebenaqnya nak buat macam tu."

Lepas dah settle majlis nak berselfie bagai. Atas katil malam tu baru teringat. Yala... sambil bukak hadiah atas katil kan. Orang dah kawen paham la. Hehehe.. 

Bukan apa. Kalau boleh nak masukkan dalam checklist.

Cuba share sikit.

Serius weh... soalan ni sebab nervous nak tolong housemate aku. Tak kan la tiba-tiba aku kan. Tak kantoi lagi kan. Hahahahaha....

Cuba komen dekat bawah sikit. At least apa yang ampa share ni boleh bantu jugak orang-orang bujang macam aku ni nanti.




PENING MIMPI CARI BAJU TEMA KAHWIN UNTUK FAMILY!

ZULHILMI TEMPOYAK | 22.8.16 | 56 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Beberapa bulan dan hari ni aku agak sibuk dengan persiapan kahwin. Ehhh... persiapan kahwin housemate aku la. Tak kan aku kot. Ehhh... takut jugak nak tulis. Kang terasa lak bini-bini. Kahkahkah...

Gambar dari blogrumahtangga.blogspot.com
Aku ada godek-godek la tengok majlis orang macam mana. Kalau boleh nak majlis kawan aku ni biasa-biasa ja. Haa... yang aku pulak sibuk kannn... Aku saja acah nak jadi macam wedding planner sikit. Yang aku perasan memang kebiasaannya keluarga akan pakai tema warna. At least itu ada persamaan sikit la kan. Sekurangnya nampak seri atau meriah la majlis tu. Benda macam ni biasanya melibatkan bajet la.

Yang peliknya sekarang. Orang lain yang kahwin. Hang yang sibuk pasaipa. Kannn... kantoi!

Pening jugak kalau nak sedondon bertema bagai kan. Aku pun sambil macam tau, tak tau dok usaha la cari online design atau kain online yang orang kata affordable. Berbaloi-baloi la kan. Semua website aku masuk. Basicly yang famous dan senang google la. Laki kan... mana tau sangat website fesyen nak dapat mana apa.

Bukak website ni, tengok design cantik sikit dok bisik kata mahal. Bukak website tu pun aku bising mahal. Mahal macam tak sesuai untuk bajet family la.

Tema raya 2 tahun lepas
Tiba-tiba masa tengah buat homework sambil godek-godek nak dapatkan idea baju family, officemate aku tegur. Aku ingat dia tegur sebab aku tak buat keja masa dekat office ka apa. Yala... dah dok mencari benda ni masa time office kan. Murni jugak hati pompan ni sebab dia bagi website yang ada dan suka bagi diskaun. Aku dah macam pelik dah.

Dia siap kata "Bising la dok dengaq hang 'mahai-mahai'".

Dalam hati aku dok kata, "Dah orang bujang baru nak buat event. Macam ni la." Heheheh.. dalam hati ja la. Sebab orang dah tolong.

Pastu officemate aku suruh aku bukak www.saleduck.com.my. Ikut ja la, satgi tak ikut tarik muka comei tu. Lepaih bukak, baru aku tau yang aku tak tau pulak ada website macam ni wujud. Dah la website dalam list dah bagi diskaun, dia pun bagi diskaun lagi. Yang lagi best! Tengah bergaduh dengan bakal bini-bini sebab nak go honeymoon dekat mana, ada jugak dapat promo code AirAsia dalam tu. Siot ja tak tau awal-awal.

Sekarang pun aku dok godek lagi ni. Dok asyik bagi promo code ja. Jumpak dekat awek member aku lagi tak lepas mata dia ni.

Dalam beberapa hari ni dok cari warna yang best untuk rombongan lelaki. Warna tema la. Kalau ampa rasa ada warna yang best, share dan komen dekat bawah na. Iyaa... nanti aku jemput la mai majlis aku. Ehh.. majlis housemate aku. 

Kahkahkahkah...

Apa yang aku cerita ni sebenarnya cerita housemate aku. Aku tolong share ja sebab tengah cari story. Okay nampak real sikit tak excuse aku ni.




3 HARI DEMAM TERUS MASAK BUBUR

ZULHILMI TEMPOYAK | 20.8.16 | 25 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Beberapa hari ni tak sihat sangat. Rabu malam pi mengurut dengan wak urut dekat Shah Alam. Esoknya terus demam. Rasa macam angin tak lepas. Muntah air, berak air. Ngeri pulak semua nak cerita sini.

Tak tau la kalau sebab nervous nak naik pelamin. Ehhhh... 

Itu housemate yang naik pelamin. Cover sikit kan.

Disebabkan tak lalu nak makan apa, aku pun cuba-cuba la masak bubur. Orang utara panggil buboq. Sebut sama-sama, buboq!

Menggunakan skill yang serba ada dan barang yang mana ada. Aku bukak la youtube untuk cara buat buboq se simple mungkin. Lepas dah view 8 video ini hasilnya.


Aku hanya guna secabuk beras dan 3 cabuk air. Ayam yang dah sebulan dalam peti ais, garam, dengan serbuk lada. Nak bagi nampak warna sikit aku letak serbuk kunyit. Haa... wangi sikit dengan bawang. Ni semua apa yang ada. Malas pi kedai.

Ada la goreng telur sikit dan nasib baik ada ikan bilis goreng yang mak buatkan 3 bulan lepas. Ranggup lagi nak makan. Hahahaha..

Hasilnya macam dalam gambar dekat atas. Kalau ada yang nak rasa boleh mai rumah cuba. Aku pun makan berapa suap ja ni. Tak tau tak lalu sebab tekak tak sedap atau sebab memang tak sedap. Kahkahkah...

Sebenarnya kalau ada orang teman kat rumah ni lalu ja makan. Adakah sudah masanya. Ada ka yang berkenan. Boleh tinggalkan link kat bawah. Nak tunjuk kat mak. Amboih... gatai!

Terima kasih kawan-kawan yang rajin drop komen. Didoakan semua sihat-sihat ya. Btw, thanks ayunie ramli sebab ada tag untuk entry. Kalau rajin nanti baru sempat kot nak menulis. 

Boleh "komen" nak share apa lagi ya.



TENGOK LIVE BADMINTON DALAM KERETA

ZULHILMI TEMPOYAK | 16.8.16 | 30 Comments
Bismillahirahmanirahim...

Pagi selasa harini aku cuba untuk stay up untuk tengok team badminton beregu campuran lawan semi final. Tapi sayang, sebab tengok 1 set pastu kena keluar dari rumah ke ofis paling lewat jam 6.45 pagi buta so terlepas untuk tengok live dekat tv.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Hmmm.. macam tak kena ngena.

Saja sambil drive to cari LIVE. Selalu cari Pokemon ja. Harini semangat lain. Memang ada weh... rajin pulak orang share LIVE ni. Hensem sangat la sapa yang share LIVE ni. Badan sado ketul, muka cun bak Fazura. Puji la sikit yak.

Menarik gila game set 2. Dapat pon masa point hujung-hujung. Tengah nak scan touch n go dekat Tol Sunway yang jem gila bapak tu la habes dah game.


Seronok tengok pasangan ni gembira. Aku pun tumpang gembira. Happy, puas tu lain sangat tambah lak bila tak terjangka.

Lepas tu, tak sangka mata aku masuk habuk. Apa plaza tol ni tak reti cuci ka apa. Teruk mata masuk habuk. Habes awek jaga tol pandang aku lain pulak. Susah bila muka jambu tapi mata masuk habuk ni.

Walaupun pun belum lawan Final. Aku faham perasaan perasaan depa. Puas bila usaha kita dapat lebih dari kita jangka. PUAS. Ahhhh..

Best of luck kontigen Malaysia untuk game anda. Dan best of luck juga untuk kawan-kawan yang membaca blog ni. Percayalah.. bila kita semai benih. Kita InsyaAllah dapat tuai hasil. Bila kita usaha, InsyaAllah kita dapat rasa manisnya hasil. Cepat atau lambat ja kan.

Hmmm.. ni yang nak jadi motivator ni.




Copyright for Zulhilmi Tempoyak | Design By dikbee | Powered By Blogger